Monday, July 11, 2011

Aku Nak Pergi Jugak.....

Dah lama aku tak update blog nie.. aku tinggalkan sementara kerana kesibukan kerja dan keadaan kesihatan yang agak teruk.

Hujung bulan 6.. aku demam teruk, suhu badan mencecah 39.7 darjah.

25 Jun aku bawa Lyana, Adib dan Dani ke Jusco Air Keroh sebagai hadiah hari jadi. Sepanjang petang kami menghabiskan masa di kedai buku Popular dan juga makan2. Semuanya untuk menghiburkan hati anak2 aku.

Ahad, 26 Jun aku mula sakit. Betis di kedua2 belah kaki aku kejang dan bisa2. Nak bergerak pun payah. Tapi tugas sebagai seorang ibu harus aku lunaskan. Siap membasuh, mengemas, melipat baju dan memasak aku berehat.

Menjelang malam kaki aku masih sakit tapi aku tapi pedulikan sangat.

Isnin 27 Jun aku kerja seperti biasa. Tiba dipejabat aku mula menggigil kesejukan. Bisa dan sakit di kedua2 kaki aku semakin menyengat.. Suhu badan naik dan aku dihantar ke Klinik untuk mendapatkan rawatan. Badan aku disebelah kanan dah mula kebas2 dan bila dipicit aku dah tak rasa apa2 .... aku panik tapi aku diamkan tak nak mak risau.

Sah... aku demam dan diberikan MC selama 2 hari. Balik rumah aku terlantar dikatil.. tido.. tido.. dan tido lagi.. (cik teratai jgn jeles ek??) hehehehe...

Anak2 pun aku tak pedulikan dan syukur anak2 tak banyak karenah. Lyana memahami akan keadaan aku dan dia mengambil alih tanggungjawab aku dengan menguruskan Adib dan Dani.

Jam 3.00 petang aku mendapat panggilan dari rakan setugas di Sungai Balang. Nama aku dan dia tersenarai dalam lawatan ke Kuala Lumpur, Kedah dan Langkawi pada 1 Julai. Aku terpempam.. 3 hari lagi. Camne nie?? Aku nak pegi tapi tak taulah aku dah sihat ke tidak nanti.

Menjelang jam 5.00 petang aku menghubungi rakan memaklumkan yang aku tak dapat ikut kerana bimbang dengan keadaan kesihatan aku yang masih teruk.

Dalam hati meronta2 nak ikut.. Bukan senang nak berjalan.. bayaran pun rendah aje... tapi aku demam.. kaki sakit... aduyaiiii... nak pegi... nak pegi.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails