Tuesday, April 28, 2009

Cinta Tiada Akhirnya...



Ku yakin cintaku ini
Tak bisa melangkah pergi
Kaku berdiri di sini
Menanti lafaz kasihmu
Biar kau akui dan aku
Kekasihmu...

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna
Janji setia kita...
Selama di taman cinta...

Cinta tiada akhirnya
Membara kekal ke syurgamu
Tak usah kau raguiku
Sayangku dengarkan kasih
Aku milikmu selamanya...
Percayalah...

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna
Janji setia kita...
Selamanya....

Kasih antara kita...
Tercipta abadinya...
Mungkin memisahkan aku dan dia...
Ukir namaku dalam....
Cintamu selamanya...
Biar semarakkan kasihmu...
Selalu....................................

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna
Janji setia kita...
Selamanya....

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna
Janji setia kita...
Selama di taman cinta.... di taman cinta.....


28 April, 2009

Kuantan...

Friday, April 24, 2009

KURSUS PENGURUSAN FAIL DAN REKOD 2009

Assalammualaikum...

Salam Jumaat buat semua rakan-rakan dan saudara seagama...
Moga pada penghulu segala hari nie kita semua akan mendapat keberkatan daripada NYA....

Pagi jumaat yang indah buat aku.. cuma mungkin krisis yang berlaku dalam diri aku membuatkan aku rasa agak kecewa.. tapi aku positifkan diri n terus melangkah demi masa depan aku n anak2..

Syukur Allah masih memberikan aku kesempatan untuk terus hidup..
Tiada apa yg menarik untuk aku ceritakan..
Minggu depan aku akan berkursus di Kuantan..
Nama aku dipilih untuk menggantikan Puan Helen. Tak pelah.. atleast bilangan hari kehadiran kursus untuk tahun 2009 yang patut ada sekurang2nya 7 hari dapat aku penuhi...
Lepas nie klu aku menolak kursus yg lain pun tak pe...
Aku akan ke Kuantan pada 27/04.. Mungkin aku bertolak pukul 12 kot.. bersama dengan akak Nor, rakan dari Lenga..
Apapun.. aku minta rakan2 yg mengenali aku dapat mendoakan moga aku selamat dalam perjalanan..
Kita jumpa lagi selepas aku balik dari Kuantan nanti.. Insya Allah..




Friday, April 17, 2009

Kursus Etiket Sosial di Johor Bahru...



Assalammualaikum... bertemu kembali.. apa kabar semua???

Aku dah beransur baik.. sebenarnya balik dari kursus di JB aku demam n sakit2 badan... mungkin kerana aku kepenatan.. maklumlah.. kursus tu tak dapat nak rehat langsung.. kelas dari pagi sampai malam.. rehat hanya tuk makan n solat.. malam baru leh lepak....

Aku nak citerkan tentang kursus nie...

Kursus bermula pada 12 April, 2009 (Ahad).. aku bertolak dari Tangkak ke JB menaiki bas dengan anak buah aku.. Cek wa... dia sebenarnya belajar di Poli JB..

Dah lama tak naik bas.. aku jadi mabuk.. kelakar kan?? tekak loya.. kepala pening.. aku tak boleh nak cakap langsung.. takut termuntah (malunya klu muntah) hehehe.. setiba di jb.. kawan aku joe datang amik.. dia tolong anta Cek wa n aku ke hotel.. Thank joe.. lain kali bleh minta tolong lagi.. hehehe.. jgn serik bro tau...




Dalam bas gan Cek Wa.. ada plak tangan yg tak diingini...


Nie Hari pertama.. banyak yg aku tahu tentang protokol n etiket sosial..
kursus yg sangat bagus.. sebenarnya banyak yg nak ditulis.. tapi tak de masa nie.
aku kat opis pun banyak keje..


Hari ke-2, posing dulu.. masa ni aku betul2 bz.. jadi Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis untuk Majlis Perasmiaan Seminar Pendidikan Peringkat Kebangsaan.. majlis yg acah2 aje.. tapi betul2 menimbulkan ketegangan dikalangan kami. masing2 tension sebab masa tak banyak.. aku sebagai pengerusi pun banyak nak kena pk.. ada yg blur.. aku gak terpaksa bagi point2 yg patut.. ok jugalah.. ada gaya pemimpin tak?? hehehe.. setiap keputusan kena betul.. nie melibatkan VVIP.. Timbalan PM yg akan rasmikan.. bukan calang2 majlis tu....



Petang hari pertama.. acara pemilihan tuk skin tone... Setakat yg aku pakai.. pemilihan kaler masih sesuai gan kulit aku.. oklah tuuu...



Bersama zakiah, lyn kluang n noridah.. Noridah n zakiah ahli kumpulan aku..
aku dok sebilik gan zakiah..

Bersama penceramah Tuan Hj Abd Rahman.
seorang yang amat peka n tahu apa yg diajarkannya... berpengalaman luas..
Jadi MC untuk majlis perasmian penutup kursus.. pada hari terakhir



Kumpulan Zamrud..

Joget Poco-poco..



Aku balik pada hari Rabu 15 April, 2009 (Rabu). Sampai umah 9.30 malam.. kepenatan sebab aku kena usung beg dari simpang umah aku sampailah ke umah.. dalam gelap gelita.. sakit tangan aku.. beg tu berat sangat..
Apapun.. Alhamdulillah.. aku selamat sepanjang perjalanan.. Thanks wat abang fend sebab sudi anta aku ke bus stand Larkin.. klu tak mau aku kena naik teksi.. dia juga tolong aku belikan tiket.. aku nak kuar memang tak sempat.. yg bestnya dia ajar aku makan kacang pool.. aku tak suka sebab tak sedap.. tapi dia dah belanja.. aku makan juga.. hehehe...thanks ya..
lain kali aku tulis lagi.. jumpa lagi... mmuaahh.. muuaahh.. muuaahhh..

Thursday, April 9, 2009

Hati Terluka Jiwa Merana...

Uncle Ben 10...
Nick yang anak2 aku berikan pada dia...
Dia tak de apa yg istimewa pada org lain.. tapi pada aku.. dia terlalu istimewa..
Aku tak tau napa dia yg aku cintai.. aku tak tau napa dia yang aku sayangi.. aku tak tau napa dia yang aku rindui...
Satu waktu dulu dia pernah membahagiakan aku..
Dia akan menghubungi aku sebelum tidur.. akan dibelai aku dengan kata2 cintanya..
Akan dibelai aku dengan gurauannya.. Gelak tawanya sentiasa kedengaran di telingaku.
tapi sekelip mata ianya musnah.. dia rupanya tak pernah jujur dengan aku.. dia tak setia pada aku seperti aku setia pada dia...
Apapun.. aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dia.. aku juga berharap agar dia tak akan melukan hati wanita lain.. seperti mana dia melukakan hatiku...
Dia rapat dengan DANI.. apa ya yang harus aku katakan pada DANI yang dia telah berubah...?
yang kami telah pun tidak bersama lagi..?
Sedih aku dengan nasib DANI.. dia tak pernah merasa kasih sayang seorg lelaki bergelar ayah.. Tak pe sayang.. umie ada untuk DANI... umie takkan tinggalkan adik seperti mana kita ditinggalkan oleh org yang kita sayangi nie...
Dia tak menyayangi kita seperti kita menyayanginya.. Moga Allah akan tetap menyayangi kita sayang...

Cuti Umum.. 8/4/2009

Assalammualaikum..
Salam sejahtera...
Agak lama juga aku tak menulis kat sini.. bukan apa.. tak de apa yang aku nak citerkan...
Oklah.. semalam 8/4/2009.. kat Johor cuti umum untuk Birthday of Sultan Johor.. aku pun cutilah... sebenarnya aku nak citer apa yang aku buat semalam... n apa yang berlaku pada aku sehari dua nie..
semalam aku tengok citer FAST N FURIOS 4.. Bagi aku cite nie aku memang minat sangat.. sejak dari siri pertama aku tengok.. tengok lakonan Paul Walker n Van Diesel.. perghhh.. memang best giler.. kali nie aku puas tengok citernya sebab tak banyak adegan 18SX.. jadi klu anak2 nak tengok pun tak malu sangat.. n tentu aku kasi anak2 aku tengok.. cuma aku tak puas ati.. sebab tak banyak keta yng menarik yang ditunjukkan.. aksi lumba keta pun tak banyak.. n aksi yang paling mendebarkan masa dalam terowong tu.. bagi akulah.. org lain aku tak tau... jadi bagi sapa2 yg berminat nak tengok.. pegilah.. memang tak rugi.. dari 5 bintang.. aku bagi 3 1/2 bintang.. hehehe..
Semalam juga aku dapat beli buku baru.. aku minat membaca.. anak2 juga aku galakkan membaca.. semalam aku sempat singgah kat MPH n Konikuya(betul ke ejanya). Aku beli 2 buah buku.. 1.. Mikhail.. tulisan Ramlee Awang Murshid... 2. Cinta kau n aku.. tulisan Siti Rosmizah..
Aku memang minat dengan tulisan Ramlee Awang Murshid.. Sejak kali pertama aku baca Novel ADAM.. Sejak dari tu.. aku terus jadi peminat tulisannya..
Siti Rosmizah pulak bagi aku dia seorg penulis yg boleh membuatkan aku menangis.. cuma kadang2 citer dia buat aku bengang.. macam sebelum nie.. aku baca citer Andai Itu Takdirnya.. memang menyentuh perasaan.. tapi asik kesalahan yang sama yang dilakukan oleh watak utamanya.. wat salah.. minta maaf.. bukan sekali dua.. tapi banyak kali. kalau aku jadi isteri dialah. memang aku cabut lari.. (isteri watak utamanyalah) hehehe...
Selain dari tu.. aku belikan juga untuk LYANA n ADIB buku citer.. untuk LYANA buku Sukma Dewi dan Ibu tiri.. untuk ADIB lak... Akademi ... apa ekk?? lupalah pulak.. nantilah aku ingatkan...
eemm... apa lagi cite aku hari nie... masuk opis dalam keadaan yang kepenatan.. aku penat berjalan semalam.. pki kasut tumit tinggi... maunya tak sakit kaki.. aku lupa nak bawa sepatu aku.. tu yg terpaksa pki juga.. last2 dah macam king kong aku berjalan. terkengkang semacam.. hehehe...
Sebenarnya aku ada 1 citer.. aku nak luahkan ketidakpuasan hati aku...
Aku tau status aku.. dah 4 tahun aku hidup seorg.. menjaga n menguruskan anak2 seorg diri.. aku tak pernah menganggap ianya membebankan aku.. apa yang aku tak puas ati bila ada suara2 sumbang soh aku bagikan saja anak2 tu pada bekas suami aku.. aku terdiam.. terpaku.. kelu lidah nak cakap apa2.. bagi aku mereka adalah harta aku.. mereka tidak pernah menyusahkan aku.. mereka nyawa aku... biarlah aku miskin harta n aku penat kesana kemari menguruskan mereka.. asalkan aku dapat melihat mereka membesar dihadapan mata aku..
kenapa org2 nie tak faham??? diorg nie tak pk ke.. anak2 inilah yang aku harapkan dapat menyedekahkan fatihah buat aku selepas aku mati nanti.. tentang masa tua tu.. aku tak pk sangat.. ntahlah?? susah rupanya nak cari org yang betul2 nak terima aku n anak2..
apapun.. aku redha dengan ketentuan Allah pada aku.. sesungguhnya aku terima segalanya dengan berlapang dada.. walaupun ada masanya pahit untuk aku telan, ada masanya mengalir juga airmata nie.. tapi aku berserah pada DIA.. kerana aku pasti DIA akan menyediakan sesuatu untuk aku pada masa hadapan.. jika tidak pun.. pada hari Pembalasan nanti. InsyaAllah..
Moga aku n anak2 aku sentiasa mendapat keredhaan DIA n moga kami akan ditempatkan di SyurgaNya.. AMIN...

Friday, April 3, 2009

SEJARAH AYAT KURSI

SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintangan dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab 'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w.. bersabda bermaksud:
'Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.'
Sabda baginda lagi;'Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.
'Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasukirumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,
dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, ' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.....'
Assalamualaikum Untuk tatapan dan amalan semoga dalam kesibukan tugas seharian dapatlah kita di hindari dari segala kekejaman manusia dan syaitan insyallah.oleh itu cobalah untuk menjadi satu amalan dalam kehidupan seharian

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails