Thursday, April 9, 2009

Cuti Umum.. 8/4/2009

Assalammualaikum..
Salam sejahtera...
Agak lama juga aku tak menulis kat sini.. bukan apa.. tak de apa yang aku nak citerkan...
Oklah.. semalam 8/4/2009.. kat Johor cuti umum untuk Birthday of Sultan Johor.. aku pun cutilah... sebenarnya aku nak citer apa yang aku buat semalam... n apa yang berlaku pada aku sehari dua nie..
semalam aku tengok citer FAST N FURIOS 4.. Bagi aku cite nie aku memang minat sangat.. sejak dari siri pertama aku tengok.. tengok lakonan Paul Walker n Van Diesel.. perghhh.. memang best giler.. kali nie aku puas tengok citernya sebab tak banyak adegan 18SX.. jadi klu anak2 nak tengok pun tak malu sangat.. n tentu aku kasi anak2 aku tengok.. cuma aku tak puas ati.. sebab tak banyak keta yng menarik yang ditunjukkan.. aksi lumba keta pun tak banyak.. n aksi yang paling mendebarkan masa dalam terowong tu.. bagi akulah.. org lain aku tak tau... jadi bagi sapa2 yg berminat nak tengok.. pegilah.. memang tak rugi.. dari 5 bintang.. aku bagi 3 1/2 bintang.. hehehe..
Semalam juga aku dapat beli buku baru.. aku minat membaca.. anak2 juga aku galakkan membaca.. semalam aku sempat singgah kat MPH n Konikuya(betul ke ejanya). Aku beli 2 buah buku.. 1.. Mikhail.. tulisan Ramlee Awang Murshid... 2. Cinta kau n aku.. tulisan Siti Rosmizah..
Aku memang minat dengan tulisan Ramlee Awang Murshid.. Sejak kali pertama aku baca Novel ADAM.. Sejak dari tu.. aku terus jadi peminat tulisannya..
Siti Rosmizah pulak bagi aku dia seorg penulis yg boleh membuatkan aku menangis.. cuma kadang2 citer dia buat aku bengang.. macam sebelum nie.. aku baca citer Andai Itu Takdirnya.. memang menyentuh perasaan.. tapi asik kesalahan yang sama yang dilakukan oleh watak utamanya.. wat salah.. minta maaf.. bukan sekali dua.. tapi banyak kali. kalau aku jadi isteri dialah. memang aku cabut lari.. (isteri watak utamanyalah) hehehe...
Selain dari tu.. aku belikan juga untuk LYANA n ADIB buku citer.. untuk LYANA buku Sukma Dewi dan Ibu tiri.. untuk ADIB lak... Akademi ... apa ekk?? lupalah pulak.. nantilah aku ingatkan...
eemm... apa lagi cite aku hari nie... masuk opis dalam keadaan yang kepenatan.. aku penat berjalan semalam.. pki kasut tumit tinggi... maunya tak sakit kaki.. aku lupa nak bawa sepatu aku.. tu yg terpaksa pki juga.. last2 dah macam king kong aku berjalan. terkengkang semacam.. hehehe...
Sebenarnya aku ada 1 citer.. aku nak luahkan ketidakpuasan hati aku...
Aku tau status aku.. dah 4 tahun aku hidup seorg.. menjaga n menguruskan anak2 seorg diri.. aku tak pernah menganggap ianya membebankan aku.. apa yang aku tak puas ati bila ada suara2 sumbang soh aku bagikan saja anak2 tu pada bekas suami aku.. aku terdiam.. terpaku.. kelu lidah nak cakap apa2.. bagi aku mereka adalah harta aku.. mereka tidak pernah menyusahkan aku.. mereka nyawa aku... biarlah aku miskin harta n aku penat kesana kemari menguruskan mereka.. asalkan aku dapat melihat mereka membesar dihadapan mata aku..
kenapa org2 nie tak faham??? diorg nie tak pk ke.. anak2 inilah yang aku harapkan dapat menyedekahkan fatihah buat aku selepas aku mati nanti.. tentang masa tua tu.. aku tak pk sangat.. ntahlah?? susah rupanya nak cari org yang betul2 nak terima aku n anak2..
apapun.. aku redha dengan ketentuan Allah pada aku.. sesungguhnya aku terima segalanya dengan berlapang dada.. walaupun ada masanya pahit untuk aku telan, ada masanya mengalir juga airmata nie.. tapi aku berserah pada DIA.. kerana aku pasti DIA akan menyediakan sesuatu untuk aku pada masa hadapan.. jika tidak pun.. pada hari Pembalasan nanti. InsyaAllah..
Moga aku n anak2 aku sentiasa mendapat keredhaan DIA n moga kami akan ditempatkan di SyurgaNya.. AMIN...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails