Tuesday, March 31, 2009

KERANA SEHELAI BULU MATA

KERANA SEHELAI BULU MATA
Diceritakan di Hari pembalasan kelak, Ada seorang hamba Allah sedangDiadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit Dan bumi,sungguh tidak benar. Saya x pernah malakukan perkara itu...""Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "Orang itu menoleh ke kiri Dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg Ada . Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku Dan suaramu sahaja."Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu. ...."Tiba2 Mata berbicara, "Saya yg memandang,"Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"Lidah menambah dengan beran I, "Saya yang menjilat Dan menghisap"Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba Dan meramas"Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan Dan berlari semasa itu""Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus ASA Dan amat berduka kerana sebentar lagi IA akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal IA amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu Mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu Mata""Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air Mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila Ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu Mata sahaja yg dibasahi dengan air Mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu Mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air Mata penyesalan."Dengan kesaksian bulu Mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka Dan segera dihantar ke syurga:"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu Mata.."

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL....... .....WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT

Monday, March 30, 2009

Ada yg boleh tolong ke????

TOLONG... TOLONG...

Mata aku asik mengenyit2 jelah...
mata kanan.. kat kelopak mata sebelah bawah..
apa maksudnya.. sapa2 yg tau.. tolonglah bagitau kat aku...
seksanya....

EARTH HOUR.. 28 Mac, 2009

Assalammualaikum.. bertemu kembali... eemm..
Ari nie aku nak cite ttg EARTH HOUR(EH) 28 Mac, 2009 yg lepas.. seluruh dunia menyambut (EH) dimana kita dikehendaki menutup lampu selama 1 jam. Aku nie tak amik pot sangat hal2 tu.. tapi yelah bila dah ada anak nie.. diorg yg beriya-iya nak join kempen nie..
Kebetulan hari sabtu lepas akak n abang aku balik untuk jengok mak.. jadi mereka pun terpaksa ikut serta kempen nie.. tepat jam 8.30 malam, LYANA bising soh mak aku cari lilin n pelita..
kat umah aku semuanya ada.. yelah umah kg.. mak masih simpan lampu ayan..
LYANA, ADIB, DANI n sepupu2nya dengan semangat yg berkobar2 pun menyalakan lilin. Semua lampu dipadamkan.. TV pun dia tak kasi buka... tugas aku ialah.. amik gambar kenangan.. masalahnya... gambar nie terang semacam je.. padahal ada lilin tu.. aku rasa setting kamera aku yg tak btul.. aku bukan pandai pun nak betulkan apa2..
ikut jelah.. ok.. kat bawah nie ada pic sepanjang kempen tu berlangsung.. apa yg aku bangga sangat.. hanya umah aku je yg padam lampu.. umah kat sekeliling terang macam biasa je. hehehe...


LYANA, DANI berposing dalam gelap.. tapi pic nie terang je..




Mak aku tengah pasang lilin.. nak mengembirakan hati cucu-cucunya...

Friday, March 27, 2009

Selamat Hari Jumaat..


Assaalammualaikum...



Salam sejahtera semua.. Selamat menyambut hari Jumaat.. Bagi aku hari Jumaat selalunya hari yg istimewa.. aku tak tau napa.. tapi dari dulu lagi klu hari Jumaat aje.. aku akan pki baju cantik2.. n yg penting mesti baju kurung atau jubah..

Apa aku nak cite ttg hari nie??? eemm.. tiada yg menarik atau istimewa..

Kepala masih lagi memikirkan kesihatan ADIB.. rasanya dia mesti aku pegi berubat cara tradisional... jumpa IMAM ke.. Malam semalam mata dia bengkak.. dia pening n mula meragam.. aku risau.. ADIB sebenarnya memiliki personaliti yg menarik.. cuma mungkin kerana kehilangan kasih sayang n perhatian dari aku, tu yg buat dia jadi seorg yg suka memberontak...

Ada je yg tak kena pada dia.. dia mudah merajuk n marah.. puas aku pujuk.. dia suka dibelai n dipuji.. Kadang2 aku letih melayan karenah dia.. klu dah tak tahan sangat.. aku mula tinggikan sora.. n pada masa tu dia akan mula menangis.. Terpk juga aku.. adakah aku gagal jadi sorg ibu yg baik n lembut.. mungkin kerana pengalaman lalu yg menyebabkan ku jadi lebih kuat n keras hati... Adakah aku gagal untuk menjadi seorg ibu??

Ntahlah??

Aku selalu ingatkan anak2 aku.. aku sayangkan mereka... cuma kadang2 aku tak dapat nak berikan sepenuh perhatian pada mereka... Aku rasa anak2 aku faham...



Oklah.. tak nak feeling2 pagi jumaat nie.. hidup mesti ceria.. Apa aku nak cite lagi ekk??? Aku tengah dengar KLASIK NASIONAL.. best2 plak lagu pagi nie.. semuanya lagu yg aku minat.. yelah.. org tua.. aku nie style je moden.. tapi ati.. ati org tua...minat menda2 yg klasik..

Pagi nie cikgu rahman soh aku wat carta.. mencabar gak sebab aku jarang wat carta.. tapi aku cuba gak.. last2 jadi... walaupun..... hehehe...

Esok & lusa cuti.. aku nak kemana ek?? wan ajak ke kl.. tengok dia main futsal. MHCC ada wat game.. aku tak tau nak pegi ke tak.. Aku sebenarnya malas nak kemana2.. dok umah lagi best.. dapat baring2 sambil tengok tv... lagipun biasanya hari Ahad, hari aku nak lipat baju anak2 n iron baju tuk seminggu.. nantilah.. pk dulu.. Yus nak pindah umah.. dia tak ajak aku tolong plak.. nantilah aku kol dia..



Malam semalam nor kol aku.. borak pasal reunion.. aku jadi confius lak.. ada juga kawan2 dah mula tanya dia.. aku confius bukan apa.. susah nak kumpulkan kawan nie.. kena cari tarikh yg betul2 solid.. baru ok...

Azhar pun dah kol.. budget untuk makan dia sediakan RM500 je.. oklahhh.. aku akan wat kutipan pada kawan.. rm20 untuk family.. n rm10 tuk org bujang.. dapat juga aku sediakan goodies bag tuk anak2 diorg.. juga nak sediakan souvenior tuk diorg.. eemm.. nantilah.. wat sikit2 dulu..



Stop dululah.. aku nak wat keje nie.. nanti aku sambung lagi.. next week baru aku tulis citer baru.. Selamat Hari Jumaat n moga bahagia semua...


Thursday, March 26, 2009

MHCC di TGM.. Siri Ke 5..

Bertemu kembali.. ok... ini siri yang terakhir.. siri ke5.. sebenarnya aku rasa rugi sangat sebab tak banyak amik gambar.. aku kepenatan n risau sebab hari kedua.. ADIB dah start sakit.. dia asik mengadu sakit dada.. dahlah aku nie asik sibuk cari panadol nak dia kurangkan rasa sakit tu.. dia pun dah jadi tak aktif n asik lepak je.. jadi aku pun mula dah tak sabar nak balik...

Apapun.. nie je pic yg mampu aku amik.. korang suma tengok2lah ye??

Masa nie kat luar TGM.. dalam perjalanan balik... berkumpul dulu, sebab diorg nak test power.. aku ada amik videonya.. nanti aku cuba masukkan..


Diorg tengah atur keta untuk acara bergambar n penyampaian sijil
(ada sijil tu!!!)
Susun keta je amik masa dalam 1jam lebih.. aku n anak2 dah penat.. tunggu diorg nak makan.. lapo gile masa tu sebab hari hujan... cuaca sejuk.. dari pukul 12.00thgari sehingga 1.30ptg.. baru dapat makan... makanannya sedap.. berbaloi tau..

Perjalanan balik.. dari TGM ke bdr mersing ada yg singgah untuk beli keropok lekor n keropok keping.. aku pun beli juga.. untuk mak aku...
Then kami berkumpul di Tanjung sekali lagi untuk menunggu rakan2 yang masih membeli belah.. waktu ini kami gunakan untuk bersalam-salaman sebab ada yang akan terus balik ke JB, Pasir Gudang, BP, Melaka n Kluang.. takut tak ketemu nanti..
Keta yus plak ada masalah sikit.. tayar lembik.. kami terpaksa singgah di stesen minyak tuk pam tayar... aku plak cari panadol untuk ADIB..
Dari Mersing kami tak berhenti lagi.. sampai di Kluang barulah kami berhenti..
Itupun bila Lyana n Along dah mula loya.. Lyana muntah2.. aku plak yg pening.. takut dia kena macam hari tu (dia kena tahan wad sebab kurang air) .. tapi lepas tu aku tengok dia dah ok dah.. lega rasanya...
Dari Tol Ayer Itam ke Tangkak hanya tinggal 5 keta je..
Keta yang lain2 dah start nak race.. mula2 aku kol wan.. aku kutuk dia sebab dia bawa slow sangat.. dia kata Yus bawa keta laju.. Aku cakaplah dia lembab.. mungkin dia bengang.. dia terus memecut.. diikuti oleh melz, pacat n ada 1 keta lagi.. oh ya.. mamat enterframe yg botak tu.. yang cute tuuu.. hehehe.. last2 aku n yus makan asap jelah.. yus bawa pun bleh tahan.. 140km/j.. aku cakap.. jangan laju2.. kita bawa anak2.. yus ok.. dia bawa keta ok.. aku tak kisah.. janji sampai umah..
Wan sms aku.. hanya dalam 1/2 jam diorg suma dah sampai air keroh n berhenti minum kat air keroh.. gila diorg tu.. wan cakap diorg bawa 200km/j.. lajunyaaa..
kalau aku naik keta gan dia.. mau aku terkencing.. nasib baik (sebab sebelum sampai kluang dia sms aku ajak naik gan dia)...
Ok.. Aku selamat sampai umah kul 6.40 petang..
Alhamdulillah.. kami semua selamat n aku juga tak dengar rakan2 lain mengalami musibah.. syukur...
Apapun... aku gembira dengan pengalaman nie.. best...
p/s: yus.. lain kali ajak aku lagi... tak pun.. aku ikut wan je.. hehehe...(wan ajak pegi ikut dia main futsal kat kl, ada game.. kelab mhcc gak.. nantilah aku nak pk)..

Chalet Telok Gorek, Mersing... Siri Ke 4

Bertemu kembali.. hari nie je aku dah masukkan 2 cite tentang Konvoi tu.. tak pe... aku nak siapkan cepat.. nanti senang aku nak wat keje lain..Yg nie siri ke 4 plak..
Sekarang aku nak cite tentang Chalet Telok Gorek, Mersing (TGM).. Kami tiba di TGM jam 2.30 petang, selepas makan tengahari di bandar Mersing.. sepanjang perjalanan kami dari Bdr Mersing ke TGM kami telah di iringi oleh marsyall MHCC.. mereka yg telah mengawal lalulintas supaya perjalanan kami lancar.. setiba di TGM, 1 sessi penerangan telah diadakan....
aku n anak2 telah diberi 1 chalet yg lengkap dengan bilik air, katil n ada aircond.. oklah.. cuma tak de tv je.. line hp tak berapa nak clear.. so.. klu aku nak kol sesapa.. aku kena dok tegak2.. klu senget sikit je.. dah ilang dah.. hehehe... anak2 aku cakap dah macam patung..

Dihadapan Cafe...
Pagi 22 Mac, 2009.. jam 7.45 pagi..
Lyana n Dani menikmati kedinginan n keindahan pagi di Pantai Telok Gorek..













Acara mencari harta karun.. hehehe.. bukanlah.. budak2 nie tengah cari siput..

Sessi taklimat.. taklimat untuk acara sepanjang berada di TGM...
Sebenarnya ada sukaneka.. tapi aku tak sempat nak amik gambar...
aku kena tolong jaga anak yus.. tu yang susah nak amik pic..




OK... lepas nie siri ke 5 pula akan menyusul.. siri terakhir..

pic sebelum bertolak balik ke tangkak...

Wednesday, March 25, 2009

KONVOI MHCC KE TGM, MERSING SIRI KE 3..

Assalammualaikum.. dan selamat pagi..
Hari yang indah n cerah.. aku doakan anda semua sihat dan ceria hendaknya..
Bagi aku.. pagi tadi.. aku berdoa moga anak2 aku dapat menjawap peperiksaan dengan lancar n tenang.. apa lagi yg dapat aku berikan pada mereka kecuali doa n pelajaran yang sempurna.. Moga Allah memakbulkan doa hambaNya yg serba kurang nie... AMIN....

Ok.. sekarang masuk chapter 3.. konvoi ke TGM.. kali ni aku nak cite kisah kat mersing lak..
Dalam kul 12.30 kitorg sampai kat bandar mersing.. kitaorg berhenti kat tepi laut.. diorg panggil Tanjung.. turun keta je.. aku dah amik pic.. air tengah surut.. cantik pemandangan...
kat sini, diaorg tunggu kawan2 dari daerah lain utk berkumpul sebelum ke TGM.. Sebelum tu kita akan makan tengahari dulu... makan kat satu kedai akak tu.. dia pun berminat nak join kelab nie.. rugged akak nie tau.. cayalah kak.. maaflah pic tak sempat nak amik sebab anak2 aku main kamera...

Kat kedai makan.. aku cuma makan nasi n kuah(kuah saja lauk dah abis) lemak.. aku letak sikit rendang daging n sambal belacan.. anak2 pun sama.. dah abis dah lauk sebab ramai sangat yg makan kat situ.. makan tengahari wan belanja aku n anak2.. oklah tu..

Dani kat belakang aku.. dia nyorok2 lak..




Agak2 ada berapa ye?? Adib ada kira.. dia kata 41 buah..



Lyana, Dani, Along n Adib..
OK.. Jap lagi kita akan masuk siri ke 4.. tungguuuuuuu

Tuesday, March 24, 2009

Kluang.. tempat berkumpul... Siri ke 2

Assalammualaikum w.b.t... n selamat pagi..
hari nie aku nak cite siri ke2 Mini Gath TGM, MHCC. Kali nie kisah kat Kluang plak.. Kitaorg sampai Di Dewan Tuanku Ibrahim Ismail, Kluang. kat tempat berkumpul dalam kul 10.15 pagi.. ramainya umat.. adalah dalam 25 buah keta honda civic.. tu tak termasuk dari kuantan n segamat. diorg akan berkumpul kat mersing lak nanti.
Dalam 1/2 jam berkumpul n beramah mesra kitaorg bergerak ke mersing..
Konvoi ramai2.. adalah 3-4 buah keta yg jadi marshall.. diorg akan jaga lalulintas tuk memudahkan perjalanan kitaorg..
Sepanjang perjalanan mata kami dijamu dengan pelbagai pemandangan.. hutan, bukit bukau, ladang sawit, kg, felda, pekan kecik n macam2 lagi.. perjalanan yang jauh tak terasa meletihkan sebab berjalan dalam kumpulan yang ramai..








Lyana, Adib, Dani, Along n Angah (Anak2 Yus) didepan dewan..




Pacat.. tengah berjualan baju kelab.. cantik tau bajunya..
aku pun beli 1..

Akak nie dari Jasin... ikut suaminya... anak dipangku tu anak istimewa.. dah berumur 5 tahun. Seorang ibu n isteri yang tabah n sabar melayani anak istimewa.. Anak ppuan dia bleh diharap buatkan susu untuk adiknya.. baguskan???







Melz.. sekarang dia kat spital.. operate.. cian dia kan?? Tapi masa amik pic nie aku sempat bergurau gan dia.. pic nie aku masukkan dalam blog.. n akan aku tulis PEMUDA PALING HOT KAT BLOG AKU.. memang hot pun.. Masa aku cakp kat dia.. dia senyum je...

Aku, Yus, Erin (dr JB) n Qis.. Posing jap...

Yg nie namanya wan.. dari melaka.. dia ajak aku tumpang dia.. tapi aku tak mau.. cian yus kena drive sorg2.. mamat nie cool je.. tapi ada yg tak suka dia n cakap dia poyo.. aku diam je.. yg penting dia jujur n baik hati.. ye tak?? Yus cakap dia nya sora sedap dia nyanyi karaoke malam tu.. sayanglah aku tak dapat dengar.
OK sekarang kitaorg akan bertolak ke Mersing lak.... apapun.. bacalah siri ke 3 plak ye??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails