Tuesday, June 12, 2012

Meruntun Jiwa



Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai penawar hatiku, wahai yang dipuji
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Monday, June 11, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi



Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendirian hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan dimana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendirian masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang didalam gelita kalbu
Tanpa dirimu rasaku mati...

Saturday, June 9, 2012

Posing Jap




Saja pos gambar terbaru.... aku  rasa ada sikit perubahan pada kulit muka aku sejak guna produk baru. Produk nie bekas akak ipar aku yg kenalkan... oklah.. harga murah dan yg paling best sejak
 aku gunakan produk nie.. aku dah tak perlukan BB cream, Bedak compact atau alas bedak.. aku hanya gunakan bedak baby johnson je.. Jimat giler..

Bedak compact yg aku beli aritu.. aku cuma guna cerminnya je. BB cream pun aku simpan buat pekasam je..

Kalau nak berjalan pun... aku akan mandi paling lambat... tapi aku orang yang pertama dan dok dalam keta.. tak yah nak make up lelama... senang dan pantas..

Bagi aku.. less is more.. eemmm.... yang penting produk nie tak de proses pengelupasan dan bebas bahan kimia...

Thursday, June 7, 2012

Bosan!!!!

Ya.. aku kebosanan... dok sorang-sorang.. tak nampak kelibat anak-anak  buat aku jadi resah.
Nak keluar tak de kawan.. Nak makan.. sakit mulut... kena ulser.. Bosannya....

Skandel plak ada keje luar.. dah 2-3 hari dia outstation. Maklumlah jadi driver.. kena bawa boss kesana kesini.. Dia sendiri bengang sebab masa nielah peluang untuk aku keluar berdua2 je gan dia. Biasanya kena bawa anak... hehehehehe.. nak wat camne????

Nasib badan...

Himpunan Sejuta Cerita - Cherating

Lepas Majlis Sambutan 100 Tahun SK Serom 3, aku bersiap-siap untuk bercuti pulak. Aku nak pergi hari Sabtu tapi tak jadi sebab Adib ada Jambori Di Udara (JOTA) / Internet (JOTI) Peringkat Kebangsaan 2012 di SK Parit Keroma, Muar. Aku ingat dia camping sehari semalam je.. rupanya 3 hari 2 malam.. Bermula 25 Mei, hingga 27 Mei, 2012 (Jumaat sampai Ahad). 

Aku dah pening dah sebab aku check in kat Cherating 27hb.. Dia plak akan balik dari camping pukul 1.00 tengahari.. pukul berapa plak aku nak gerak dari Tangkak ke Cherating??

Tapi yelah.. aku panjangkan akal aku.. aku telefon cikgu dia.. minta lepaskan Adib awal. Tapi bukan senang rupanya sebab menda nie dianjurkan oleh Pengakap Malaysia (sori tak tau nama lengkap persatuan nie) Yang jaga semua ahli dipanggil Sarjan.. kiranya Pesuruhjaya Pengakap le.. Aku bukan tau sangat pun.. 

Jadi pagi-pagi ahad aku dah bersiap nak ambil Adib. Alhamdulillah.. Sarjan lepaskan Adib sebab aku sendiri yang datang ambil. Sebenarnya ada menda yang aku tak puas hati dengan pekhemahan nie.. tapi malaslah nak citer.. lagipun aku dah komplen pada GPK sekolah Adib. Biarlah mereka yang selesaikan sendiri. 

Sampai rumah.. aku suruh Adib bersiap-siap.. aku angkat barang-barang. Semua ahli keluarga dah menunggu tak sabar nak gerak.. seronok rasanya.. Dari Tangkak 3 buah kereta dan Abang aku akan gerak dari KL.. Adik aku pun nak ikut sama.. sanggup dia balik dari Penang semata-mata nak ikut bercuti..

















Aku menginap di Santuary Resort Cherating.. aduyaiii.. silap pilih resort lah.. Kotornya resort nie.. Coridor.. nak menghala ke bilik kotor sangat.. tak berbela tempat nie. Aku ambil apartment 3 bilik. Kelengkapan memang cukup cuma kotor.. banyak yang kena betulkan. Katil berbau hapak.. sampai kitaorang minta air freshner.. Aircond kat hall hanya keluarkan angin.. tak sejuk langsung.. nasib baik aircond dalam bilik ok..

Aku minta bilik mengadap laut.. tapi dia kasi ngadap kolam.. tak pelah.. boleh dimaafkan.. Yang aku puas hati dan aku rasa semua orang puas hati dengan kolam renang dan private beach nya je. Sebab masa kitaorang mandi.. tak ramai orang.. Mak aku pun mandi sekali.. bukan mandilah.. just duduk tepi atas pasir.. tapi memang menyeronokkan.. cuma tak seronok bila balik bilik.. yelah.. bayo mahal-mahal.. tapi bilik cam gua.. kotor, berlapuk dan hapak.. Nasib baik aku bawa selimut, bantal dan alas tilam sendiri..

Aku berada di Cherating dari 27 - 29 Mei, 2012. Hari terakhir.. sebelum balik aku bawa diaorang ke Kemaman.. Pegi beli keropok.. tak jauh.. dalam 15 minit je dari Resort nie..

Aku gembira sebab dapat habiskan masa bersama anak-anak dan keluarga aku.. Syukur Alhamdulillah.. Allah bagi aku rezeki lebih jadi dapatlah aku bawa diaorang bercuti.. Insya Allah.. akan datang aku bercadang nak ke pantai Selatan plak.. Kota Tinggi plak..

Himpunan Sejuta Cerita

Lamanya aku tak usik laman aku nie. Kali terakhir aku post pada 20 Mei yang lepas.. Sejak dari hari tu.. aku tak sempat langsung nak jenguk kesini.. Sian plak kat laman nie.. ditinggalkan sendirian menjalani kehidupan... mesti ko sunyi kan laman?? hehhehe...

Alah.. bukan aku sengaja pun.. tapi aku betul-betul kesibukan.

Aku himpunkan disini segalanya.. malas nak menaip dan meng'upload'kan gambar banyak-banyak.. Aku namakan entry kali nie sebagai Himpunan Sejuta Cerita.. taklah sampai sejuta cerita aku.. tapi saja nak amik aura himpunan yang makin banyak terjadi kebelakangan nie.. Kat sana himpunan.. kat sini himpunan.. hampir semuanya bertema.. ada tema kuning.. ada tema biru.. ada tema merah.. ada tema hijau.. ada tema ungu.. ada tema hitam.. ada tema putih.. ada tema kelabu taik anjing.. hahahaha.. saja aku tokok tambah.. best apa jadi PAK AJI.. menyedapkan rasa dan cerita..

Aku mulakan dengan....

Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Serom 3, Ledang.





Sambutan berlangsung selama 3 hari. Yang merasmikan sambutan nie Menteri Besar Johor. Aku sebenarnya menumpang sebok je.. saja nak berseronok dengan rakan-rakan guru.

Macam-macam acara yang berlangsung... ada pameran, solat hajat, larian, gerai jualan, pertandingan gubahan, pertandingan memasak, pemeriksaan kesihatan dan macam-macamlah..

Apapun... aku tumpang bangga sebab sekolah nie dah berusia 100 tahun dah. Banyak perubahan dah berlaku.. cuma sayangnya bangunan asal yang ada terpaksa dirobohkan sebab nak bina bangunan baru 4 tingkat.

Kalau tak tentu bangunan tu dah jadi pejabat aku.. hehehe.. PPD dan luluskan tapi JKR minta robohkan.. I tak LIKE JKR... hehehehehe

Wednesday, June 6, 2012

Saat Bersendirian...

Mereka pergi lagi... kali nie bersama- sama Dani.. Aku rasa lost... serba tak kena dengan hidup aku. Duduk salah.. diri salah... baring salah..jalan salah...

Aku sendirian. Tido pun sorang je.. Bosan!!!!! Aku tak tau nak kemana dan  buat apa.. Hanya duduk termenung. Nak membaca pun takde mood. 

Mudah betul airmata aku mengalir bila dok sorang- sorang.
Aku tau yang aku terpaksa berkongsi tapi perkongsian nie betul-betul menyeksakan perasaan aku. 

Sungguh.. aku tak punya teman.. Bila mereka pergi... aku bersendirian...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails