Sunday, October 30, 2011

Konvo... UTHM...

Semalam aku post.. KUITTHO.. rupanya dah bertukar kepad UTHM... Sorilah ek??..Tak mengikuti perkembangan semasa betul aku nie..
OK... aku mulakan hari seawal jam 5.00 pagi. Masing mengantuk sebab tido lewat. Melayankan Dani dan Adib yang nak sangat tengok Piala Malaysia.
Nasib baik Negeri Sembilan memang.. kalau Terengganu menang.. mau aku yang merana.
Sedangkan masa Terengganu dapat gol je.. aku TERJERIT dan mengangkat tangan, Dani dah mengamuk. Dia merajuk sampai menangis teresak-esak.. Menangis teresak-esak ok?? Macam orang mati bini.. macam orang putus cinta.. macam orang hilang duit berJOTA-JOTA. Bengang betul aku!! dia merajuk tak nak tido dengan aku.
Sakit jiwa je jadi mak nie tau.. kang aku tak kasi tengok TV langsung.. baru kau tau anak!!!...
Berbalik pada citer sebelumnya, aku keluar rumah jam 6.15 pagi. Singgah di R&R Pagoh untuk sarapan. Perut aku tak sedap.. jadi aku makan sikit sangat.
Sampai di UTHM jam 8.00 pagi. Masih awal tapi agak ramai juga yang dah sampai.





Awal pagi.. bolehlah bawa laju sikit.. sikit saja tau.. jalan lengang.. sedap betul drive pagi-pagi nie.





Cute Cousin..

Inilah orangnya...


Akak dan abg ipar aku.. bersama ank sulung..






Kami balik jam 2.00 petang. Penat badan.. tapi aku puas hari sebab dapat bawa anak berjalan-jalan dan hiburkan hari mak. Apa lagi yang aku boleh buat??

Saturday, October 29, 2011

Piala Malaysia... 2011

Terengganu vs Negeri Sembilan.

Yang mana bakal jadi juara??

Mana-mana pun yang bakal menjadi juara, tak akan mendatangkan faedah pada aku.

Cuma kalau Negeri Sembilan kalah, confirm aku kena sedia dari segi mental dan fizikal sebab Dani n Adib mesti marah, mengamuk, merajuk dan paling aku bengang... menangis.

Adib pernah nangis masa Negeri Sembilan kalah dengan Kelantan. Tahun lepas kot??
Dia kena kutuk dengan sepupu2nya.. yg jadi mangsa aku..

Player yg aku minat tengok.. hehehe.. malu i nak ngaku... Abdul Manaf Mamat. Aku minat tengok dia dari masa dia lawan dengan kelantan. Cam comel je kan??? hahahaha.. kata-kata orang mabok...

Bila aku tengok muka Aidil Zafuan.. encem sungguh mamat nie.. untung si Rita Rudaini..

Dah... merepek lah pulak..

Ada acara yang aku perlu hadiri esok.. Konvo anak buah aku di KUITTHO Batu Pahat.
Kena tido awal.

Oh ya.. dah 4 malam aku tido depan TV kat tengah rumah. Tak sanggup nak tido dalam bilik.. Ngeri, trauma, seriau dan segala yang sewaktu dengannya.

Pagi Deepavali yang lepas, Lyana aku tugaskan untuk mengemas tilam. Tetiba-tiba dia lari keluar bilik. Rupanya ada lipan dibawah tilam aku.. Rasa nak gugur jantung aku. Bawah tilam aku ok?? Waktu tu aku dah dok fikir, kalau dia menjalar waktu aku masih tido... mau aku histeria..

Aku dan mak terpaksa menjadi Indiana Jones.. menyelongkar bawah katil aku, terbongkok-bongkok, tertonggeng-tonggeng, dan 'MENDA' tu muncul bersebelahan dengan tangan kiri aku. Seperti biasa, keberaniaan aku terus terbang.. diganti dengan jeritan.. hehehehe.. mak steady je amik spray dan ketuk dengan kayu. Aku je yang terlompat-lompat macam katak.

Sampai hari nie, aku masih tak berani nak lepak dalam bilik..

Stop lah citer nie.. takut... ngeri..

Jomlah tengok bola dulu.. ohhh.... lupa nak komen, padang stadium nie macam padang kat sekolah aku jek... hampeh..

Friday, October 28, 2011

Ralat..

Malu Den.. Nyuruk jap bawa gebor (perkataan nie kalau org Muo tak tau, aku tak tau nak cakap apa) hehehehe..

Terima kasih kepada Tuan Fakur yang menegur..

Sebenarnya dalam entry Mari Mencuci Mata Part 3.. a.k.a Callo Ganu..
tarikh sebenar aku berkursus pada 17 - 20 Oktober, 2011.

Jadi semua bila baca tu.. anggaplah tak nampak perkataan November ek??

Terima kasih tuan...

Mujur Lalu Melintang Pukang...

Pelik aku gan blog nie.. puas aku betulkan... senget benget gambarnya.. tulisannya.. lepas tu jaraknya jauh2.. ada yg rapat sangat jarak gambar dengan ayatnya.. ada yg jauh sebatu...

Rasanya dekat 2 jam dari petang tadi aku betulkan.. tetap tak boleh..

Jadi.. aku REDHA jelah dengan apa yang ada, dengan apa yang keluar dalam blog nie..

Harap-harap korang boleh terima dan baca ek??

Sekian, terima kasih...

Mari Mencuci Mata Part 3... a.k.a Callo Ganu...

Callo Ganu..
17-20 November, 2011 aku berbengkel di Kuala Terengganu.. Hotel Grand Continental..

Aku tau napa aku terpilih.. aku tau sapa yang pilih aku.. aku menolak.. tapi dia beria-ia nak aku hadir. Kami dah lama tak berjalan sama-sama..

Maaf semua.. kami hanya berkawan baik.. sayang.. ya.. aku sayangkan dia.. cuma tak terluah.. biarlah aku pendam dalam hati saja.

Bengkel Pemantapan Pengurusan Pentadbiran..

Aku demam sebaik saja sampai di Kuala Terengganu.. Batok sampai hilang suara.. Dah macam suara itek serati dah.. (camne ek sora itek serati?) hehehe..

Aku terpaksa minum ubat batok je.. nak ke klinik memang tak dapat.. bukan aku tau pun kat mana kliniknya.. lagipun kelas penuh.. daripada pegi klinik baik aku pegi pasar payang.. hehehe...... soping dowhhh...
Pemandangan dari bilik aku.. taklah menarik mana.. tapi redha jelah.. hehehe...





Rodziah, akak izan dan aku..



Acara wajib.. mengabiskan skeleng.... hehehe... skeleng tu aku dapat dari seorang kenalan.. maksudnya.. MONEY...



Jus buah gelas besar. Kedai jus buah pior tutup.. tak dapat le nak rasa.. diorg kata lagi sedap



Sessi perbincangan.. aku macam tekun sangat... padahal aku puas nak memahamkan pekeliling tu... hehehe.. Big boss... Sporting... Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam.. Haaa.. nie katPantai Teluk Ketapang.. makan udang, sotong n ikan yang digoreng dengan tepung... bagi aku biasa je.. yg luarbiasa sebab makan kat Kuala Terengganu. Katalah aku makan kat Tangkak ke, Medan Ikan Bakar Sabak Awor ke, Medan Ikan Bakar Terapung kat Umbai ke.. tak delah masuk dalam blog kan?? hehehehe.. sedaplah.. lawan gan sosnya..
Nie saja.. nak wat kecur orang yang nengok... padahal... sama je.. Masa nie aku boring sebab diorg citer bab duit. .semuanya JOTA-JOTA.. Pening kepala aku.. kalau citer2 tu nak campak kat aku barang SEJOTA. tak pelah juga kan?? mau dan-dan tu juga aku pegi NOOR ARFA BATIK.. hehehehe.. Acara makan malam. Makan steamboat. Sedapppp...
Melayu nie.. seksi.. sekali aku request lagu GOYANG INUL.. penyanyi nie punya gelek...
aku punya kepala pun gelek gak.. gelek sebab malu.. hehehehe...




Acara Penutup..
Posing sebelum amik sijil.. masa nie aku ngah mogok, bengang, sakit hati, sakit jiwa dan geram.... sampai malas nak bersuara. Lagipun suara memang dah tinggal hujung2 tekak.. antara dengar dan tidak.. Yes!!!.. berjaya menamatkan kursus.. dapat sijil.. lepas nie boleh tolak kursus yg bakal diadakan. Sebabnya.. Kompetensi dah mencukupi..

Mari Mencuci Mata Part 2...

OK.. serius.. nie cabaran pertama yang aku dapat selepas aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Aku betul2 dicabar kerana mereka yang tercalon dan ketua mereka yang tak puas hati camne aku boleh dapat augerah tu..

Disebabkan aku dah dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, opis aku pun dah dapat Anugerah Pengurusan PKG Cemerlang dan opis aku juga merupakan perintis bagi program Pemantauan Pengurusan Latihan.. maka sebagai TULANG BELAKANG pada semuanya yang tersebut diatas.. maka aku diamanahkan untuk menjadi Fasilitator bagi Bengkel Pemantauan Pengurusan Latihan.

Tolong sikit ek?? apa ingat aku takut?? cewahhh.. hehehehe.. berdebar2 juga. tapi Alhamdulillah.. boss aku banyak membantu menyediakan kertas kerja dan sabar menjawab soalan2 tak lojik dari aku. hehehehe.. thanks boss.....


Ada gaya tak???






Sekian ceramah saya pada hari nie.. jadi kalau nak dapat markah cemerlang.. sila ikut format saya.. jangan banyak soal.. hahahaha... best tak ayat aku tu??


Yang penting tugasan tersebut dapat aku laksanakan.. dan dapat menutup mulut orang tak puas ati tu.. jadi.. lain kali.. jangan pandang orang sebelah mata. Kadang-kadang orang yang senyap nie.. berisi tau.. aku memang jenis kepo.. tapi kepo aku, bukan kepo tong kosong.. aku tak nak tunjuk je.. takut jadi riak.. cehh!! cakap macam pandai beno aku nie.. hehehehe...


Jomlah.. masuh siri ke 3 pulak.. malas nak ingat pasal nie lagi.. buat sakit hati je..

Mari Mencuci Mata Part 1..

Kita bahagikan acara ini kebeberapa bahagian ye.. perlu di ingatkan.. akan berlaku goyangan pada mata kalian sebab. .goyangan pada kamera.. Kamera aku rosak.. jadi kenalah pakai kamera HP aku.. raya paling tak best sebab kamera tak de.. hehehehe...

Anis...
Sayang umie..

Family Potret (selepas 3 kali cubaan baru tak ada goyang inul)


Musuh ketat aku.. (adik lelaki)

Cucu-cucu atok Sinam

Hafiz in the making.. namanya Fawwaz..





Jamuan Hari Raya..



Dani

habis.. semuanya lapar.. beriyani kambing.. sedapppp....


Adib.. begitu menghayati..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails