Sunday, October 30, 2011

Konvo... UTHM...

Semalam aku post.. KUITTHO.. rupanya dah bertukar kepad UTHM... Sorilah ek??..Tak mengikuti perkembangan semasa betul aku nie..
OK... aku mulakan hari seawal jam 5.00 pagi. Masing mengantuk sebab tido lewat. Melayankan Dani dan Adib yang nak sangat tengok Piala Malaysia.
Nasib baik Negeri Sembilan memang.. kalau Terengganu menang.. mau aku yang merana.
Sedangkan masa Terengganu dapat gol je.. aku TERJERIT dan mengangkat tangan, Dani dah mengamuk. Dia merajuk sampai menangis teresak-esak.. Menangis teresak-esak ok?? Macam orang mati bini.. macam orang putus cinta.. macam orang hilang duit berJOTA-JOTA. Bengang betul aku!! dia merajuk tak nak tido dengan aku.
Sakit jiwa je jadi mak nie tau.. kang aku tak kasi tengok TV langsung.. baru kau tau anak!!!...
Berbalik pada citer sebelumnya, aku keluar rumah jam 6.15 pagi. Singgah di R&R Pagoh untuk sarapan. Perut aku tak sedap.. jadi aku makan sikit sangat.
Sampai di UTHM jam 8.00 pagi. Masih awal tapi agak ramai juga yang dah sampai.





Awal pagi.. bolehlah bawa laju sikit.. sikit saja tau.. jalan lengang.. sedap betul drive pagi-pagi nie.





Cute Cousin..

Inilah orangnya...


Akak dan abg ipar aku.. bersama ank sulung..






Kami balik jam 2.00 petang. Penat badan.. tapi aku puas hari sebab dapat bawa anak berjalan-jalan dan hiburkan hari mak. Apa lagi yang aku boleh buat??

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails