Wednesday, October 5, 2011

(Everything I Do) I Do It For You...

Aku rasa inilah kali pertama aku menulis dengan menggunakan ayat bahasa inggeris sebagai tajuk.

Sebenarnya ia adalah tajuk sebuah lagu nyanyian Bryan Adam.. Lagu nie memberikan banyak kenangan manis buat aku...

Siapa sangka... aku sendiri tak menyangka yang aku akan berkawan rapat dengan seorang pemuda berbangsa cina.

Kami sebaya.. Orangnya cute dan comel. Aku suka pada dia.. tapi sebagai kawan saja.

Kami mempunyai minat pada penyanyi yang sama.. bukan Bryan Adam saja.. ramai lagi penyanyi inggeris yang kami minati..

Hobi kami juga sama.. Kami berkawan sewaktu kami berusia 21 tahun dan sejak itu kami rapat. Bekerja dikilang yang sama, aku dibahagian Admin dan dia sebagai Juruteknik. Jika salah seorang dari kami tak datang kerana bercuti.. pasti ada yang tak keruan.. semuanya serba tak kena. Terasa sunyi dan kosong hidup kami.

Kami banyak menghabiskan masa bersama.. makan bersama, keluar bersama, shopping bersama, lepak bersama... Kami boleh menghabiskan masa berjam-jam lamanya dengan hanya mendengar lagu2 kegemaran kami dirumahnya.

Dia selalu bawa aku balik kerumah dia.. dimana ia tinggal hanya bersama dengan ibunya.

Auntie baik pada aku.. dan pernah bertanya samada aku ingin mengahwini anak dia atau tak... aku hanya tersenyum malu.. siapa yang tak mau??? cuma yang mendatangkan masalah.. kami berlainan bangsa.. sudah tentu mak aku tak akan benarkan.

Pada hari perkahwinan aku.. dia datang. Wajahnya merah.. matanya bengkak.. sukar aku melihat senyuman dia. Dia hanya memerhatikan aku dan apabila aku memandang padanya.. hanya pandangan yang sayu aku lihat diwajahnya..

Tengahari tadi aku mendengar lagu ini diradio. Dan tentu sekali aku akan terbayang wajah sayu nya..

Andrian Ong... Kamu sentiasa abadi didalam hati dan ingatan...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails