Thursday, December 24, 2009

Masjid dan Putrajaya..

Assalammualaikum....


Nie pic sekitar pernikahan Sepupu aku di KL dan juga masa aku bawa anak ke Putrajaya....
Masa pernikahan nie.. macam2 citer yg kuar... aku simpati pada mak sedara aku.. tapi nak wat camne...





Dalam keta.. sempat posing guna HP aku.. Notilah betullah Dani nie.. Tapi cute..
I love u sayang..




Monday, December 21, 2009

Megagath 2009.. Malaysian Honda Civic Club.. Part 3

Siri ke 3... Nie berhampiran dengan tol Kajang.. tunggu sapa2 yg lambat bayar tol... hehehe..
Barisan Honda yang nak bayar tol.. panjang sangat.. mesti terkejut budak2 tol nie...


Parking di Putrajaya... Dah sampai dah...



Acara Drag...

Zura, Aku, Liza dan abg... (aku tak ingatlah nama dia).. hehehe org Segamat..





Aku dan kawan2 bertolak balik ke Tangkak jam 7.00 petang.. kami Maghrib dan berkumpul di R&R Seremban.. Group dari JB terus balik sementara aku dengan group Muar berhenti di Restoran Jejantas Air Keroh.. kat R&R Seremban tak de tempat duduk nak makan.. masing2 kelaparan...
Aku sampai rumah pada jam 10.30 malam...
Hari yang amat best.. aku happy sangat sebab dapat jumpa kawan2.. jumpa kawan2 kuantan, JB, N9.. cuma kawan2 FD Seremban je aku tak sempat jumpa...
Kita bertemu lain kali ye..
bye..
Wasalam..

Megagath 2009.. Malaysian Honda Civic Club.. Part 2

Dalam perjalanan ke R&R Seremban... Banyak picnya.. tapi aku malas nak isi banyak2.. nie pun dah ok dah... Best tau ikut Konvoi macam nie... Sepanjang perjalanan... keta Honda Civic je yang menguasai highway pagi tu... Bunyi jgn cite.. keta masing2 dah bikin..









Aku dah Abam Tobey di R&R Seremban... posing cikit.. hehehe..
Selepas nie.. di Tol Kajang sebelum sampai ke destinasi...







Megagath 2009.. Malaysian Honda Civic Club.. Part 1

Assalammualaikum...

Bertemu kembali selepas kita menyambut Maal Hijrah...Aku nak kisahkan tentang perjalanan aku ke Mega Gathering 2009 Malaysian Honda Civic Club yang dia adakan di Putrajaya..Perjalanan yang dekat tapi memakan masa yang panjang kerana penyertaan yang amat ramai dari sekitar negeri Johor.. termasuk Melaka...Aku sampai di R&R Air Keroh seawal 6.00 pagi.. sepatutnya kitaorg bleh bertolak awal.. tapi menunggu rakan2 lain dari Segamat, Muar, BP dan Melaka.. tu yang jadi lambat tu..Sewaktu keluar dari R&R Air Keroh jam 9.00 pagi.. ada dalam 100 buah kereta semuanya...Destinasi kami seterusnya ialah R&R Seremban.. nak photoshot.. aku dengar ada fotographer dari majalah Gila Kereta yang akan ikut kami sepanjang perjalanan ke Putrajaya..OK.. kita sambung ke siri ke2 selepas nie...




Joe Siroy.. bergaya cowboy dengan walkie talkie nya..

Sebelum keluar dari R&R Air Keroh.. Destinasi seterusnya
R&R Seremban...




Wednesday, December 9, 2009

Ramlee Awang Murshid....

Assalammualaikum...

Kali ni aku ingin bercerita tentang novelis yang amat aku minati...
Kali pertama aku baca buku beliau kira2 4 tahun lalu..
Aku tak tau n tak ingat bila minat aku bermula untuk membaca buku karya beliau...
tapi selepas membaca buku ADAM (AKU DARAH ANAK MALAYSIA), aku mula jatuh cinta dengan tulisannya.. (termasuklah dengan novelisnya)
Angau betul.. hehehe...
RAMLEE AWANG MURSHID...

Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah.
Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu.
Selain itu, novel IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel pertama pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995 dan baru-baru ini, Ramlee sekali lagi terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik Alaf 21.
Sehingga kini, Ramlee telah menghasilkan sembilan buah novel.

- petikan dari Alaf21.com.my












Nie antara novel2 beliau yang aku dah beli.. Novel Triologi Bagaikan Puteri, yang merangkumi tajuk Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pecinta adalah koleksi kesayangan aku.. Aku betul2 tersentuh dengan citer tersebut.. Laksamana Sunan.. Nama yang berjaya menyentuh hati wanita aku.. walaupun hanya sebuah cerita.. aku menjadi cemburu kepada Haryani dan Ratu Sulaman kerana berjaya mencuri hati Laksamana Sunan..
Tapi yelah.. semuanya kerana penghayatan aku terhadap cerita tersebut..
Ramlee Awang Murshid telah berjaya membuatkan aku masuk kedalam dunia tulisannya..
Aku juga memiliki buku Ungu Karmila yang telah ditandatangani sendiri oleh beliau... Dapat je buku tersebut.... aku tunjukkan buku n tandatangannya kepada semua rakan2 n keluarga.. Gila betul.. berbulu je kawan2 aku tengok aku masa tu ....
9 Nyawa adalah buku terbaru beliau yang aku baru je miliki Jumaat lepas, 04 Disember, 2009.
Apa yang penting, buku tulisan beliau bukan merangkumi kisah cinta pada manusia saja.. apa yang lebih penting tentang cinta kita terhadap Pencipta kita dan Rasul Nya... Semuanya diadun dengan baik dan menyentuh jiwa.. Walaupun aku membaca buku2 tersebut berulang2 kali.. airmata aku tetap akan mengalir apabila kesedaran yang dibawa secara halus tentang kecintaan kita kepada Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w..
Aku berhenti dulu.. kita jumpa lagi..
Wasalam...

Tuesday, November 24, 2009

Berkhatan, Masuk Jawi atau Bersunat...

Assalammualaikum...

Ahad lepas 22 November, 2009.. acara yang ditunggu2 telah pun berlangsung..
Dani, Adib dan Haziq bakal di khatankan..
Aku sebenarnya yang lebih2 berdebar n takut..
Sebenarnya aku tak nak kasi Dani berkhatan dulu.. tapi dia nak juga..
Aku serba salah.. aku kesiankan dia sebab aku rasa dia masih kecil lagi..
eem.. tapi pagi ahad tu.. jam 11.00 pagi.. Dani selamat dikhatan kan di klinik swasta.
Apa yg buat aku merasa lega bila bekas suami n keluarga bekas mertua aku datang menemani aku n anak2 tuk berkhatan..
Abg Ngah dan Babah telah menemani Dani n Adib. Aku nak masuk tapi aku ketakutan.. takut nanti aku plak yg pitam.. jadi.. lebih baik aku tunggu kat luar je..



Haziq(anak abg aku), Dani n Adib berdebar2 menunggu giliran..

Selepas bersunat, balik rumah aku berikan mereka ubat..

Umie sayang anak2 umi.. tahniah.. nanti bleh jadi imam umie...

Haziq malu ye???
Balik rumah.. Dani menangis bila ubat bius mula hilang. Dia cakap dengan aku lepas nie dia tak nak sunat lagi.. aku mengiakan saja.. sebab aku tak nak dia fikir yang bukan...
Sebagai hadiah, aku belikan anak2 aku kereta control Flash N Dash..
Hilang sakit bila dapat kereta tu..
Wasalam..




Wednesday, November 18, 2009

MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH

Assalammualaikum...

Selasa lepas ada Majlis Konvokesyen Prasekolah..
Dani terima sijil.. aku excited.. sebab aku ingat Dani akan dapat hadiah bagi subjek Bahasa Inggeris sebab dia markah 100%.. tapi dia tak dapat pun.. Dani pun macam frust je.. sebab dalam senarai nama murid yg akan dapat.. ada nama dia.. tetiba je masa hari tu.. tak de..

Apa nak buat.. bukan aku yg tentukan..


Comelnya baby umie.. I love u sayang...
Umienya tumpang menyibuk...




Acara persembahan.. lagu.. AYAHKU KAWIN LAGI..
pengantin lelaki macam kena kawin paksa je..


Dani jadi penari latar...

Apapun.. aku tak kisah.. asalkan anak2 aku lulus pekse..
Adib n Lyana pun lulus juga..
Syukur pada Allah...
Wasalam...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails