Saturday, July 7, 2012

Menjelang Ramadhan

Menjelang Ramadhan.. semakin banyak kerja yang perlu aku lakukan.. Kerja2 di pejabat.. kerja rumah.. mengemas, mengecat dan macam2 lagi kerja... tak buat nanti, teruklah aku menahan telinga, hati pun mesti bengkek je... kena bebel.. dari menanah telinga.. baik aku buat.

Nie gambar pagi tadi.. anak2 mengecat kerusi yang dah berusia hampir 3 0tahun. Hadiah pertama dari akak aku yang nombor 2. Gaji pertama yang dia dapat.. dia belikan mak kerusi nie... 

Lupa .. dah lama aku tak update blog nie.. bukan tak nak.. tapi malas... senang kan citer.. 1 perkataan je.. yg mengubah semuanya.. bukan mengubah.. tapi menyampaikan maksud yg sebenarnya... hehehehe..bahaya sungguh.

Sebelum layan gambar aku nak luahkan kerisauan aku nie.. Suami kawan aku, kawan sekampung aku.. yg tiap2-tiap hari hantar Adib dan Dani kesekolah agama dah buat aku takut. Sebenarnya perkara nie dah lama berlaku tapi aku tak ambik pot.. tapi makin aku diam.. menjadi-jadi plak akhir2 nie.. Dia selalu hantar sms kosong pada aku.. mula-mula aku ingat dia salah hantar.. tapi kalau dah selalu sangat dan ada plak ayat dia yang siap cakap I n U.. apa citer plak kan?? 

Malam semalam 2 sms kosong dia hantar.. macam biasa aku tak layan.. dia miss kol plak.. Berdiri bulu roma aku bila tengok nombor dia.. Dalam pukul 1.. lepas aku habis tengok Harry Porter dengan anak-anak.. dia hantar sms ucap "Selamat Malam".. pulak dah!!! 

Pelik aku.. sms yang dihantar.. semuanya lewat malam.. start jam 11 malam.. aku mula rasa berdebar.. bukan berdebar gumbira tau.. tapi takut.. napalah jadi macam nie?? 

Susah hati aku.. kalaulah bini dia a.k.a kawan aku tu tau.. matilah aku.. yelah.. sepatutnya aku tak perlu rasa takut sebab aku tak layan kan? Tapi dengan status aku nie.. selalunya kesalahan akan diletakkan dibahu aku. Dan yang penting bini dia bukan calang-calang orang.. bab mencarut.. menyumpah.. menyeranah.. serahlah pada dia. Semua yang tak sedap didengar akan keluar dari mulut dia..  

Bukan sekali aku kena.. dah banyak kali.. sampai aku lali.. aku dah elak.. aku dah siapkan firewall kat diri aku nie.. tapi masih juga datang perkara macam nie. 

Moga Allah melindungi aku.. Aku tak nak putus kawan hanya kerana menda-menda mengarut nie..





Adib dan Dani lepas geram selepas dah lama tak dapat ketaman permainan.. Gambar nie aku ambil lepas mereka balik Solat Jumaat. Mereka tunggu aku ditaman nie.. bersebelahan dengan Masjid Jamek Tangkak.. Gembira sangat nampaknya.. tapi tak boleh lama.. aku kena masuk kerja..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails