Tuesday, September 29, 2009

SALAM LEBARAN

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir dan Batin..
Buat semua rakan2 blogger yang sudi singgah dan membaca blog aku nie.. aku menyusun 10 jari memohon ampun dah maaf sekiranya sepanjang aku menulis di blog nie... aku ada menyinggung perasaan kalian tanpa aku sedari..

Hari raya tahun nie.. masih macam biasa.. aku beraya tanpa suami.. dan ini merupakan tahun ke 5 beraya tanpa kehadiran seorang suami.. tiada lagi acara bersalaman.. sesungguhnya aku jadi semakin lali dengan situasi aku kini. Jika dulu, aku akan menitiskan airmata bila mengenangkan saat itu.. tapi tidak pada tahun ini... Yelah.. pengalaman mematangkan seseorang.. dan aku adalah diantara insan yg telah matang.
Aku menjadi semakin redha dengan situasi hidup aku.. redha dengan musibah yang Allah turunkan kepada aku kerana aku tahu.. Allah menyayangi aku dan Dia pasti telah menyediakan sesuatu yang lebih.. lebih.. lebih baik untuk aku pada masa akan datang, jika tidak didunia. mungkin di SANA nanti.. Insya Allah.. Aku pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku..
Airmata aku telah kering dalam menangisi nasib aku.. tapi aku berdoa semoga ianya tidak kering dalam memohon keredhaan Allah.

Aku juga bersyukur Dani dah berjaya menamatkan puasanya selama 28 hari, sehari cuti kerana cirit-birit dan muntah2. Lyana dan Abid macam biasa.. tiada masalah.. Moga anak2 aku akan menjadi anak2 yang soleh dan solehah.. yelah.. tak banyak bekalan aku akan bawa bila aku dijemputNya.. hanya doa mereka yang akan mengiringi aku. Org kata melentur buluh biarlah dari rebungnya..

Tahun nie.. aku memilih warna biru untuk baju raya anak2 aku.. Aku pun sama.. cuma ada penambahan warna kuning untuk nampak lain sikit.. hehehe..







Pagi raya.. acara wajib selepas bersalaman dengan mak, kami semua akan keluar beraya kerumah adik beradik arwah abah aku..
petang kami menunggu anak2 buah mak dan arwah abah datang.. Alhamdulillah.. tahun nie.. hampir semuanya datang.. habis semua makanan kami hidangkan tuk mereka.. puas hati kami sebab semuanya dapat berjumpa.. sebab yelah.. masa nie lah kami berkumpul.. aku sibuk melayan sampai tak sempat nak ambik gambar...
OK.. aku stop dulu.. nanti sambung lagi ekk...

Menjelang Hari Raya... Siri Ke 3

Assalammualaikum....



Sebenarnya aku dah lama nak post kat dalam blog gambar2 nie.. tapi yelah.. hari nak raya.. aku bz dengan persiapan kat rumah.. sebab tu tak sempat nak download..

Gambar nie aku amik 1 hari lagi sebelum raya.. Hari Sabtu 19 September, 2009... abg zubir ajak aku n anak2 buah yg lain untuk membersihkan dan menambak semula kubur arwah abah aku..

Anak2 aku yg excited sebab diorg belum penah tengok kubur arwah abah aku.

Arwah abah meninggal sewaktu aku mengandung Lyana (5 bulan dalam perut). Dia meninggal dalam bulan ramadhan tahun 1999.






Lyana, Adib dan Dani menunggu abg aku bawa cat, batu dan tanah untuk mengemas kubur arwah abah.





Ok tak?? rambut baru nak raya.. mula2 aku tak berapa suka.. tapi lepas aku belek2.. aku touch up sikit.. baru lah aku ok.. eemm.. seksi lak rasanya.. (klu tunggu org lain puji, tak de jawapnya).. hehehe...


Tuesday, September 15, 2009

Kisah yang menyentuh perasaan....

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan .
Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
"Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,
"Maafkan cikgu, ......."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras.

Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikiri
v. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah
p/s : jika perkara ini masih berlaku, maknanya ada pihak yang tido n tak wat keje. Setahu aku kementerian pelajaran ada menyediakan peruntukan untuk kanak2 miskin dan anak2 yatim. klu mereka tak dapat, ada guru (yang bertanggungjawab dalam hal nie) tidak menyampaikan amanah tersebut. Peruntukan memang ada untuk mereka membeli pakaian (kadang2 sekolah akan belikan supaya duit tu disalahgunakan) membayar duit yuran. Mesti ada yang terlepas pandang (kadang2 yang dapat tu adalah mereke yang sememangnya tak layak sebab ada hubungan) atau sememangnya mereka nie TIDO.

Mampu ke aku???

Assalammualaikum...
Sebenarnya dah berapa hari aku nak menulis tentang diri aku.. cuma aku tak de idea.. yg penting tak de kekuatan tuk meluahkan apa yang bermain di fikiran n apa yang terbuku di hati n perasaan aku kini...
Hari nie.. pagi nie.. lepas apa yang berlaku pagi tadi.. aku kuatkan semangat tuk meluahkan apa yang terpendam...
Pasal ADIB.. aku bingung dengan sikap dia.. dia kadang2 melampau-lampau perangai dia.. kuat nak marah.. pantang salah sikit.. ada je yang akan wat dia naik angin.
Kalau dia marah.. semua dia tendang.. pintu bilik.. katil.. apa saja yang ada depan mata dia.. aku betul2 bengang dan tak tahan gan karenah dia.. aku tak tau nak cakap atau wat apa lagi tuk amik hati dia... Aku cuba berbual dengan dia tapi tak de sepatah perkataan pun kuar dari mulut dia.. dia tak penah suarakan apa yg terbuku dihati dia.. kadang2 aku rasa fed up nak melayan karenah dia, tapi tak boleh.. dia anak aku.. klu tak aku yg layan dia.. sapa lagi??
Bayangkan.. aku seorang.. aku terpaksa layan kehendak dia, Lyana, Dani, Mak aku dan akak aku.. kadang2 aku rasa tension. Aku bersyukur kerana Lyana dah besar.. dia dah boleh berdikari n tak banyak ragam.. Dani macam biasa.. dia kecik lagi.. Mak?? mak aku dah tua.. perangai org tua.. biasalah.. dia juga nak perhatian juga.. hati dia lagi aku kena jaga.. aku takut dia tersinggung..
Akak aku?? aduyaiii... nie lagi satu hal.. aku penat sangat.. balik keje nak kena kemas umah.. kemas dapur.. dia langsung tak nak tolong.. dia bila balik keje je terus masuk bilik tido.. dia tak kisah nak mengemas pun.. kalau dia cuti.. baru dia wat keje tu.. tapi dia akan marah2 n mula merungut2. Klu dia nak berjalan.. jangan harap dia akan wat keje umah.. aku juga yang terpaksa wat semuanya..
takkan aku nak soh mak yang buat??
Penatnya aku nak melayan semuanya.. Aku kesal gan sikap Adib.. aku sayangkan anak aku.. aku tak nak dia rasa terabai.. tapi aku tak mampu nak bahagi sama rata perhatian walaupun aku telah berusaha sehabis mungkin. Ada je yang dia tak puas hati.. gagal ke aku dengan tanggungjawab aku nie??? aku tak nak Adib membesar dengan sikap macam tu.. aku tak nak dia jadi pendendam.. Ya Allah.. apa lagi yang haru aku lakukan kini.. aku buntu Ya Tuhanku.. berilah aku kekuatan...
Aku juga marah dengan sikap bekas suami aku yang selalu lepas tangan. Dia langsung tak nak kol anak2 aku tuk bertanya kabar, sedangkan aku dah sediakan HP tuk anak aku (kalu dia tak nak kol melalui hp aku). Tapi dia tu terlalu pentingkan diri sendiri.. apa salahnya dia kol seminggu sekali.. tanya kabar, tanya hal sekolah pada anak2?
Aku juga perlukan masa untuk diri aku sendiri. Tapi aku tak pernah dapat.. aku juga punya keinginan tuk bermanja, aku mahukan teman berbual, teman tuk aku menumpang menangis dibahunya.. cuma.. keadaan yang buat aku macam nie.. dalam erti kata lain.. aku kesunyian..
Nie aku nak cite juga.. sebenarnya ada yang nak datang melamar aku.. aku takutlah.. pertama.. mesti mak aku tak setuju.. kalau setuju pun mesti cuma 30%.. yang kedua... anak2 aku.. dapat ke anak2 aku terima org baru?? dan dapat ke dia terima anak2 aku??? (itu yang paling penting)
yang terakhir.. aku... camne aku nak wat??? aku kadang2 macam nak.. kadang2 macam takut... kadang2 macam serik... kadang2 macam putus harap.. ntahlah??? pening kepala aku..
Boleh gila aku bila fikirkan pasal nie semua...

Menjelang Hari Raya... Siri ke 2...

Assalammualaikum...

Menjelang 10 terakhir ramadhan.. Abg ya n keluarga dia balik ke rumah untuk berbuka dengan kami.. tahun nie dia akan beraya umah mertua dia kat Bukit Beruntung, dia cakap lepas sembahyang raya dia akan balik kampung.. mula2 mak sedih gak.. tapi bila aku cakap.. biarlah dia raya kat sana.. nanti dia akan lama raya kat sini.. baru mak ok..

Anak2 yang paling happy bila abg ya balik.. maklumlah dapat jumpa gan haziq n zakuan.. biasalah budak2.. bermain jelah kejenya...
Comel tak si fawwaz nie.. geram je aku tengok.. dia tak nak kat org.. tapi bila aku pasang je kamera.. dia baru nak datang dekat... hehehe...



Malam.. aku ditugaskan tuk pasang pelita.. bukan ditugaskan.. tapi memang aku yg kena pasang.. sapa lagi yang ada kat umah tu selain dari aku.. yang lain sumanya budak2..
eemm.. seronok peratikan anak2 main bunga api.. teringat zaman kecik2 dulu..
wsalam...

Thursday, September 10, 2009

Menjelang Hari Raya...

Assalammualaikum.....
Salam ramadhan wat semua rakan blogger.. hari nie.. 10 September, 2009 bersamaan dengan 21 Ramadhan 1430H..
Pejam celik pejam celik.. hari nie dah 21 hari kita berpuasa..
Aku bersyukur.. sebab Allah masih memberikan aku kesempatan untuk menikmati indahnya bulan ramadhan.. bulan yang penuh dengan rahmat.. Alhamdulillah...
Anak2 aku juga tiada masalah sepanjang bulan puasa nie..
Lyana dan Adib macam biasa.. tiada masalah sebab dah biasa berpuasa. Dani pulak.. ok lah.. cuma dah cuti sehari sebab dia kena cirit birit n muntah2 minggu lepas. Mak aku cakap dia tak nak berbuka tapi sebab dia dah lembik sangat.. mak aku soh dia minum air n makan.. itupun dia makan kuih sekeping n secawan milo je.. Dia cakap dia nak puasa juga.. cian dia.. raya nanti aku kena bagi dia upah.. biasalah.. sebelum raya pun dia dah minta macam2.. duit raya rm50.. nak mainan B-daman.. nak jalan2 kat taman permainan kat jusco.. pening aku..
Aku layan je... Insya Allah.. ada rezeki lebih.. aku bagilah...
Apapun.. aku agak gembira sebab kakitangan sokongan bagi kakitangan awam akan dapat bantuan khas sebanyak RM500. Maknanya dalam 2-3 hari nie aku akan dapat dalam RM250.. Oklah.. dapat juga aku beli baju raya tuk aku... bukan apa.. tuk tambahan je.. nak juga beli kasut baru.. sebab aku dah lama tak beli kasut.
Kasut yang ada tak sedap nak dipakai.. nantilah nak tengok kat mahkota parade ke...
Apa lagi ekk???
Semalam aku pegi melaka.. tengok tudung ariani.. Ya Allah.. mahalnya... tak mampu aku nak beli.. sehelai yg biasa2 je.. dah harga dalam RM60++.. belum lagi yang eksklusif.. Dah puas tengok baju kat jakel.. (Tak de yang berkenan) Yus bawa aku ke Hajaba di Kota Fesyen MITC Melaka.. Harganya bleh tahan.. lebih murah n aku suka kainnya.. sejuk je bila aku cuba.. so.. aku pun beli 2 helai anak tudung n sehelai tudung fesyen siti .. hehehe.. nak try lah.. nak juga bergaya macam org lain.. walaupun.... hehehe......... Yus pun beli juga.... klu tak ikut dia.. tak lah abis duit aku.. yus lah nie.. hehehe.. ( sapa soh beli klu tak nak abis duit? tapi dah cantik.. ) nafsu.. nafsu..
Anyway.. aku balik dengan senyuman yang lebar sebab dapat apa yang aku idamkan selama nie..
Oklah.. stop dulu... nanti jumpa lagi ekk??
Wasalam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails