Tuesday, September 29, 2009

SALAM LEBARAN

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir dan Batin..
Buat semua rakan2 blogger yang sudi singgah dan membaca blog aku nie.. aku menyusun 10 jari memohon ampun dah maaf sekiranya sepanjang aku menulis di blog nie... aku ada menyinggung perasaan kalian tanpa aku sedari..

Hari raya tahun nie.. masih macam biasa.. aku beraya tanpa suami.. dan ini merupakan tahun ke 5 beraya tanpa kehadiran seorang suami.. tiada lagi acara bersalaman.. sesungguhnya aku jadi semakin lali dengan situasi aku kini. Jika dulu, aku akan menitiskan airmata bila mengenangkan saat itu.. tapi tidak pada tahun ini... Yelah.. pengalaman mematangkan seseorang.. dan aku adalah diantara insan yg telah matang.
Aku menjadi semakin redha dengan situasi hidup aku.. redha dengan musibah yang Allah turunkan kepada aku kerana aku tahu.. Allah menyayangi aku dan Dia pasti telah menyediakan sesuatu yang lebih.. lebih.. lebih baik untuk aku pada masa akan datang, jika tidak didunia. mungkin di SANA nanti.. Insya Allah.. Aku pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku..
Airmata aku telah kering dalam menangisi nasib aku.. tapi aku berdoa semoga ianya tidak kering dalam memohon keredhaan Allah.

Aku juga bersyukur Dani dah berjaya menamatkan puasanya selama 28 hari, sehari cuti kerana cirit-birit dan muntah2. Lyana dan Abid macam biasa.. tiada masalah.. Moga anak2 aku akan menjadi anak2 yang soleh dan solehah.. yelah.. tak banyak bekalan aku akan bawa bila aku dijemputNya.. hanya doa mereka yang akan mengiringi aku. Org kata melentur buluh biarlah dari rebungnya..

Tahun nie.. aku memilih warna biru untuk baju raya anak2 aku.. Aku pun sama.. cuma ada penambahan warna kuning untuk nampak lain sikit.. hehehe..







Pagi raya.. acara wajib selepas bersalaman dengan mak, kami semua akan keluar beraya kerumah adik beradik arwah abah aku..
petang kami menunggu anak2 buah mak dan arwah abah datang.. Alhamdulillah.. tahun nie.. hampir semuanya datang.. habis semua makanan kami hidangkan tuk mereka.. puas hati kami sebab semuanya dapat berjumpa.. sebab yelah.. masa nie lah kami berkumpul.. aku sibuk melayan sampai tak sempat nak ambik gambar...
OK.. aku stop dulu.. nanti sambung lagi ekk...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails