Tuesday, September 15, 2009

Mampu ke aku???

Assalammualaikum...
Sebenarnya dah berapa hari aku nak menulis tentang diri aku.. cuma aku tak de idea.. yg penting tak de kekuatan tuk meluahkan apa yang bermain di fikiran n apa yang terbuku di hati n perasaan aku kini...
Hari nie.. pagi nie.. lepas apa yang berlaku pagi tadi.. aku kuatkan semangat tuk meluahkan apa yang terpendam...
Pasal ADIB.. aku bingung dengan sikap dia.. dia kadang2 melampau-lampau perangai dia.. kuat nak marah.. pantang salah sikit.. ada je yang akan wat dia naik angin.
Kalau dia marah.. semua dia tendang.. pintu bilik.. katil.. apa saja yang ada depan mata dia.. aku betul2 bengang dan tak tahan gan karenah dia.. aku tak tau nak cakap atau wat apa lagi tuk amik hati dia... Aku cuba berbual dengan dia tapi tak de sepatah perkataan pun kuar dari mulut dia.. dia tak penah suarakan apa yg terbuku dihati dia.. kadang2 aku rasa fed up nak melayan karenah dia, tapi tak boleh.. dia anak aku.. klu tak aku yg layan dia.. sapa lagi??
Bayangkan.. aku seorang.. aku terpaksa layan kehendak dia, Lyana, Dani, Mak aku dan akak aku.. kadang2 aku rasa tension. Aku bersyukur kerana Lyana dah besar.. dia dah boleh berdikari n tak banyak ragam.. Dani macam biasa.. dia kecik lagi.. Mak?? mak aku dah tua.. perangai org tua.. biasalah.. dia juga nak perhatian juga.. hati dia lagi aku kena jaga.. aku takut dia tersinggung..
Akak aku?? aduyaiii... nie lagi satu hal.. aku penat sangat.. balik keje nak kena kemas umah.. kemas dapur.. dia langsung tak nak tolong.. dia bila balik keje je terus masuk bilik tido.. dia tak kisah nak mengemas pun.. kalau dia cuti.. baru dia wat keje tu.. tapi dia akan marah2 n mula merungut2. Klu dia nak berjalan.. jangan harap dia akan wat keje umah.. aku juga yang terpaksa wat semuanya..
takkan aku nak soh mak yang buat??
Penatnya aku nak melayan semuanya.. Aku kesal gan sikap Adib.. aku sayangkan anak aku.. aku tak nak dia rasa terabai.. tapi aku tak mampu nak bahagi sama rata perhatian walaupun aku telah berusaha sehabis mungkin. Ada je yang dia tak puas hati.. gagal ke aku dengan tanggungjawab aku nie??? aku tak nak Adib membesar dengan sikap macam tu.. aku tak nak dia jadi pendendam.. Ya Allah.. apa lagi yang haru aku lakukan kini.. aku buntu Ya Tuhanku.. berilah aku kekuatan...
Aku juga marah dengan sikap bekas suami aku yang selalu lepas tangan. Dia langsung tak nak kol anak2 aku tuk bertanya kabar, sedangkan aku dah sediakan HP tuk anak aku (kalu dia tak nak kol melalui hp aku). Tapi dia tu terlalu pentingkan diri sendiri.. apa salahnya dia kol seminggu sekali.. tanya kabar, tanya hal sekolah pada anak2?
Aku juga perlukan masa untuk diri aku sendiri. Tapi aku tak pernah dapat.. aku juga punya keinginan tuk bermanja, aku mahukan teman berbual, teman tuk aku menumpang menangis dibahunya.. cuma.. keadaan yang buat aku macam nie.. dalam erti kata lain.. aku kesunyian..
Nie aku nak cite juga.. sebenarnya ada yang nak datang melamar aku.. aku takutlah.. pertama.. mesti mak aku tak setuju.. kalau setuju pun mesti cuma 30%.. yang kedua... anak2 aku.. dapat ke anak2 aku terima org baru?? dan dapat ke dia terima anak2 aku??? (itu yang paling penting)
yang terakhir.. aku... camne aku nak wat??? aku kadang2 macam nak.. kadang2 macam takut... kadang2 macam serik... kadang2 macam putus harap.. ntahlah??? pening kepala aku..
Boleh gila aku bila fikirkan pasal nie semua...

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails