Monday, October 29, 2012

Wanita Cantik...

Siapa Wanita Cantik?

Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan

7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU...

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak. Kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapinya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar. Kenapa? Kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya. Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya. Dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukanlah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang. Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu. Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan. Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA. Dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA. Dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang. Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk diri ku sendiri… Cantik itu subjektif!

Tiada Lagi Jalan Kembali

Semuanya kerana Klasik Nasional..

Dengan hati yang masih terluka.. mudah betul dada menjadi sesak dan hati terasa sebak.. Airmata menjadi terlalu murah dan sentiasa bergenang ditubir mata dan sesekali mengalir menghiasi pipi.

Selamat menjamu telinga.. 


Aidiladha 2012.

Apa yang kalian nampak??? 

Syukur Alhamdulillah.. Daging nie adalah dari daging lembu Qurban mak. Tahun nie mak aku buat Qurban yang dikongsi dengan abang-abang dan akak-akak aku. Agak sibuk raya tahun nie.. dan hari pun aku masih kepenatan dan aku sebenarnya masih sedih dengan apa yang berlaku pada aku malam semalam. 

Tapi tak pe.. aku redha dengan ujian yang Allah turunkan.. Ya.. Dia menguji aku kerana Dia sayangkan aku.. Dan sudahnya badan yang penat aku kerahkan untuk kenduri bertambah-tambah penat dengan kejadian tu. Rasa kecewa, sedih, kecil hati dan terluka buat aku jadi lemah dan lesu pagi nie..

Pasrah aku..

                                     






Acara pembahagian daging Qurban.. Aku sibuk dalam rumah  mengemas untuk kenduri.. 

Cukuplah setakat nie.. Salam Aidiladha..

Selamat Pengantin Baru

Kali terakhir kami sekeluarga sibuk dengan majlis perkahwinan seingat aku pada tahun 2007. Perkahwinan adik bongsu aku. 

Pada 12 Oktober, 2012.. kami sekeluarga sekali lagi memenatkan diri untuk majlis anak buah aku plak. Tapi kali nie tak buat di rumah mak aku. Akak aku yang ke2 buat dirumahnya di Semenyih. 

Perkahwinan anak sulung dia. Aku malas nak citer panjang-panjang sebab rasanya aku pernah ceritakan pada entry yang lepas. Jadi kali nie kita layan gambar je lah ye??


 Acara pernikahan pada 12 Oktober, 2012 (Jumaat) lepas Asar. 
Tarikh nie dipilih sempena tarikh lahir pengantin perempuan. 
Kat dalam rumah macam ok je kan? tapi kat luar dengan hujan lebat, angin, guruh, kilat dan petir.. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar dan dengan sekali lafaz je.. 
Kak Nor (anak buah aku) sah bergelar isteri. 





Nie acara malam.. Tengoklah sapa yang paling menyibuk sibuk. Hehehehe... 
Guestbook Corner nie bakal anak buah baru yang buatkan.. Makwe adik pengantin perempuan. 


Siap ada flower girls n flower boys gitew.. Lyana, Qistina, Adib, Dani dan Haziq tukang bawa bunga ros.. Atas permintaan pengantin perempuan..




Gambar keluarga.. 



Acara selesai lewat tengahmalam.. aku tido pun dalam kul 3 pagi.. sebuk kira duit dalam kaut dan buka hadiah.. hehehehe.. aku seperti biasa.. tumpang menyibuk..

Thursday, October 25, 2012

Rindu Ke???


Lama gak aku cari lagu nie sejak aku dengar di Radio Klasik Nasional
Best apa sesekali layan radio nie? Mengimbau kenangan dan yang penting.. hilang stress dan pening aku.  Daripada dengar lagu2 baru yang ntah apa2 sekarang nie. Banyak yang menjerit dari menyanyi.. ada plak penyanyi yang suaranya mendatar je... mak aku cakap tak de patah lagu.

Bila ada masa je.. aku akan layan klasik nasional.. layan suara orang lama2 nie.. nyaman rasa gegendang telinga aku. *nak lagi nyaman buka IKIM.FM*

Tapi aku layan IKIM.FM waktu maghrib je.. sebab ada terjemahan ayat2 Al-Quran dari Ustz Zahazan.

Ok!! malas nak citer panjang.. sambil kopek bawang nak masak untuk hari raya dan kenduri kita layan lagu2 nie..  

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



Monday, October 22, 2012

Kepenatan..

Maaf.. aku kebuntuan.. ada teman yang bertanya mengapa aku jarang sekali update blog nie.. Ntahlah?? tiada alasan yang munasabah yang boleh aku berikan.

Banyak perkara yang ingin aku kongsikan tapi mungkin kerana hati yang tidak tenang dan juga mungkin kerana masalah yang aku hadapi..

Aku mohon maaf pada rakan-rakan pembaca yang begitu sudi menjengah blog nie. Mungkin ada tertanya-tanya kenapa? Hanya kemaafan saja yang mampu aku hulurkan..

Beri kan aku masa untuk memperbaiki apa yang patut.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha..

Tahun nie.. raya kedua mak aku buat korban.. juga kenduri doa selamat. Jadi aku sedang mempersiapkan diri untuk berperang.. baik didapur mahupun di depan rumah.

Sejak 3 minggu lepas aku kesibukan. 1 rumah aku dah siap bersihkan dan mop sekali. Sebelum tu aku ke Semenyih. Untuk majlis pernikahan dah persandingan anak buah aku.

Nikah hari jumaat 12 Oktober, sempena hari jadi pengantin perempuan. 11hb aku dah  kerumah dia. Habis kerja terus drive kesana dari Tangkak. Letih sebab berjaga sampai jam 2 pagi, nak siapkan sirih junjung.


Nie pengantinnya.. yang perempuan tu anak akak aku. Akak aku yang ke-2.. yang kawin ni anak sulong dia. Aku memang sibuk sangat.. macam-macam yang aku kena uruskan.

Banyak yang aku kena buat.. sebab akak aku tak de pengalaman. Aku nie pakkal le pernah uruskan majlis perkahwinan adik aku.. kalau tidak tak tau juga. Tapi memang banyak benda yang akak aku tanya aku. Nak buat apa, nak buat camne.. jadi aku aturkan ikut pengalaman aku le.. Alhamdulillah... semua berjalan lancar.

Ok.. stop kejap.. nak siapkan SKT.. 24hb ni aku ada bengkel SKT pulak.. 5-7 November, bengkel latihan kat JB plak.. Duit abis tengah jalan je.. pening...


Tuesday, October 9, 2012

Sukan Tahunan dan Bengkel Khidmat Bantu Pengurusan Stor

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Sukan Tahunan SK Ledang adalah acara tahunan yang aku wajib hadir. Tahun nie aku ambil cuti.. Pertama kerana aku masih kepenatan sebab baru balik dari Penang, Perak dan Cameron.. Keduanya.. aku nak mendobi baju yang dah menggunung. 

Jadi aku putuskan biarlah aku bertenang sikit sebelum mula bekerja. Sebenarnya aku memang dah mula bekerja hari Isnin 01 Oktober, tapi masa kat opis aku lesu sangat. Buat kerja pun tak fokus.. nak ambil fail laporan punch card.. aku pegi ambil fail cuti.. jadi dah alang-alang ambil fail cuti.. maka aku pun isilah cuti sekali.. hehehehe.. 

Acara nie berlangsung pada 2 Oktober hari Selasa. Aku datang dalam pukul 10.00 pagi. Adib masuk banyak kategori. Dani masuk 1 je.. itupun gantikan kawan dia yang tak datang. 4x100m. Dani dengan badan yang bulat manalah mampu nak lari laju-laju.. jadi dapatlah dia no 4. Kesian dia.

Kalau dengan Adib.. jangan ceritalah.. Semua acara dia nak masuk. Banyak juga pingat dia bawa balik. Yang buat aku rasa kagum sangat-sangat.. (macamlah anak aku Watson Nyambek) masa acara 4x100m.. dia pelari terakhir.. dari no 2.. dia boleh kejar budak yang dah jauh dalam kedepan dan memecut dalam 50m terakhir. Pergh!! macam pengulas sukan pulak aku.  hehehehehe.. 

Sebenarnya aku nak gambarkan betapa kagumnya aku dengan kepantasan dia berlari. Laju sangat ko.. sampai dia berjaya kejar dan dapat emas. 
Aku pun pelik.. sebab aku nie bab lumba lari kat padang memang selalu out.. tapi kalau lumba lari sapa sampai rumah dulu masa balik sekolah atau sapa paling laju balik sebab nak ponteng kelas agama.. akulah juara.. kan Cik Cahaya kan?? Cik Cahaya No 2 kan dan Amoi No 3 kan?? hehehehehe.. 

Rasanya dia dapat kepantasan ni dari Babah dialah tu.. Babahnya kalau tak tentu dah jadi pelari kebangsaan..  sebab masa pemilihan pada peringkat Negeri dia kalah dengan bekas pelari kebangsaan Azmi Ibrahim. Itu kata dialah.. kalau tipu dia.. tipulah aku.. minta-mintalah dia tak tipu.. hehehehe..  



                              Acara penutup.. Adib bawa bendera.. Rumah Biru juara keseluruhan.


Dani menempel dengan Adib..


Olahragawan dan Olahragawati sekolah dan rumah sukan yang menjadi juara dan naib juara.


Sebelum kerja kuat, sebelum bergadoh, perang-perang dan tarik-tarik rambut..
kita bergambar mesra ya kawan-kawan.


Budak nakal Daerah Muar & Ledang berposing..



Bengkel dan Khidmat Bantu Pengurusan Stor telah diadakan di PKG Parit Bunga pada 04-05 Oktober, 2012. Bengkel nie susah juga sebab kena buat kira-kira. Banyak berlaku kekeliruan pada harga dan jenis barang.. tapi Alhamdulillah.. kami dapat memahami kerana kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan amatlah  membantu kami.

Pembantu Tadbir yang ajar kami pun bukan orang lain.. dikalangan PT dari BTPN Johor dan PKG Johor yang pernah menghadiri kursus di INTAN.

Khidmat bantu yang kami buat di PKG Parit Bunga pun amat berguna untuk kami aplikasi kan di pejabat nanti.. rupa-rupanya banyak yang perlu kami lakukan. Nasib baik aku dah siapkan semua dokumen macam kad petak.. dalam kad nie kita akan isi jumlah barang yang kami terima dan keluarkan. Jadi aku tinggal nak susun dan labelkan stok bekalan pejabat aku.

2 hari yang pack tapi menyeronokkan. Yang penting input yang kami semua dapat..
Dengarnya nama aku dimasukkan dalam senarai PT yang akan mengadakan Khidmat Bantu Pengurusan Stor di BTPN dan PKG Negeri Terengganu.. nie atas jemputan BTPN Terengganu. Iya atau tidak aku tak pasti.. tapi hanya 6 peserta saja yang terpilih termasuk aku. Kalau iya.. bestnya.. dapat jenjalan lagi..

Oklah.. stop dulu.. aku nak siapkan senarai tugas harian aku nie.. nanti boss nak check..

Monday, October 1, 2012

Jalan-Jalan.. Makan-makan.. Penang, Ipoh & Cameron



Trip kali nie kami dihantar ke Penang dan Perak. Maklumlah.. kitaorang semua dah penat dah kerja jadi sebagai hadiah, kami dihantar berjalan-jalan sambil membuncitkan perut. Makan memang mewah.. sedap sangat.

Maaflah susunan gambar yang awal-awal nie tak teratur sangat..
Aku bersama 3 rakan yang lain menunggu bas dari JB di Plaza Tol Tangkak pada 28 September iaitu Jumaat lepas. Aku nak bawa Dani tapi sebab pegawai tidak dibenarkan membawa ahli keluarga, maka niat tu aku simpan je. Tak pe.. lain kali kami akan kesana sekeluarga saja.

Dari Tangkak, kami menuju ke Kuala Kangsar, Perak untuk membeli cenderahati.. aku tak beli apa-apa pun disini sebab roh shopping tu tak datang lagi. 

Kemudian kami dibawa ke Taiping untuk makan malam di Restoran Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang. Selama nie dengar citer je.. kali nie baru dapat merasa. Bagi aku.. makanannya so so je.. tapi kawan-kawan beria-ria cakap sedap. Ntahlah?? Mungkin sebab aku bukan penggemar mee yang berkuah.. hehehehe..

Ok.. layan gambar ek?? malas nak menaip.. 


Nie aku punya.. tapi yang kat bawah tu pun aku bahan sekali.. 
Udang.. aku makan 4 ekor je.. yang lain aku sedekah kat kawan-kawan.. tak larat nak habiskan.. 




 Malamnya sampai di BTPN Pulau Pinang, Butterworth.. adik aku jemput. Jadi malamnya aku tido dirumah dia.. Budak kecik nie.. pantang nampak aku.. mula datang ngada-ngada.. terus melekat kat aku.. 


 Kan aku dah cakap.. gambar tunggang langgang.. yang nie gambar kat Tol Tangkak masa tunggu bas. 













Pagi 29 September, Sabtu jam 7.20 pagi Aishah (Adik ipar) dah hantar aku ke BTPN PP.. Adik Baby menangis-nangis nak ikut aku naik bas..

Lepas saparan, kami bergerak ke Pulau Pinang, nak naik Bukit Bendera. Kali pertama aku dengar driver syarikat pelancongan tak tau jalan nak ke Bukit Bendera. Pelik aku.. kitaorang buang masa banyak atas jalan raya.. sesat je kejenya.. terlepas simpanglah, salah tempat nak pegilah.. salah masuk plaza tol lah.. eeeiiii!!! Apapun tak boleh!












Tren baru.. laju ko.. kecut perut aku. Masa perjalanan yang tak lama.. masa naik aku ok lagi.. tapi masa nak turun.. Aku siap berpeluk-peluk gan Maznah.. dia pun sama.. penakut macam aku.. hehehehe...
















Nasi Lemak Ayam Kampung.. makan malam di Ipoh. Kami bermalam di Hotel Budget di Bandar Ipoh. Bolehlah.. Yang penting ada tempat nak landing.. Cuma aku memang tak boleh nak lelap langsung. Tak tau kenapa? Mungkin sebab bunyi bising kenderaan dari jalanraya depan hotel nie atau mungkin sebab tetiba je aku jadi penakut... itulah.. banyak sangat tengok citer hantu..Aku tak tau pukul berapa aku terlelap.. tapi yang pastinya lepas jam 3.30 pagi aku tertido dan aku terjaga semula jam 5.30 pagi.




Acara shopping di Gerbang Malam Bandar Ipoh. Kira macam uptown lah. 
Kat sini aku beli seluar sehelai dengan bag untuk Dani.










Baju baru, seluar baru.. ehem.. ehem.. 



Hari terakhir.. 30 September, kami bergerak ke Cameron Highland. Semua peserta diminta berkumpul di bas jam 7.00 pagi. Semua orang dah menunggu di bas.. masa nielah bermula aku punya marah.
Sampai jam 7.30 pagi, Masa semua ahli rombongan dah siap menunggu kat bawah.. driver bas tak turun-turun lagi. Pelik aku.. Diaorang amik company bas yang ada driver lembab giler..

Sepanjang rombongan nie.. dari hari pertama, asik kita je menunggu driver. Kadang-kadang sampai setengah jam.. Angin je aku.. Masa kat BTPN Johor lagi.. janji dari Skudai jam 6.30 pagi. Tapi diorang terpaksa menunggu dan bertolak pada jam 7.20 pagi. Bayangkanlah berapa lama tu??

Aku komplen, aku cakap kan diaorang dah dengar arahan dari Ketua rombongan minta keluar jam 7.00 pagi.. tapi napa lambat?? dah 7.30 pagi bayang diaorang pun masih tak nampak..
Aku sound direct.. masam je muka driver tu..
Tolonglah ya.. hormatilah masa orang lain.. Jangan pentingkan diri sendiri.

Secara keseluruhannya aku dan rakan-rakan puas hati (ketepikan soal driver lembab) Kami puas berjalan-jalan dan makan-makan.

Kami bergerak balik dalam pukul 2.00 petang. Singgah untuk makan tengahari dan solat di R&R Tapah dan aku tiba di rumah pada jam 8.30 malam. Lega dapat bersama-sama anak-anak. Mereka pun gembira bila masing-masing dapat t-shirt dan buah tangan. Dani asik melekat kat sebelah aku je. Rindu sangatlah tu..

Syukur Alhamdulillah.. sepanjang perjalanan tiada masalah yang berlaku. Semua gembira dan puas hati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails