Saturday, December 31, 2011

Geram

Memang menyakitkan hati aku.. terlalu geram dan sakit hati.

Bila dia nak kita.. beria-ia dia akan cari kita dan memujuk rayu kita.. yelah.. dah nama pun kawan.. aku pulak bukan jenis yang suka mengecilkan hati kawan atau menolak permintaan kawan-kawan.

Itu dimasa dia perlukan kita.. walaupun waktu tu kita banyak kerja atau ada perkara yang perlu kita lakukan, dia akan berusaha membuat kita mengubah keadaan.. atau susun semula jadual kita.

Tapi bila kita perlukan dia.. dimana dia kan???? Jawab telefon pun tak... sms pun tak kisah nak berbalas. Kadang-kadang aku bengang dengan orang-orang yang macam nie. Langsung tak fikirkan tentang perasaan orang lain.

Pentingkan diri sendiri... Dan aku??? terpaksa telan je perbuatan diaorang nie...

Friday, December 30, 2011

Someone Like You


I heard that you're settled down

That you found a girl and you're married now.

I heard that your dreams came true.

Guess she gave you things I didn't give to you.


Old friend, why are you so shy?

Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited

But I couldn't stay away, I couldn't fight it.

I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded

That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you

I wish nothing but the best for you too

Don't forget me, I begged

I remember you said,

"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"


You'd know how the time flies

Only yesterday was the time of our lives

We were born and raised

In a summer haze

Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited

But I couldn't stay away, I couldn't fight it.

I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded

That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you

I wish nothing but the best for you too

Don't forget me, I begged

I remember you said,

"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Nothing compares

No worries or cares

Regrets and mistakes

They are memories made.

Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you

I wish nothing but the best for you

Don't forget me, I begged

I remember you said,"

"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Thursday, December 29, 2011

Beribu Sesalan...

Pagi nie aku bangun dengan seribu kemalasan, kengantokan, kepenatan, keselepatan taik mata (hehehe) dan bermacam-macam lagi "KE... AN" nya..

Tapi terpaksa juga meringankan diri aku ni.. pertama-tamanya anak-anak kena kejutkan untuk Subuh sebelum akhir waktunya. Kedua.. aku belum iron baju untuk kerja. Mata masih sakit.. jadi keinginan untuk kepejabat pun turun sehingga ke aras terendah serendah tapak kaki aku.

Pagi nie.. aku tak iron baju.. pecah rekod.. sebab aku pakai baju yang tak nampak kedut.. jadi tak payah nak susah-susah menyeretika(perkataan baru) baju.. Kain tudung.. semalam punya ada lagi.. aku siap-siap hanger jadi.. terus je sarung.

Bersolek??Eeiii.. aku pakai bedak baby johnson je.. senang.. seletkan sikit gincu nutrimetics aku, biar tak nampak pucat bibir yang lebam macam orang hisap rokok nie.. (padahnya bila kecik-kecik lagi dah suka pakai lipstik, dah besar bibir jadi lebam - akak aku punya kepercayaan)..

Pagi nie tak de sarapan tuk anak-anak.... biarlah diaorang makan roti yang aku dah beli semalam. Memandu kereta dengan kelajuan hanya 30-40km/j... betul-betul punya kemalasan aku pagi nie.. Nasib baik aku jarang.. amat jarang.. berpenyakit macam nie.. kalau tak, mana rezeki nak berkat.. ye tak??

Dalam pada mengelamun.. terdengar diradio lagu yang makin mendapat perhatian aku. Iramanya.. senikatanya.. alunan mendayu-dayu dari penyanyinya.. membuai perasaan aku. Terlayang fikiran aku pada dirinya yang pernah atau mungkin boleh aku katakan masih bertakhta dihati aku. Walaupun telah lama kami berpisah tetapi kesakitkan masih lagi aku rasakan.

Dada aku tiba-tiba jadi sendat dan berat.. Aku menahan sebak.. menahan airmata aku dari gugur.. aku tak sanggup lagi menangis hanya untuk mengenangkan nasib diri yang tak dihargai. Sungguh.. aku terlalu bodoh apabila masih memikirkan kisah lama.. Untuk apa?? Untuk memperbodohkan diri aku sendiri?? Tidak!! sebenarnya aku sebak kerana mengenangkan mengapa ada manusia yang sukar untuk menghargai kasih sayang dan cinta yang diberikan dengan seikhlas hati..

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Jam 11.30 malam semalam, aku memandu sendirian membelah kegelapan malam sewaktu balik dari menghadiri majlis persaraan. Aku sedar.. hampir semua yang datang semalam membawa pasangan masing-masing. Aku?? Ya.. Dalam kelam aku sendiri.. menyusuri malam...

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Aku bermimpi tentang dia.. mungkin kerana aku terlalu merinduinya yang tidak pernah menghargai diri aku.

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Ya.. terjaga aku dari lena.. aku tersedu di bawah pancuran air... agar sendu sedan aku tak didengari oleh sesiapa pun. Disitulah selalunya aku menghamburkan kekecewaan dan kedukaan. Dia berjanji tapi dia juga yang memungkirinya..

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

Semuanya sia-sia saja apa yang telah aku berikan... Aku tak pernah menyesal mengenali dia.. tak pernah kesal menyintai dia.. tak pernah menyesal menerima dia menjadi sebahagian dari diri aku.. cuma aku kesal kerana aku membiarkan hati aku terluka lagi...

Aku terjatuh... aku kecewa... dan akhirnya aku sendiri...

Wednesday, December 28, 2011

Persaraan

Aku pening hari nie.. Malam nie ada dinner.. Baju tak de.. tempah baju tapi tak siap..

Jamuan Persaraan salah seorang pegawai PKG Daerah Ledang. Aku baik dengan dia.. kiranya dia nie tempat aku mengadu nasib. Kata orang dia ada "EMBAH".. hehehehe.. tapi aku tak rasa macam tu. Dia rajin beribadat. Kalau sapa-sapa minta tolong dia, dia akan wat solat sunat dulu. Selang 3 hari dia akan kol kita dan akan berikan kita nasihat apa yg perlu kita buat.

Aku selalu gak ngadu dengan dia. Ko tak payah susah-susah nak citerkan masalah korang. Dia sendiri akan tau apa yang ko nak citerkan.

Pernah gak dulu aku dituduh MANDREM sorang perempuan nie. Suami perempuan tu merujuk pada dia tentang penyakit isterinya. Hj nie terus marah dengan suami perempuan tu. Dia cakap jangan sekali-kali tuduh aku sebab aku tak ada kena mengena dengan penyakit isterinya. Bila dah check barulah dapat tau yang bini dia kurang darah. Stress sebab tu asik pitam je. Nak tau sebab apa dia stress???? hahahahaha.. kelakar.. sebabnya dia takut suami dia jatuh cinta dengan aku. Bodoh punya statement. Bodoh punya olanggggggg...

Tak nak cakap beso.. kalaulah kan.. kalauuuu.... aku maksudkan kalau... kalaulah aku nak MANDREM orang.. orang yang paling selayaknya aku MANDREMkan ialah Xlaki aku dan Xgirlfriend dia.. Baru puas hatikan??? Hahahaahha (Ketawa Sharip Dol).... sapa soh Xlaki aku tinggalkan aku?? Sapa soh XGF dia hasut dia untuk tinggalkan aku dan anak-anakkan??? Fikir lojiklah kan????

Dah.. melalut lak aku nie..

Berbalik dengan Haji nie.. dia dikurniakan Allah dengan kelebihan. Kelebihan yang aku ceritakan tadilah kan. Pernah tau dia usik-usik aku.. dia cakap.. " Gan awak nie, saya seru je nama awak 3 kali malam nie.. tengoklah esok pagi awak dah tercegat dengan opis saya, cari saya.. tak tido malam awak nanti nak kat saya je"
Aku terus menjerit cakap tak nak... takut ko.. sebab dia tak encem.. hahahahaha.. dah tua lak tu.. pagar pun dah banyak runtuh.. (Minta-minta Haji tak baca) sori Haji ku sayang.. i gurau je gan u...

Malam nie majlis persaraan akan diadakan di Muar Traders Hotel.. Boleh bawa anak-anak tapi sebab aku dapat tiket free.. maka aku pegi seroang je. Semua pegawai pergi suami isteri dan bawa anak-anak. Aku je keseorangan. Tak pelah.. seorang pun seorang lah.. yang penting aku dapat makan dengan selesa.

Lupalah pulak... aku AJK Hadiah rupanya... Kenalah pulak cari dulang hantaran. Siap alas-alas nie.. Kalau dulang hantaran tuk aku tak pelah juga.. hehehe.. (nak juga tu!!)

Mood <-------- mak nak kawin boleh?? calon tak de lagi nie mak.. mak carikan boleh???.. ingat nak pinang nans 18sx.. tapi dia plak sebok berdagang unta... lagipun dia dah berkenan dengan seorang saudagar minyak wangi dari syams... hehehehe...

p/s : dok depan gobok baju lagi nie.. nak pilih baju... tension aku...

Taik Mata vs Yahoo Messenger

Rabu.. dengan taik mata selepat.... sememeh menggantikan maskara di bulu mata dan kuping-kuping nya di sekitar kelopak mata yang menggantikan eyes shaydow.. aku memandu kereta menuju ke pejabat.

Aku sendiri geli nak tengok mata aku depan cermin.. apatah lagi orang bakal aku temui nanti. Tapi aku terpaksa sebab MC dah abis.. opis akan kosong kerana 2 pegawai yang dah ambik cuti rehat dan sorang lagi akan ada tugasan diluar.

Teman aku sekarang hanya tisu dan ubat titis.. OK!! ini serius!!!!!!.. mata aku blur.. tak berapa nak nampak.. even kalau aku pakai cermin mata aku.. ianya tetap blur...

Pagi nie selesai aku uruskan kerja-kerja yang dah seminggu terbengkalai.. failkan apa-apa surat yang patut aku failkan.. dan selebihnya aku selitkan aje kat dalam fail tugasan harian aku.. aku ngadap komputer..

Berbual gan adik nans yang memang suka 18sx.. (ahaksss.. jgn mare ek??) bercerita tentang macam-macam kisah.. kisah Ombak Rindu.. yang memberi komen setakat kedai kopi punya komen yang rasanya lagi ganas dari komen aku yang lepas.. daripada novel ke filem tidak membina minda..... semua nak membuai perasaan org bangsa kita, kisah dijual, kisah dirogol, kisah dimadu semua tu nak telanjangkan kehidupan masyarakat kita... Benda yg kita tahu mmg ada dlm masyarakat kita, jadi bila dibuku atau difilemkan apa yg penulis nak adalah perasaan pembaca dan penonton. So jadi la seperti cam cite sembilu.. maria mariana... permainan emosi penonton dan pembaca.... seperti angan-angan nak jadi ayu masa baca budak setan.. ( yang nie aku sentap!!!.. sebab aku pernah berangan nak jadi AYU)... hehehehehe..

Aku setuju dengan pendapat dia.. banyak novelis atau pembikin filem di Malaysia sekarang nie menghasilkan filem-filem yang mengkhayalkan penonton dan pembaca.. Sebab tu aku semakin kurang membaca terutamanya novel..

Mungkin juga faktor umur.. menyebabkan aku rasa aku lebih berpijak di bumi yang nyata sekarang..

Nan ada juga cakap.. kita dah berjaya membina bangsa yang membaca.. tapi kita tak akan berjaya membina bangsa pemikir jika bahan bacaan yang di sogokkan kepada generasi kita sekarang lebih terarah kepada buku-buku cinta yang sememangnya melambak dipasaran.

Setiap kali aku ke kedai buku.. MPH.. Popular.. di rak buku-buku novel melayu.. penuh dengan remaja perempuan atau adalah kalangan wanita yang seusia aku atau bawah dari aku. Tapi aku nak ingatkan ya.. tak semua.. tak semuanya yang akan mencari novel-novel nie..

OK.. stop kisah tu dulu.. tak mau menyakitkan hati sesiapa.. sebab aku bukanlah orang yang terbaik untuk mengulas atau memberikan pendapat waima nasihat kepada golongan ini. Aku pernah melalui fasa tersebut.. tapi Alhamdulillah.. aku tak termasuk dalam golongan yang boleh dikatakan dengan obses.

Air mata yang meleleh nie meninggalkan kesan..iaitu taik mata.. aduyai... sori.. nie bukan air mata sedih.. tapi air mata sebab sakit mata.. hehehehehe... aku tinggalkan kalian dulu..

p/s : apa motif aku post entry nie ek???

Sunday, December 25, 2011

Kau Sakit Bo****

Mengerikan...

Aku kena kuarantin... Aduyaiii.. mula-mula anak buah aku yang bawa penyakit nie. Berjangkit pulak pada Dani.. Aku pulak tido sebelah Dani.. tiap-tiap malam kena cium dia sebab kalau tak cium dia merajuk. Akhirnya aku pulak yang menderita.

Alhamdulillah.. Dani dah pulih sepenuhnya pada hari entri ini aku tuliskan.. dan aku pulak sedang melalui hari-hari cuti yang suram dimana aku tak dapat nak berjalan-jalan atau bershopping-shopping.. dan plan nak ke KL juga terpaksa aku lupakan.

Semuanya bermula Isnin lepas. Mata sebelah kiri mula gatal-gatal dan tak selesa. Pagi Selasa aku bekerja seperti biasa. Tapi kena halau balik dengan boss aku. Dia soh aku pegi klinik. Mata aku dah bengkak dah dan warna putih telah bertukar menjadi merah. Aku ke Klinik Kesihatan je. Dapat MC 2 hari.. Ubat?? hanya ubat titis. Tak de pun ubat makan untuk hilangkan bengkak, tahan sakit dan gatal.

2 hari dok umah.. Hari Rabu ada taklimat untuk SBPA di Skudai. Aku tak mampu untuk memandu dan terpaksa menumpang pegawai dari Tangkak. Aku tak join pun taklimat tu.. siap-siap sign borang.. aku hanya lepak di Surau. Lewat petang baru selesai semua urusan.

Aku mc lagi.. mata makin teruk. Dari sebelah kiri, berjangkit pulak kesebelah kanan. Bengkak, gatal, berair dan sakit sangat2.

Semalam.. aku tak tahan lagi.. Nak buka mata pun tak mampu. Yang paling aku berchenta.. nak cuci muka, mandi atau ambil wuduk. Sakit sangat-sangat bila terkena air. Mata aku juga tak mampu nak dibuka lama-lama.

Aku bersiap dan terus ke klinik swasta. Alhamdulillah.. lepas makan antibiotik dan letak ubat titis.. mata aku semakin baik. Bengkak dah kurang, yang tinggal masih rasa gatal dan merah-merah pada mata.

Mak aku pesan.. kalau orang sakit mata.. kita cakap... Kau sakit mata.. aku sakit Bo****... faham-faham jelah ye??? hehehehehe...

Monday, December 19, 2011

Kau.. Aku..

2 minggu aku kurang tido.. setiap kali nak lelapkan mata, kelapa otak aku berfikir-fikir, mencongak-congak, menginat-ingat dan semua yang sewaktu dengannya.. Dia minta aku keluarkan saving aku dulu untuk belanja buku sekolah anak-anak.

Adoiiii.... bukan aku lokek.. tapi aku dah keluarkan saving aku tuk baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah, stokin sekolah, alatulis sekolah anak-anak.. Takkan duit buku pun aku nak kena setelkan sampai kena keluarkan duit tabung???

Bukan murah tau barang-barang sekolah sekarang.. Aku dah belikan Dani, 2 pasang baju, beg dan kasut sekolah. Habis dalam rm250. Bayangkan kalau 3 orang?? Dengan nak bayar duit kereta, duit roadtax kereta yang dah nak mati awal bulan depan, duit belanja sekolah anak-anak.. sewel aku kalau betul-betul dia tak kasi.

Tapi pagi nie tadi aku beranikan diri.. Dengan muka yang tak malu.. yang terpaksa aku tak malukan.. yang terpaksa ditebalkan.. aku kirimkan sms penuh berhemah ini... dengan harapan mendapat balasan yang positif..
Aku : SALAM. NAK TANYA PUN SEGAN.. TAPI TANYALAH JUGA.. AGAK-AGAK BAGI TAK DUIT SEKOLAH ANAK-ANAK?

(Ayat yang penuh dengan keAYUan dan keSOPANan..)

Kau : OK.. I BAGI YOU RM1K UNTUK BAJU SEKOLAH DAN YURAN.. NANTI GAJI I BAGI MACAM BIASA RM700.

(Aku menghembus nafas lega sambil bertepuk tangan)

Aku: THANKS... ALHAMDULILLAH.. BILA NAK KASI??

(Terus kuarkan kalkulator)

Kau : ESOK KAK LONG HANTAR ANAK-ANAK BALIK.. I KIRIM KAT KAK LONG... KERETA ACIDENT NI ADA KAT BENGKEL.

Aku : OK... THANKS A LOT..

Alhamdulillahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh........

Lega aku.. terus terbang semua masalah aku.. terbang semua migrain aku yang hinggap sejak 2 minggu yang lepas.. terbang semua sakit-sakit badan aku.. terus rasa ngantok nak tido nak bayo balik tido aku yang dah 2 minggu terganggu.. hehehehehe...

Terima kasih lah ye.. Lyana dah nak masuk tingkatan 1.. Belanja dia yang lebih nanti..

p/s : Agak2 bleh tak masuk budget nak beli handbag baru?? hehehehhe :P

Thursday, December 15, 2011

Ombak Rindu

OK... aku memang suka baca novel nie.. malah ketiga-tiga siri novel nie aku baca. Aku bukanlah peminat novel cinta tapi buku nie aku baca sebab ianya adalah hadiah dari bekas suami aku (masa kami masih bersama dulu)

Dia dah baca dulu sebab dia pinjam dari kawan sekerja. Tapi dia tak puas hati.. dia beli dan hadiahkan buat aku. Dia rasa aku perlu membacanya kerana dia mahu aku menjelmakan dirinya sebagai hariz.. lelaki yang penuh dengan cinta terhadap Izzah. Dan sudah tentu Izzah itu aku.. tapi itu dulu... dulu ok... dulu... dulu... dan dulu.... duluuuuuuuu.... hehehehehe.. ya.. dulu.. ketika cinta masih membara di dada.. ketika cinta dia masih pada aku..

Ketika aku terbaca kisah yang keluar di akhbar atau blog2 hiburan tentang novel ini akan dibawa ke layar.. aku segera membayangkan watak-watak utamanya. Hariz.. Izzah.. Milla.. Aku berkhayal.. kalau aku pengarahnya.. siapa yang akan aku pilih untuk membawa kan watak-watak tersebut.

OK.. pilihan aku..

Hariz.. Lelaki yang penuh dengan cinta.. Rosyam Nor.. walaupun hero tua.. tapi dia penuh dengan jiwa setiap kali berlakon..

Izzah.. gadis yatim yg menderita.. aku membayangkan dia gadis melayu.. betul-betul melayu yang memang tak de mix langsung dengan mana-mana darah dari bangsa lain.. tiada campur ok.. Siapa?? Rita Rudaini... dia cantik dan lembut sangat.. kalau tak dia.. Nur Fazura kan ada???

Mila.. siapa ?? orangnya mesti tegas.... mesti jenis yg berlagak tapi ada gak gedik-gedik sikit.. macam... ok.. dalam kepala aku masa tu bayangkan si sendat.. tapi sebab aku tak minat gan minah nie.. jadi aku buangkan jauh2 bayangan gurauan itewwww.. heheheheh..


OK.. seriously aku pilih Sazzy Falak.. sapa2 yang pernah tengok dia berlakon dalam citer Gol n Gincu akan tau lakonan dia memang superb.. Citer itu pun aku dah tengok dalam 5-6 kali.. best.. sebab kisahnya memang tentang erti persahabatan.. Rasanya dia menang Best Supporting Actress kat FFM melalui filem tu..


Wah.. penuh imaginasi aku nie.. tak pe.. saja menYUKA kan diri.. nak berangan2 sikit...


07 - 09 Disember lepas aku ada Bengkel Key In Data Aset di Skudai.. peserta tak ramai.. cuma 10 orang je. 8 perempuan dan selebihnya lelaki. Kami berlapan berpakat nak tengok Ombak Rindu dia MBO Taman U.. Tayangan mula jam 7.30 malam. Masalahnya kami semua duduk depan sekali.. depan sekali tau.. sebaris 8 orang.. kelakar sebab nak sangat tengok.. depan pun depanlah... janji dapat tengok.



Paling kelakar.. bila aku tengok muka Hariz.. aku tak nampak muka Izzah.. Aku tengok muka Izzah tak dapat nak tengok muka Mila..




Kawan2 aku adalah 2-3 orang yang meleleh airmatanya.. aku??? aduyaiii.. aku nie sebenarnya memang jenis mudah menangis.. kiranya jenis kememe... tau tak masksudnya?? alahh cengeng.. hahahaha... bolehlahhh..


Tapi masalahnya aku tak menangis langsung.. setitik pun airmata aku tak gugur. Sebak tu adalah.. tapi taklah sampai nak touching-touching, meroyan sampai meleleh air mata. Sorilah ya peminat-peminat Aaron Aziz.. dia tak de jiwa masa jadi Hariz..



Napa aku tak nangis?? Sebab jalan citernya memang mengecewakan. Banyak watak yang ada telah ditiadakan. Izzah pegi belajar, izzah dok kondo, izzah keje sebagai jurutera, izzah ada kawan baik yang merupakan anak kepada madu Dato Sufiah, izzah tak jumpa kucing tepi jalan ek.. hariz yang belikan izzah kucing tu lepas dia bercerita dengan Wafi (kawan sekerja hariz.. sori yang nie namanya aku tak ingat sangat).



Hariz mengambil masa yang lama untuk meluahkan perasaan cinta dengan Izzah kerana terlalu menjaga egonya.. bukan selepas izzah pengsan masa dia marah izzah dalam bilik air..



Memanglah dalam filem kena pendekkan citernya.. takkan nak citer semua.. tapi klu ko dah potong banyak citer2 menarik dan ko tambah dengan menda yg rasanya macam tak releven.. macam adegan ranjang, adegan izzah kena paksa minum arak, adegan Mila tersenyum puas sambil baring dengan hariz ( Lepas diaorg nikah), Mila yang hanya menutup badan dengan selimut bersama hariz, Adegan Dato Sufiah berbaju mandi.. yang menampakkan susuk tubuh dan dada dan memakai pareo, baru lepas mandi di kolam renang, dimana hariz datang dan mencium kedua-dua pipi Dato' (Aduyaiiiii.. sedih makcik)



Ok bab2 yang aku tuliskan nie tadi buat aku tak faham.. sekarang kita fikirkan.. perlu ke bab nie?? sedangkan byk lagi bab yg boleh dimasukkan dan digantikan dengan bab yg lebih releven.. Lagi 1.. pelakon yang bawa watak Dato Sufiah.. Azizah Mahzan.. aku kadang2 kesian dengan dia.. dah macam jadi mangsa dah (atau rela). Kalau dia jadi mak.. selalunya mesti ada terselit 1-2 adegan pelakon lelaki yang jadi anak-anak dia akan cium pipi atau dahinya.. sedeyyyyy....


Hello semua pengarah.. tolong jgn buat kisah2 ranjang, kisah2 tepi kolam renang boleh tak?? Korang sebenarnya tidak mengembangkan imaginasi penonton tapi ko seakan2 memberi panduan kepada penonton.. (Nan.. jgn pandang dinding.. hehehehe)



Apa lagi?? Malaslah nak citer panjang-panjang.. sebab aku tak puas hati.. agak kecewa.. sama macam citer Lagenda Budak Setan.. Pembetulan ek.. mereka berkenalan masa di sekolah menengah tau.. bukan kat kolej atau U.. dan cara perkenalan mereka bukan dengan cara kasyah letak cicak dalam minuman Ayu.. tapi masa Ayu minta derma dari kelas ke kelas dimana Kasyah cakap tak de duit kecik.



Sapa pengikut novel ni.. mungkin akan sedikit hampa.. sebab aku ingat lagi.. masa tu aku kat sekolah menengah.. dalam form 4 kot.. Masa novel nie baru keluar.. Semua budak perempuan berangan nak jadi Ayu dan yang lelaki pun teringin nak jadi Kasyah.. Aku nak jadi Ayu.. dan Mamat yang aku minat dalam diam2 aku bayangkan dia sebagai Kasyah.. ( Cik pelangi dan Mat cakera a.k.a Tuan Carlos... ko jgn gelak-gelak.. aku silambam ko nanti!!!)


Indah kenangan dizaman sekolah.



Ok.. berbalik pada citer tadi.. Tiada yang aku nak ingat lagi selepas aku menonton filem nie. Tiada babak yang paling meninggalkan kesan yang boleh aku simpan dalam ingatan.



Tak pelah.. yang penting aku tak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan hiburan cuma aku rasa nasib baik lah aku dah tengok dulu kat panggung jadi tak payahlah aku beli kat Astro First sebab bagi aku, memang tak sesuai untuk anak-anak aku tengok.. walaupun tak banyak.. tapi tetap aku tak nak diaorg tengok..



Jadi.. selamat RM15 aku.. hehehehe...







Thursday, December 1, 2011

Mengapa???

Mengapa mudah memberi
Mengapa mudah pula meminta kembali????

Terlalu singkat apa yang dirasai
Baru saja ingin menikmati keindahannya
Tapi telah ditarik kembali.

Sering tertanya sendiri
Apakah lagi yang dilakukan untuk menikmatinya selamanya??

Tak perlulah dimengertikan apa yang berlaku
Biarlah ianya seperti air yang mengalir
Kerana ianya telah menjadi sebahagian dari kehidupan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails