Thursday, December 15, 2011

Ombak Rindu

OK... aku memang suka baca novel nie.. malah ketiga-tiga siri novel nie aku baca. Aku bukanlah peminat novel cinta tapi buku nie aku baca sebab ianya adalah hadiah dari bekas suami aku (masa kami masih bersama dulu)

Dia dah baca dulu sebab dia pinjam dari kawan sekerja. Tapi dia tak puas hati.. dia beli dan hadiahkan buat aku. Dia rasa aku perlu membacanya kerana dia mahu aku menjelmakan dirinya sebagai hariz.. lelaki yang penuh dengan cinta terhadap Izzah. Dan sudah tentu Izzah itu aku.. tapi itu dulu... dulu ok... dulu... dulu... dan dulu.... duluuuuuuuu.... hehehehehe.. ya.. dulu.. ketika cinta masih membara di dada.. ketika cinta dia masih pada aku..

Ketika aku terbaca kisah yang keluar di akhbar atau blog2 hiburan tentang novel ini akan dibawa ke layar.. aku segera membayangkan watak-watak utamanya. Hariz.. Izzah.. Milla.. Aku berkhayal.. kalau aku pengarahnya.. siapa yang akan aku pilih untuk membawa kan watak-watak tersebut.

OK.. pilihan aku..

Hariz.. Lelaki yang penuh dengan cinta.. Rosyam Nor.. walaupun hero tua.. tapi dia penuh dengan jiwa setiap kali berlakon..

Izzah.. gadis yatim yg menderita.. aku membayangkan dia gadis melayu.. betul-betul melayu yang memang tak de mix langsung dengan mana-mana darah dari bangsa lain.. tiada campur ok.. Siapa?? Rita Rudaini... dia cantik dan lembut sangat.. kalau tak dia.. Nur Fazura kan ada???

Mila.. siapa ?? orangnya mesti tegas.... mesti jenis yg berlagak tapi ada gak gedik-gedik sikit.. macam... ok.. dalam kepala aku masa tu bayangkan si sendat.. tapi sebab aku tak minat gan minah nie.. jadi aku buangkan jauh2 bayangan gurauan itewwww.. heheheheh..


OK.. seriously aku pilih Sazzy Falak.. sapa2 yang pernah tengok dia berlakon dalam citer Gol n Gincu akan tau lakonan dia memang superb.. Citer itu pun aku dah tengok dalam 5-6 kali.. best.. sebab kisahnya memang tentang erti persahabatan.. Rasanya dia menang Best Supporting Actress kat FFM melalui filem tu..


Wah.. penuh imaginasi aku nie.. tak pe.. saja menYUKA kan diri.. nak berangan2 sikit...


07 - 09 Disember lepas aku ada Bengkel Key In Data Aset di Skudai.. peserta tak ramai.. cuma 10 orang je. 8 perempuan dan selebihnya lelaki. Kami berlapan berpakat nak tengok Ombak Rindu dia MBO Taman U.. Tayangan mula jam 7.30 malam. Masalahnya kami semua duduk depan sekali.. depan sekali tau.. sebaris 8 orang.. kelakar sebab nak sangat tengok.. depan pun depanlah... janji dapat tengok.



Paling kelakar.. bila aku tengok muka Hariz.. aku tak nampak muka Izzah.. Aku tengok muka Izzah tak dapat nak tengok muka Mila..




Kawan2 aku adalah 2-3 orang yang meleleh airmatanya.. aku??? aduyaiii.. aku nie sebenarnya memang jenis mudah menangis.. kiranya jenis kememe... tau tak masksudnya?? alahh cengeng.. hahahaha... bolehlahhh..


Tapi masalahnya aku tak menangis langsung.. setitik pun airmata aku tak gugur. Sebak tu adalah.. tapi taklah sampai nak touching-touching, meroyan sampai meleleh air mata. Sorilah ya peminat-peminat Aaron Aziz.. dia tak de jiwa masa jadi Hariz..



Napa aku tak nangis?? Sebab jalan citernya memang mengecewakan. Banyak watak yang ada telah ditiadakan. Izzah pegi belajar, izzah dok kondo, izzah keje sebagai jurutera, izzah ada kawan baik yang merupakan anak kepada madu Dato Sufiah, izzah tak jumpa kucing tepi jalan ek.. hariz yang belikan izzah kucing tu lepas dia bercerita dengan Wafi (kawan sekerja hariz.. sori yang nie namanya aku tak ingat sangat).



Hariz mengambil masa yang lama untuk meluahkan perasaan cinta dengan Izzah kerana terlalu menjaga egonya.. bukan selepas izzah pengsan masa dia marah izzah dalam bilik air..



Memanglah dalam filem kena pendekkan citernya.. takkan nak citer semua.. tapi klu ko dah potong banyak citer2 menarik dan ko tambah dengan menda yg rasanya macam tak releven.. macam adegan ranjang, adegan izzah kena paksa minum arak, adegan Mila tersenyum puas sambil baring dengan hariz ( Lepas diaorg nikah), Mila yang hanya menutup badan dengan selimut bersama hariz, Adegan Dato Sufiah berbaju mandi.. yang menampakkan susuk tubuh dan dada dan memakai pareo, baru lepas mandi di kolam renang, dimana hariz datang dan mencium kedua-dua pipi Dato' (Aduyaiiiii.. sedih makcik)



Ok bab2 yang aku tuliskan nie tadi buat aku tak faham.. sekarang kita fikirkan.. perlu ke bab nie?? sedangkan byk lagi bab yg boleh dimasukkan dan digantikan dengan bab yg lebih releven.. Lagi 1.. pelakon yang bawa watak Dato Sufiah.. Azizah Mahzan.. aku kadang2 kesian dengan dia.. dah macam jadi mangsa dah (atau rela). Kalau dia jadi mak.. selalunya mesti ada terselit 1-2 adegan pelakon lelaki yang jadi anak-anak dia akan cium pipi atau dahinya.. sedeyyyyy....


Hello semua pengarah.. tolong jgn buat kisah2 ranjang, kisah2 tepi kolam renang boleh tak?? Korang sebenarnya tidak mengembangkan imaginasi penonton tapi ko seakan2 memberi panduan kepada penonton.. (Nan.. jgn pandang dinding.. hehehehe)



Apa lagi?? Malaslah nak citer panjang-panjang.. sebab aku tak puas hati.. agak kecewa.. sama macam citer Lagenda Budak Setan.. Pembetulan ek.. mereka berkenalan masa di sekolah menengah tau.. bukan kat kolej atau U.. dan cara perkenalan mereka bukan dengan cara kasyah letak cicak dalam minuman Ayu.. tapi masa Ayu minta derma dari kelas ke kelas dimana Kasyah cakap tak de duit kecik.



Sapa pengikut novel ni.. mungkin akan sedikit hampa.. sebab aku ingat lagi.. masa tu aku kat sekolah menengah.. dalam form 4 kot.. Masa novel nie baru keluar.. Semua budak perempuan berangan nak jadi Ayu dan yang lelaki pun teringin nak jadi Kasyah.. Aku nak jadi Ayu.. dan Mamat yang aku minat dalam diam2 aku bayangkan dia sebagai Kasyah.. ( Cik pelangi dan Mat cakera a.k.a Tuan Carlos... ko jgn gelak-gelak.. aku silambam ko nanti!!!)


Indah kenangan dizaman sekolah.



Ok.. berbalik pada citer tadi.. Tiada yang aku nak ingat lagi selepas aku menonton filem nie. Tiada babak yang paling meninggalkan kesan yang boleh aku simpan dalam ingatan.



Tak pelah.. yang penting aku tak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan hiburan cuma aku rasa nasib baik lah aku dah tengok dulu kat panggung jadi tak payahlah aku beli kat Astro First sebab bagi aku, memang tak sesuai untuk anak-anak aku tengok.. walaupun tak banyak.. tapi tetap aku tak nak diaorg tengok..



Jadi.. selamat RM15 aku.. hehehehe...







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails