Sunday, December 25, 2011

Kau Sakit Bo****

Mengerikan...

Aku kena kuarantin... Aduyaiii.. mula-mula anak buah aku yang bawa penyakit nie. Berjangkit pulak pada Dani.. Aku pulak tido sebelah Dani.. tiap-tiap malam kena cium dia sebab kalau tak cium dia merajuk. Akhirnya aku pulak yang menderita.

Alhamdulillah.. Dani dah pulih sepenuhnya pada hari entri ini aku tuliskan.. dan aku pulak sedang melalui hari-hari cuti yang suram dimana aku tak dapat nak berjalan-jalan atau bershopping-shopping.. dan plan nak ke KL juga terpaksa aku lupakan.

Semuanya bermula Isnin lepas. Mata sebelah kiri mula gatal-gatal dan tak selesa. Pagi Selasa aku bekerja seperti biasa. Tapi kena halau balik dengan boss aku. Dia soh aku pegi klinik. Mata aku dah bengkak dah dan warna putih telah bertukar menjadi merah. Aku ke Klinik Kesihatan je. Dapat MC 2 hari.. Ubat?? hanya ubat titis. Tak de pun ubat makan untuk hilangkan bengkak, tahan sakit dan gatal.

2 hari dok umah.. Hari Rabu ada taklimat untuk SBPA di Skudai. Aku tak mampu untuk memandu dan terpaksa menumpang pegawai dari Tangkak. Aku tak join pun taklimat tu.. siap-siap sign borang.. aku hanya lepak di Surau. Lewat petang baru selesai semua urusan.

Aku mc lagi.. mata makin teruk. Dari sebelah kiri, berjangkit pulak kesebelah kanan. Bengkak, gatal, berair dan sakit sangat2.

Semalam.. aku tak tahan lagi.. Nak buka mata pun tak mampu. Yang paling aku berchenta.. nak cuci muka, mandi atau ambil wuduk. Sakit sangat-sangat bila terkena air. Mata aku juga tak mampu nak dibuka lama-lama.

Aku bersiap dan terus ke klinik swasta. Alhamdulillah.. lepas makan antibiotik dan letak ubat titis.. mata aku semakin baik. Bengkak dah kurang, yang tinggal masih rasa gatal dan merah-merah pada mata.

Mak aku pesan.. kalau orang sakit mata.. kita cakap... Kau sakit mata.. aku sakit Bo****... faham-faham jelah ye??? hehehehehe...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails