Wednesday, December 15, 2010

Tiba-tiba saja.... Siri 3

Orangnya tinggi lampai, berkulit agak gelap. Mengenali dia hanya dengan nama samaran. Kami kenal sewaktu aku mengikut konvoi ke Mersing. Dia salah seorang dari ahli kelab.

Dia bersungguh-sungguh untuk mengenali aku. Aku ok je kalau ada orang nak kenal. Bukan luak pun.. ye tak?? Bertukar-tukar no telefon sewaktu kami sama-sama menikmati makan tengahari. Aku tak ingin sentuh langsung dengan apa yang berlaku pada waktu itu kerana semuanya tidak menarik.

Sejak balik dari Mersing, kami mula bertukar2 pesanan ringkas. Dia juga sering menghubungi aku. Aku dapat tahu yang dia bekerja sebagai pemandu Teksi. Kerja apapun tak mendatangkan masalah pada aku selagi ianya halal.

2 hari selepas itu, dia telah datang ke bandar tempat tinggal aku untuk menghantar penumpang. Dia menghubungi aku untuk bertemu. Kebetulan aku bercuti kerana Adib demam panas. Selepas menitipkan Adib kepada mak aku, aku keluar.

Aku mencadangkan agar kami minum di medan selera saja walaupun dia mengajak aku berjalan2 ke Melaka. Aku tak mahu kerana tak mungkin aku meninggalkan Adib yang sakit semata2 untuk bersenang-senang dengan dia.

Walaupun dia agak keberatan tapi dia merelakan. Kami berbual-bual kosong. Ya... mungkin aku bersama dia tapi fikiran aku terarah kepada anak aku yang sedang sakit. Sedang berbual2 mak menghubungi aku. Dia risau kerana demam Adib yang masih tidak kebah dan dia mula meracau2.

" Saya nak balik lah." Aku meminta diri.

" Napa? Alah awak ni.. kita baru je berbual. Tak puas lagi nak tengok muka awak. Tak hilang rindu pada awak." Dia memujuk aku.

" Anak saya demam. Mak saya cakap dia meracau2."

" Alah.. bukan dia nak mati pun. Kejaplahhhh" Aku tersentap.... mata aku terbeliak. Rayuannya membuatkan aku kaku. Badan aku mengigil menahan marah. Jantung aku seakan terhenti. Darah mula naik kemuka.

"Sampai hati awak cakap macam tu?"

"Yelah, baru je demam. Bukan sakit tenat pun. Lainlah kalau dah nak mati."

"Ok.. thanks." Aku berlalu.

" Nie duit air nie sapa nak bayar?" Aku menoleh kearah dia. Wang kerrtas RM5 aku letakkan diatas meja. Aku tak sangka ini yang berlaku. Kelakuan dia... memeranjatkan. Jika dilihat dari cara dan gayanya, kita tak akan menyangka yg dia lelaki yang begitu. Sejak itu aku tidak melayaninya lagi.

Selang beberapa minggu dia kembali menghubungi aku. Kebetulan dia menghantar penumpang. Aku baru saja keluar menghantar anak2 tuisyen. Aku menolak dengan cara baik. Tapi kerana alasan dia untuk berjumpa aku adalah untuk meminta maaf, jadi dari pusat tuisyen aku terus bertemu dengannya.

Aku ajak dia menaiki kereta ku kerana aku perlu memberikan ikan keli peliharaan akak aku makan. Didalam kereta kami berbual2 kosong lagi.

"Saya tengok awak macam lemah je. Kenapa?"

" Biasalah, dah jadi mak macam2 tanggungjawab. Semua keperluan anak2 saya kena siapkan. Lagipun saya hidup sorang je."

" Kesian saya tengok awak. Napa awak tak kasi je anak2 awak pada bekas suami awak?" Sekali lagi aku tersentap. Tapi aku masih berupaya mengawal perasaan. " Tak pun awak hantar je diaorang kesekolah anak2 yatim. Senang, letak diaorang kat asrama. Awak pun tak penat."

Aduhhhhh... Urat darah aku rasa nak pecah. Jantung aku berdegup pantas sangat.

"Awak nie gile ke apa? Saya kan masih hidup?"

TUMM.... Aku terpinga2 dan terus mengosok2 kepala aku. Dia menolak kepala ku hingga terhantuk dicermin tingkap. Sakitnya tak usah cerita. Nasib baik cermin tingkap tak pecah.

"Awak panggil saya gile? Saya nie nak tolong awak tau. Nanti klu kita kawin, tak payahlah awak jaga anak2 awak, kita buat anak ramai2 n awak bleh jaga." Marah dia kepadaku.

" Hei!!! saya tak de suami tak pe, asalkan saya ada anak2." Aku melawan balik. Dia tersenyum, sambil cuba memegang tanganku. Aku merentap kasar.

" Tapi awak kan dah lama tak dapat? Saya boleh beri apa yang awak dah lama tak rasa." Dia tersenyum miang.. senyum yang penuh makna. Aku betul2 meluat. Rasa nak aku tendang je kuar dari kereta. "Awak carilah port mana2.. saya pun dah lama tak dapat nie." Rayunya.

Aku hanya mendiamkan diri tapi dalam masa yang sama aku telah mengambil keputusan tuk berpatah balik ke stesen teksi. Aku nak hantar balik lelaki yang kurang ajar tu.

Dia terpinga-pinga apabila aku memberhentikan kereta dibelakang teksinya.

"Kan saya suruh awak cari port? Napa plak kat sini?"

"Awak ingat saya perempuan apa? Awak ingat saya biasa buat keje2 macam nie sampai saya tau kat mana ada port?"

" OOO.. berlagak ye? Mulai dari hari nie awak jangan cari saya lagi. Awak jangan sms atau telefon saya lagi!!!" Dia menengking aku. " Kalau setakat janda macam awak nie saya tak heranlah."

"Hei mamat!!! aku nak tanya ko... ko tengok kat HP ko tu.. aku yg selalu kol atau sms ko atau ko yang sms n kol aku?? Cuba ko tengok??" Kesabaran aku dah hilang.

Dia keluar dari kereta sambil menghempaskan pintu dengan sekuat2nya. Aku terus memecutkan kancil ku. Benci aku dengan lelaki macam tu. Dalam hati aku menyumpah kerana aku takut pintu kereta aku rosak setelah dihempas kuat.

Aku sebenarnya sedih dengan sikap lelaki seperti nie. Dia ingat aku apa?? Terdesak sangat ke?? Atau dia cuma nak mengambil kesempatan saja??

Tak lama selepas itu, dia mengundang aku ke majlis perkahwinan dia.. tengok!!.. dia bukan nak kat aku pun.. dia nak main2 je.

Cuma baru2 nie dia mula meghubungi aku semula mengajak aku keluar. Eeeiii!!! bengang aku. Nyampah dan meluat. Aku menolak kerana aku memang tak berkeinginan tuk berjumpa gan lelaki macam tu...

Ini semuanya adalah sebahagian dari pengalaman aku. Bertemu dengan lelaki yang hanya mahu mengambil kesempatan terhadap aku. Sebenarnya banyak lagi yang ingin aku kongsi.. nantilah.. aku akan ceritakan juga satu hari nanti..

Gurindam Jiwa....

Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Anak Cina memasang lukah,
Lukah dipasang di Tanjung Jati,
Di dalam hati tidak ku lupa,
Bagai rambut bersimpul mati.

Batang selasih permainan budak,
Daun sehelai dimakan kuda,
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.

Burung merpati terbang seribu,
Hinggap seekor di tengah laman,
Hendak mati di hujung kuku,
Hendak berkubur di tapak tangan.

Kalau tuan mudik ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja,
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga


Sumber: Lagu Gurindam Jiwa

Sunday, December 5, 2010

Luahan Hati Ditimpa Kerinduan Yang Tak Bertepi...



Jika ingin dipanjangkan lena tido rindu ku....


Alaskan lah dengan lengan kasihmu....


Agar aku dapat beradu....


Sepanjang mimpi mu..


9.31 malam

Ahad

05 Disember, 2010

Rayyan Fantasi... Apa Yang Terfikir... Itu Ada!!

Keghairahan aku kembali.. Rasa berdebar2.. tak tido malam aku dibuatnya. Macam temujanji pertama untuk bertemu dengan kekasih hati. Aku tak senang duduk. Sanggup memandu jauh dari Tangkak ke Putrajaya demi bertemu dengan si dia.

Jumaat petang aku bergerak ke Semenyih untuk kerumah akak aku yg baru dibelinya. Dia baru pindah. Jadi aku datang membawa mak aku untuk meraikan dia yang baru saja berpindah. Itu sebenarnya soal yang ke2. Yang pertama, yang terutama pada aku untuk perjalanan kali ini ialah untuk bertemu muka dengan penulis yang aku amat minati... Ramlee Awang Murshid (RAM).

Seawal pagi Sabtu 04 Disember, 2010.. Selepas terjaga dari tido yang asik terganggu (kerana debaran didada yang terlalu teruja) Aku memulakan perjalanan ke Putrajaya. Dari Semenyih ke Putrajaya.. kali pertama aku melalui jalan tersebut. Masih kabur dengan jalan yang bakal aku lalui tapi aku gagahkan dan beranikan diri untuk mengharunginya demi menunaikan niat yang 1, bertemu dengan RAM...

Jam 10.30 pagi aku sampai di Alamanda.. terus menuju ke MPH.. si Zonan masih tak sampai2. RAM telah pun bersedia untuk menandatangi buku2 yang dibeli oleh peminat. Buku aku masih tiada, masih ditangan Zonan.. MC yang datang lambat.. hehehe...

Pengunjung makin bertambah. Tak dapat nak tandatangan lagi, jadi aku amik gambar2nya saja.

Sampai2 je si Zonan terus kol aku. Rayyan Fantasi telah berada ditangan.. aku teruja.. terus masuk barisan untuk mendapatkan tandatangan.

Mata aku tak jemu2 dan agak sukar untuk melarikan pandangan dari RAM.. aduyai... kecik comel je orangnya.. Sebenarnya aku jatuh cinta dengan dia... Oppss!!! bukan lah.. aku jatuh cinta dengan tulisannya... dengan watak2 yang ada dari naskah nukilannya terutama Laksamana Sunan, Dani, Ryu Watanabe, luqman, hilman, amirudin dan ejim.. hehehe...


tunggu giliran... sabo ye???





Zonan... MC... thanks ya...









Kemunculan istimewa Rayyan Fantasi..

Percaya atau tidak.. seharian semalam, aku kekenyangan.. kekenyangan kerana dapat memiliki Rayyan Fantasi... kerana dapat bertemu muka dengan RAM... dapat menghadiri acara yang ringkas tapi bermakna kerana ini kali pertama aku menghadirinya.

Yang penting... aku tak shopping pun... 1 apa pun aku tak beli untuk aku... hanya baju dan kasut sekolah Dani je yang aku beli. Aku berhasrat tuk beli kasut barang sepasang. Beg tangan klu ada yang murah2 dan berkenan di hati.. tapi.. aku langsung tak singgah mana2 outlet tersebut. Pelik!!! ini semua penangan RAM..

Thanks tak terhingga pada Zonan yang bersusah payah menghubungi aku. Mempelawa aku menghadiri majlis ringkas ini.. menjadi jurugambar tak bertauliah untuk aku.. Juga membantu aku melepasi org2 MPH.. (maklum tak de resit) hehehe... malu nya.. Thanks Zonan... Terima kasih daun keladi ya..


Jalan-jalan cari ketenangan...


Nak cari ketenangan... Bukan ketenangan hakiki... hehehe.. cuma nak melepaskan tekanan yang sedang sesak didada.. rasa tak tertanggung.. tak tertahan lagi dan perlu diluahkan.

Semua keperluan harian perlu diperbaharui.. inilah tugas seorang ibu dan anak. Semua keperluan keluarga kena diberi keutamaan walaupun terpaksa meletakkan tepi keperluan diri.
Keinginan untuk memiliki beberapa benda aku letakkan ketepi. Senyuman, keceriaan dan keperluan mereka aku dahului.

Tujuan pertama kami, Mydin... Boyfriend aku yang asik minta duit je.. hehehe... (bila plak dia nak belanja aku??) Keperluan harian aku penuhi.. usai membeli belah.. Aku bawa mereka ke puncak Bandar Melaka. Menara TamingSari. Anak2 keriangan.. Mak tak sanggup n gayat. Aku pun gayat, tapi demi anak2 aku relakan juga.











Pemandangan dari atas menara Taming Sari. Kalau malam lagi cantik...



Dua-dua gambar diatas aku ambil sewaktu pertemuan dengan rakan2 PKG. Semuanya gara2 tupperware. Sambil bersarapan kami bergosip-gosipan. Seawal pagi ahad 28 November, kami bertemu di Tanjung Mas Muar. Kebetulan ada Pesta Air... aku mengambil kesempatan tuk membawa anak2 bersiar2.

Bertemu dengan rakan2 PKG.. sungguh melegakan. Dapat bertukar2 cerita... Sambil berjualan. Yang nak jadi ahli lain, membeli belah lain... semuanya menyenangkan hati aku. Ya.. sesekali aku perlu lari dari kebiasaan.

Thursday, December 2, 2010

Tiba-tiba Saja... Siri 2..

Dalam usaha aku untuk mencari cinta.. berbagai2 ragam manusia atau lebih tepat aku katakan sebagai lelaki.. berbagai2 ragam lelaki yang aku kenali..

Siri ke 2 ini aku ingin menyingkap tentang kisah seorang lelaki... Kami berkawan dalam masa yang singkat saja. Mengapa dia juga aku tolak?? Kenapa ekk??? hehehe... jawapan yang mudah. Dia tak pantas menjadi suami dan bapa kepada anak2 aku.

Seorang duda beranak 2. Mengikut ceritanya, dia ditinggalkan isterinya yang lari balik ke kampung ibu bapanya. Mengapa?? Cerita sebenarnya hanya dia yang tahu, aku tak nak coretkan disini kerana aku tak pasti apakah benar semua yang diceritakan kepada aku.

Nafkah anak2 tidak pernah dia berikan. Bekerja sebagai seorang pengurus di sebuah kilang. Dengar pengurus.. mesti orang ingat dia banyak duit.. gaji beso, kereta beso, rumah pun beso.. sedangkan semuanya hanya beso didalam mimpi2 nya saja...

Aku ingat lagi semasa aku bersama kawan baik ke rumah dia. Dalam perjalanan balik, aku lihat dia bergegas keluar dengan menaiki motor. Bila soalan aku ajukan, dengan ketawa yang berdekah2 dia menjawab .. nak cepat lah. Nanti kedai nombor tutup. Aku terkedu.. lahhh.. main nombor rupanya.. Aku cakap, kan haram benda tu. Mudah jawapannya.. Saya main nombor nie sebab manalah tau menang. Dapat duit banyak, saya bleh bayar hutang dan boleh wat hantaran untuk kawin dengan awak. Aduyaiiii... rasa nak gugur jantung aku. Nak guna duit haram nak pinang aku?? Sesak nafas aku... mau pitam aku dibuatnya.

Tapi ianya tak berhenti setakat itu saja. Rupanya dia memang mempunyai terlalu banyak masalah. Bergaji besar, tapi kad bank dia telah dipegang oleh ALONG.. ya ALONG.. bukan akak long dia atau abang long dia.. tapi ALONG.. alah.. CETI HARAM tu...

Separuh dari gaji dia telah diambil tuk membayar hutang. Dia hanya mempunyai separuh saja gajinya. Nak makan apa?? Batu?? Kayu?? Bukan itu saja, rupanya dia pernah menipu KWSP untuk mengeluarkan duit simpanannya. Kononnya nak beli rumah tapi... dia nak gunakan untuk bayar hutang ALONG.

Sekarang kes tu telah dibawa ke mahkamah tapi aku tak tau apa kisahnya..
Nanti jap.. belum habis lagi nie.. Dia juga sekarang sedang turun naik mahkamah dengan kes abang nya yang dituduh memperkosa anak tirinya. Aku betul2 tak sangup. Takut nanti penyakit abang dia berjangkit pada dia. Nauzubillah... minta dijauhkan.. aku perlu melindungi anak gadisku..

Jadi, apalah lagi yang boleh aku harapkan dari lelaki seperti nie?? Boleh ke dia aku jadikan suami??? Jawapannya... tidak!! tidak!! tidak!! tidakkkkkk!!!!

Tuesday, November 30, 2010

Mereka pergi lagi...

Mengalir lagi airmata aku...
Jiwa aku rasa teramat kosong... aku tak sangup nak melalui keadaan ini lagi, tapi apa yang dapat aku lakukan??

Demi kebahagiaan mereka, aku korbankan hati dan perasaan aku.
Aku tahu, mereka tidak akan lama tapi sehari tanpa mereka bagaikan setahun...

Sepi mengelilingi aku... Dani ada disisi tapi setiap anak2 tidak sama tingkah mereka.

Lyana sendiri mengalirkan airmata saat berpisah tadi. Mengapa?? Sedangkan dia tidak pernah beraksi sebegini.

Adib juga sugul..

Lyana.. Adib... umie sayangkan kalian tapi perkongsian ini terpaksa kita lalui demi kesinambungan sebuah kehidupan. Kalian berhak mendapat kasih sayang seorang ayah. Dan Babah juga layak merasai kasih sayang anak2nya.

Cuma.. Dani.... Aku menitiskan airmata tatkala dia bersalaman dengan Babahnya. Babahnya mengucup pipi mongel Dani. Tanpa hanya setakat itu... Dani lari semula kepada aku...

Ya sayang... Lyana, Adib, Dani... kita terpaksa korbankan diri kita, hati dan perasaan kita demi melihat kebahagiaan babah. Dia memilih untuk mementingkan mengutamakan cinta, hati dan perasaannya. Biarlah dia dengan dunianya dan kita dengan dunia kita.

Cuma.. berilah umie peluang untuk memberikan kasih sayang kepada kalian. Mencurahkan segala kudrat yang ada untuk membesarkan kalian agar kalian menjadi insan yang berguna dimasa hadapan. Cinta, kasih dan sayang umie terhadap anak2 umie tiada tandingannya.. Kalianlah nyawa umie...

Saturday, November 27, 2010

Tiba-tiba saja....

Wajahnya bujur, berkumis nipis, hidung mancung dan berkulit putih.

Mengenali dia pada penghujung tahun 2007 melalui sebuah laman sosial. Dia menyapa dengan sebuah pesanan yang amat ringkas. Mengenalkan diri sebagai R, berumur 37 tahun, duda yang kematian isteri selepas melahirkan anak mereka yang ketiga. 3 cahayamata yang kesemuanya puteri. Tujuan dia untuk menyertai laman sosial itu hanyalah untuk mencari wanita yang boleh dijadikan ibu kepada anak2 nya.

Huluran salam perkenalan dia aku terima kerana aku rasakan, apa salahnya... dia tiada tuannya.. jadi yang pasti aku tidak menganggu rumahtangga sesiapa.

Hubungan itu kami teruskan dengan bertukar-tukar nombor telefon.

Dari hari kehari, hubungan kami menjadi rapat walaupun hanya berbual dan bersms di telefon saja. Mungkin keserasian ada diantara kami. Tapi aku masih tak puas hati kerana aku tidak mengenali dia secara berdepan. Aku lebih suka menilai orang dengan cara berbual secara bersemuka, melihat dari bahasa tubuhnya, lirikan matanya dan cara sebenar senyumannya.

Tahun 2008 membuka lembaran baru dalam hidup aku apabila dia menyatakan yang aku adalah pilihan yang tepat untuk dijadikan ibu kepada anak2nya. Menerima tidak, menolak pun tidak. Apa yang aku katakan hanyalah aku perlu bertemu dengannya. Persetujuan dicapai dan kami berjanji untuk bertemu di Melaka, negeri kelahirannya dan tidak jauh dari kediaman aku.

Aku bawa kereta kancil aku, berpakaian ala kadar.. blouse dan jeans. Dia datang dengan kereta wira berwarna biru. OOO.. kereta Wira je.. gumam ku didalam hati.
Terbukanya pintu kereta wira yang dah buruk itu... wah.... aku terpaku apabila melihat dia, dia memang Mat Smart. Berkemeja lengan pendek, berseluar khaki dan berkasut kulit. Aku tunduk dan memandang kakiku yang hanya bersandal.

Selepas saling berkenalan dan bertukar senyuman aku mengajak dia kedestinasi kami seterusnya. Kata sepakat diambil dan Mahkota Parade adalah tujuan kami.

Aku melangkah ke keretanya tapi....

" Naik kereta U lah, I malas nak drive." Aku tertelan senyumanku... eemm.. bukan permulaan yang bagus untuk temujanji yang pertama. Eemmm......

Jadilah aku pemandu yang tidak bertauliah. Kebetulan minyak kereta aku dah hampir habis, aku berhenti untuk mengisinya...

Aku yang kena isi guna duit aku.. aku pegi bayar sendiri kat kaunter dan pam sendiri minyak tu ketangki.... Dia hanya duduk didalam kereta yang masih terbuka enjinnya dan terpasang alat penghawa dingin. Eeemmmm....

Sampai di Dataran Pahlawan, aku mencari tempat letak kereta.

" I laparlah tak sempat sarapan. Dapat teh tarik sedap ni." Kami sama2 mencari tempat untuk makan.

Aku nampak kedai mamak yang agak popular di Melaka dan mencadangkan kepadanya..

" Mamak???? Eeiii.. tak selera I... kita pegi tempat lainlah.. I memang tak suka makan kat kedai mamak." Cebiknya...

" Kita pegi MP lah.. tengok apa ada kat sana." Usul ku...

" Hah.. nie baru kelas... I baru je ingat nak ajak u pegi Coffee Beans." Dia tersenyum lebar sambil menarik kerusi di restoran tersebut.

" U nak minum apa??"

" Ikutlah, i tak kisah. Kat sini tak de teh tarik kan?"

" Apalah u nie, nie Coffee Bean lah. Mana ada teh tarik!" Dia ketawa besar sambil berlalu.

Macamlah aku nie bodoh dan kampung beno sampai tak penah minum kat tempat tu. Dia tak tau agaknya yang aku perli dia tadi.

Kami duduk dan berbual sementara menanti hidangan tiba. Sebenarnya aku agak canggung duduk bersama dia.

Sepanjang waktu, dia lebih mendominasikan perbualan diantara kami.

I keje kat pejabat kedutaan "TUT"

Gaji i Rm5000 sebulan.

I ada 2 orang gaji. 1 untuk jaga baby i, yang 1 lagi tuk kemas rumah n jaga anak2 i yang lain.

I kawan gan YB ini.. YB itu.. I ada syer gan YB ini.. dan YB itu.

Hari tu masa i ambil pegawai kedutaan di KLIA, i terserempak dengan YB "TUT". Kawan baik i, orang kanan dia. Jadi i dapat lah salam dia.

I dok Kondo di area Damansara (Tempat yang berlaku tanah runtuh).

Family i semuanya moden dan berjaya. Adik i kawin dengan orang korea. Kitaorg selalu main Golf n layan Life Band kat hotel. Akak i yang umur 50 lebih pun masih layan tau life band, siap menari2 lagi.

Biasanya gan arwah wife i, i selalu shopping kat KLCC.. tempat lain susah nak dapat baju yang dia suka. I plak suka shopping kat Kelab Golf. Baju2 kat sana semuanya cantik2 dan sesuai gan jiwa i.

Arwah wife i tak pakai tudung macam u, tapi semua adik beradik i sayang kat dia. Akak i selalu belanja dia pegi shopping.

Dan... Bla... Bla.. Bla.. Bla....

Dari pukul 12 sehingga ke pukul 2 aku terpaksa menadahkan telinga aku mendengar cerita dia. Aku kepenatan dan akhirnya aku berlakon.

" I peninglah.. jom balik."

" Lahhh.. tadi ok je?"

" Cuaca panas sangat, lagipun i tak biasa minum kopi banyak2." Temberang ku...

" Ok!"

Aku cepat2 melangkah kekereta aku. Dia berbisik ditelinga untuk memegang tangan ku. Aku cuma mengelengkan kepala.

Didalam kereta, aku masih lagi memandu. Dia tak pulak menawarkan diri untuk membantu aku. Yang buat aku terus memadamkan dia dari senarai pendek calon2 bakal suami aku ialah apabila dia merayu agar aku membawa dia ke Sungai Udang iaitu untuk ditunjukkan rumah peninggalan Arwah ibu bapanya. Tak gentleman langsung.. dalam sakit2(walaupun berlakon) dia masih ada hati meminta aku memandu jauh2. Dari Bandar Hilir ke Sungai Udang dan balik semula ke Air Keroh. Aduyai....

Itulah kali pertama dan terakhir aku bertemu dengannya.

Selepas itu, aku terus tidak melayani sebarang panggilan dan pesanan dari nya. Aku benci lelaki macam tu. Dia hanya menceritakan kehebatan dia.. Aku meluat... Aku tak tau kenapa... tapi aku lebih suka lelaki yang suka merendah diri. Yang melayani wanita sebagai wanita.. mungkin dia nak test aku. Tapi aku tak perlu ujian kerana aku memang tak suka lelaki yang macam tu... Setiap kali berbual dia tak berani untuk bertentang mata denganku.
Matanya asik melilau kesana kemari. Dengan cara dia berbicara menampakkan keangkuhan dia.

Nasib akulah gamaknya...


ps: Aku benci dengan kata2 yang sentiasa bermain dibibirnya
"Bagi i seks dan duit bukan keutamaan i, tapi keperluan saja". Boleh caya ke??

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam..

Selamat menyambut hari raya Aidiladha buat semua rakan2 dan pembaca blog aku nie..

Bagi yang membuat korban pada tahun nie.. Alhamdulillah.. moga korban kita diterima oleh Allah...

Bagi yang menunaikan Ibadah Haji.. Semoga anda semua akan mendapat Haji Mabrur..

Setiap hari aku berdoa agar satu hari nanti aku akan menjadi tetamu Allah...

Amin....

Kisah aku dan dia...

Assalammualaikum...

Blog ini aku biarkan sepi.. sunyi tanpa sebarang calitan untuk seketika.. ini kerana aku kekeringan idea dan kebenakan fikiran yang sedang melanda.. Aku tak tau dimana datangnya keresahan ini.. adakah kerana aku telah mengkhianati atau sebenarnya aku dikhianati???

Kisah yang aku ingin paparkan disini adalah datangnya dari kisah aku sendiri.. aku mengambil langkah berani kerana aku tau pasti akan ada yang akan menghubungi aku untuk bertanyakan kepada aku apa sebenarnya yang berlaku.. maafkan aku.. rahsia tetap rahsia.. ini luahan isi hati aku...

Selepas umur aku genap 35 tahun... aku telah tanamkan dihati yang aku tidak ingin lagi mencari cinta.. Ya.. aku tak perlu mencari kerana ianya datang dengan sendirinya.. tapi kedatangannya kali ini menjadikan aku serba salah. Antara keinginan untuk memiliki, menyintai dan keinginan dicintai, dimiliki.

Dia datang.. ya.. aku kenal dia... aku kenal dah lama tapi sebelum ini kami hanya kenalan saja. Ada 2 sebab aku hanya kenal saja dengannya.. tak perlu lah aku jelaskan sebab2nya.

Tapi sejak aku berkawan dengan dia, ada yang tak suka. Dia tak suka kerana mereka pernah bercinta. Dia tinggalkan lelaki ini kerana mengejar kebahagiaan yang dia sendiri tak pasti. Dan setelah 2 kali dia dikecewakan dia ingin kembali padanya.

Sedangkan pada masa ini kami telah berkawan rapat. Aku dianggap perampas..
Dan sehingga kini aku masih didalam dilemma... perlu kah aku meneruskan hubungan ini atau menoktahkannya???

Maafkan aku.. aku sayangkan mereka berdua. Kedua-duanya tak dapat aku lepaskan..
Buat sahabat aku... Kau yang pergi meninggalkan dia.. Aku yang mengisi kekosongan hatinya..
Buat sidia.. Aku menyayangi dirimu tapi aku lebih menyayangi sahabat ku itu.. maafkan aku...

Wednesday, November 10, 2010

Reunion SMILE '92 - Pengkalan Balak, 7 November, 2010


Assalammualaikum...

Reunion ke-2.. aku buat dalam keadaan tertekan. Aku kelam kabut dengan segala macam aktiviti. Bermula dengan kursus yg wajib aku hadiri di Melaka dari 1-4 Nov. Balik dari kursus 5-6 Nov, aku bertolak ke Kuantan melalui Mersing untuk menyertai Family Day MHCC dan Majlis Perkahwinan Admin MHCC Sourthen, Saudara Pekanboy di Pekan, Pahang.

Perancangan rakan2 aku nak mengadakan pada 6hb.. aku minta mereka teruskan tanpa kehadiran aku tapi mereka semua tak setuju.. hahaha.. MODERATOR yang ayu n bersopan santun nie tak de.. tak jalan le majlis.. hehehe.... Jadi ianya ditunda pada 7 Nov.. Sebelum kesana macam cerita yang aku dengar.. macam2 hal.. ada yang kecik ati... ada yang marah... ada yang angin.... ada yang mulut tak dijaga..cakap tak fikir tentang perasaan orang lain.. dan yang paling penting.. AKU... aku yang pening nak tangani semuanya.. nak kumpulkan kawan2 nie bukan senang tapi Alhamdulillah... aku berjaya juga kumpulkan 17 org rakan2 aku bersama keluarga masing2.

Sponsor pun banyak aku dapat kali nie.. aku berbelanja dengan berhemah... selagi boleh jimat... aku berjimat.. duit selebihnya aku masukkan kedalam tabung. Senang nak adakan Reunion akan datang.

Kali nie tujuan kami dekat2 je... Pengkalan Balak.. Aku tempah 2 Chalet di Ismah Beach Resort.. Cantik tempat nie dengan private beach.. kawasan lapang ditepi pantai yang luas untuk aku wat telemacth. Mereka juga menyediakan 2 buah kanopi untuk kami berteduh (kebetulan hujan walaupun tak lebat), senang bagi kami untuk makan minum.. Makan tengahari aku minta kawan2 buat potluck... bawa sikit makanan.. (aku melenggang kangkung) tak sempat langsung nak masak. Lagipun memang banyak makanan..

Petang kami semua akan makan di kedai kawan lama kami yang dah lama, sangat2 lama tak jumpa di Pengkalan Balak juga... Helmynizam. Dulu dia bersekolah bersama2 kami di SK Ledang dari darjah 3-6. Selepas tu dia balik ke Melaka.

Sampai2 je kawan2 aku buka bekalan masing2.. Masing2 lapo...

Zaki bawa air jagung.. Thanks Zaki..
Nie tukang kacau.. memang pengacau... hahaha
MODE yang ayu... hehehe.. (tak salahkan puji diri sendiri.. lagipun nie blog aku)




Acara makan...


Angkat tangan semua...

Baru 17 family tapi dah kecoh n beso dah... tapi kami semua puas ati dan seronok dengan perjumpaan kali nie... Moga dimasa akan datang aku mampu adakan lagi perjumpaan seperti nie...

Tahniah buat kawan2 yang telah datang dan tahniah buat aku yg berjaya untuk kali ke2... (walaupun dalam keadaan tergesa2)

Wasalam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails