Saturday, November 27, 2010

Tiba-tiba saja....

Wajahnya bujur, berkumis nipis, hidung mancung dan berkulit putih.

Mengenali dia pada penghujung tahun 2007 melalui sebuah laman sosial. Dia menyapa dengan sebuah pesanan yang amat ringkas. Mengenalkan diri sebagai R, berumur 37 tahun, duda yang kematian isteri selepas melahirkan anak mereka yang ketiga. 3 cahayamata yang kesemuanya puteri. Tujuan dia untuk menyertai laman sosial itu hanyalah untuk mencari wanita yang boleh dijadikan ibu kepada anak2 nya.

Huluran salam perkenalan dia aku terima kerana aku rasakan, apa salahnya... dia tiada tuannya.. jadi yang pasti aku tidak menganggu rumahtangga sesiapa.

Hubungan itu kami teruskan dengan bertukar-tukar nombor telefon.

Dari hari kehari, hubungan kami menjadi rapat walaupun hanya berbual dan bersms di telefon saja. Mungkin keserasian ada diantara kami. Tapi aku masih tak puas hati kerana aku tidak mengenali dia secara berdepan. Aku lebih suka menilai orang dengan cara berbual secara bersemuka, melihat dari bahasa tubuhnya, lirikan matanya dan cara sebenar senyumannya.

Tahun 2008 membuka lembaran baru dalam hidup aku apabila dia menyatakan yang aku adalah pilihan yang tepat untuk dijadikan ibu kepada anak2nya. Menerima tidak, menolak pun tidak. Apa yang aku katakan hanyalah aku perlu bertemu dengannya. Persetujuan dicapai dan kami berjanji untuk bertemu di Melaka, negeri kelahirannya dan tidak jauh dari kediaman aku.

Aku bawa kereta kancil aku, berpakaian ala kadar.. blouse dan jeans. Dia datang dengan kereta wira berwarna biru. OOO.. kereta Wira je.. gumam ku didalam hati.
Terbukanya pintu kereta wira yang dah buruk itu... wah.... aku terpaku apabila melihat dia, dia memang Mat Smart. Berkemeja lengan pendek, berseluar khaki dan berkasut kulit. Aku tunduk dan memandang kakiku yang hanya bersandal.

Selepas saling berkenalan dan bertukar senyuman aku mengajak dia kedestinasi kami seterusnya. Kata sepakat diambil dan Mahkota Parade adalah tujuan kami.

Aku melangkah ke keretanya tapi....

" Naik kereta U lah, I malas nak drive." Aku tertelan senyumanku... eemm.. bukan permulaan yang bagus untuk temujanji yang pertama. Eemmm......

Jadilah aku pemandu yang tidak bertauliah. Kebetulan minyak kereta aku dah hampir habis, aku berhenti untuk mengisinya...

Aku yang kena isi guna duit aku.. aku pegi bayar sendiri kat kaunter dan pam sendiri minyak tu ketangki.... Dia hanya duduk didalam kereta yang masih terbuka enjinnya dan terpasang alat penghawa dingin. Eeemmmm....

Sampai di Dataran Pahlawan, aku mencari tempat letak kereta.

" I laparlah tak sempat sarapan. Dapat teh tarik sedap ni." Kami sama2 mencari tempat untuk makan.

Aku nampak kedai mamak yang agak popular di Melaka dan mencadangkan kepadanya..

" Mamak???? Eeiii.. tak selera I... kita pegi tempat lainlah.. I memang tak suka makan kat kedai mamak." Cebiknya...

" Kita pegi MP lah.. tengok apa ada kat sana." Usul ku...

" Hah.. nie baru kelas... I baru je ingat nak ajak u pegi Coffee Beans." Dia tersenyum lebar sambil menarik kerusi di restoran tersebut.

" U nak minum apa??"

" Ikutlah, i tak kisah. Kat sini tak de teh tarik kan?"

" Apalah u nie, nie Coffee Bean lah. Mana ada teh tarik!" Dia ketawa besar sambil berlalu.

Macamlah aku nie bodoh dan kampung beno sampai tak penah minum kat tempat tu. Dia tak tau agaknya yang aku perli dia tadi.

Kami duduk dan berbual sementara menanti hidangan tiba. Sebenarnya aku agak canggung duduk bersama dia.

Sepanjang waktu, dia lebih mendominasikan perbualan diantara kami.

I keje kat pejabat kedutaan "TUT"

Gaji i Rm5000 sebulan.

I ada 2 orang gaji. 1 untuk jaga baby i, yang 1 lagi tuk kemas rumah n jaga anak2 i yang lain.

I kawan gan YB ini.. YB itu.. I ada syer gan YB ini.. dan YB itu.

Hari tu masa i ambil pegawai kedutaan di KLIA, i terserempak dengan YB "TUT". Kawan baik i, orang kanan dia. Jadi i dapat lah salam dia.

I dok Kondo di area Damansara (Tempat yang berlaku tanah runtuh).

Family i semuanya moden dan berjaya. Adik i kawin dengan orang korea. Kitaorg selalu main Golf n layan Life Band kat hotel. Akak i yang umur 50 lebih pun masih layan tau life band, siap menari2 lagi.

Biasanya gan arwah wife i, i selalu shopping kat KLCC.. tempat lain susah nak dapat baju yang dia suka. I plak suka shopping kat Kelab Golf. Baju2 kat sana semuanya cantik2 dan sesuai gan jiwa i.

Arwah wife i tak pakai tudung macam u, tapi semua adik beradik i sayang kat dia. Akak i selalu belanja dia pegi shopping.

Dan... Bla... Bla.. Bla.. Bla....

Dari pukul 12 sehingga ke pukul 2 aku terpaksa menadahkan telinga aku mendengar cerita dia. Aku kepenatan dan akhirnya aku berlakon.

" I peninglah.. jom balik."

" Lahhh.. tadi ok je?"

" Cuaca panas sangat, lagipun i tak biasa minum kopi banyak2." Temberang ku...

" Ok!"

Aku cepat2 melangkah kekereta aku. Dia berbisik ditelinga untuk memegang tangan ku. Aku cuma mengelengkan kepala.

Didalam kereta, aku masih lagi memandu. Dia tak pulak menawarkan diri untuk membantu aku. Yang buat aku terus memadamkan dia dari senarai pendek calon2 bakal suami aku ialah apabila dia merayu agar aku membawa dia ke Sungai Udang iaitu untuk ditunjukkan rumah peninggalan Arwah ibu bapanya. Tak gentleman langsung.. dalam sakit2(walaupun berlakon) dia masih ada hati meminta aku memandu jauh2. Dari Bandar Hilir ke Sungai Udang dan balik semula ke Air Keroh. Aduyai....

Itulah kali pertama dan terakhir aku bertemu dengannya.

Selepas itu, aku terus tidak melayani sebarang panggilan dan pesanan dari nya. Aku benci lelaki macam tu. Dia hanya menceritakan kehebatan dia.. Aku meluat... Aku tak tau kenapa... tapi aku lebih suka lelaki yang suka merendah diri. Yang melayani wanita sebagai wanita.. mungkin dia nak test aku. Tapi aku tak perlu ujian kerana aku memang tak suka lelaki yang macam tu... Setiap kali berbual dia tak berani untuk bertentang mata denganku.
Matanya asik melilau kesana kemari. Dengan cara dia berbicara menampakkan keangkuhan dia.

Nasib akulah gamaknya...


ps: Aku benci dengan kata2 yang sentiasa bermain dibibirnya
"Bagi i seks dan duit bukan keutamaan i, tapi keperluan saja". Boleh caya ke??

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails