Sunday, February 26, 2012

Buang Tebiat ke???

Aku dapat sms dari kawan aku.. Kawan kelab kereta.. Dia ajak aku berskandel.

Hahahahahaha... macamlah aku nie apa kan???

Pelik gak gan perangai manusia nie. Bukan aku tak tau dia ada GF.. dan GF dia memang baik gan aku. Takkan lah aku nie gila sangat sampai sanggup buat macam tu.

Alah... bukan aku tak tau tujuan dia nak berskandel dengan aku.. dari sms dia je aku dah tau niat dia dah.

Ajak aku keluar.. ajak pegi tengok wayang.. ajak aku dating dalam kereta.. siap tanya aku pakai baju apa?? dah tido ke belum?? tido gan baju apa??Yang dalam pakai kaler apa??

Eeemm.... hilang perasaan hormat aku pada dia. Sebab aku kenal dia dengan family dia yang sememangnya tergolong dari kalangan orang yang alim.

Tapi aku tak sangka dia boleh sms aku macam tu. Mungkin sebab dah cukup haul dia tuk berumahtangga kot??? hhehehhehee...

Apa payah sangat ko nie mat?? ko kawin je gan awek ko tu.. dah sah memang dia tunggu ko meminang dia. Dah sah nanti.. pandai-pandai ko lah nak buat apa gan dia.

Nie tak.. ko sebok nak berskandel dengan aku.. manja-manja dengan aku.. nak belai-belai gan aku.. nak picit-picit dengan aku.. kiranya nak masukkan aku dalam senarai stok geli-geli ko lah ye???

Sian lah gan GF ko tu.. punyalah setia menunggu ko sampai 2 tahun tapi hasilnya???

Sian gak kat aku.. kena pelawa buat menda yang bukan-bukan yang aku tau kalau aku ikut hasilnya????

Aku nak berubah.. berubah kearah kebaikan.. sebab aku tak tau ntah bila ajal aku akan sampai.. jadi naklah aku bawa bekal nanti. Yang ada nie pun tak cukup.. jadi kenalah belajar tambah yang sikit nie.. tapi makin aku cuba nak berubah.. makin menjadi-jadi dugaan yang aku dapat.

Itu semua ujian... aku tau... cuma kalau yang pelawa aku tu bukan orang yang datang dari golongan yang alim-alim... takdelah aku pelik.. nie???

Ke dia nak test aku??? wahhhh... kena tahan nie.. kot-kot betul dia nak jadikan aku bini dia?? hahahahaha... mengarut pulak aku nie.. tak pe.. aku cuma bersangka baik je.. ok kan???

Tak pe.. selagi aku boleh tahan... aku tahan... doa banyak-banyak pada Allah.. biar Dia kuatkan imankan aku..

Sebenarnya bukan dia seorang je yang buat aku macam nie..

Dulu masa kat sekolah lama... ada gak ustaz yang buat aku macam tu.. geli aku dengan ustaz tu.. bujang lagi. Samalah perangai diorang nie.. nak menda yang sama je...

Kat sekolah sekarang nie pun... sama gak.. ustaz gak.. kalau bercakap tu.. tak de yang senonoh.. terutama bila bercakap dengan aku. Asik nak konar je... asik le cakap yang lucah-lucah dengan aku.

Kalau terserempak dengan dia kat kantin... memang peninglah kepala aku.. Jadi selalunya aku akan cuba mengelak dari jumpa dia.. kat mana-mana pun.

Nak keluar pegi toilet pun aku terjengah-jengah, tertinjau-tinjau... takut terserempak dengan dia.

Aku malu sebenarnya.. malu diperlakukan sebegitu.. aku tau status aku.. tapi aku tak desparate tau.. aku masih ada harga diri. Aku punya anak-anak... aku nak jadi umie yang terbaik untuk mereka.

Hampir 8 tahun aku sendiri.. aku sudah lali, cuma sesekali aku muak dihina sebegini...

Friday, February 17, 2012

Ketika Cinta....

*Wajib Tengok*


Aku bukan peminat filem.. sesekali je aku layan tengok filem samada di panggung atau di tv.
Aku bukan nak mengagungkan filem Indon.. Tapi aku minatlah tengok citer diaorang.. walaupun rasanya tak keluar kat panggung kita (ke aku yang tak tau!)

Filem kat Malaysia nie ikut trend.. kisah mat rempit, kisah bohsia, kisah hantu, kisah ustaz yang pandai lawan hantu, kisah cinta 3 segi, kisah orang-orang kaya yang kawin gan orang kampung, kisah anak derhaka, berebut harta yang berjota-jota, berebut aweks atau boifren, suami atau isteri curang (mesti ada adegan atas katil) dan macam2 lah.. sebenarnya hampir semua tak menarik minat aku.

Yang paling kelakar.. ada filem tu.. nak ngurat perempuan.. wanita idaman dialah kononnya.. dia sangup belajar wat karipap.. hahahahaha... apa ke benaknya citer 2..

Aku cuma keluarkan duit untuk beli tiket filem Ombak Rindu je.. filem-filem lain memang tak delah aku nak tengok. Citer Ombak Rindu tu pun aku tengok sebab aku nak compare kan dengan novelnya.. kalau tak.. tentu aku tak tengok.


Filem indon yang aku rasa dah berulang-ulang kali aku tengok.. Laskar Pelangi..


Airmata aku akan jadi terlalu murah bila tengok citer nie, terutama ketika Lintang balik membawa hadiah dan sijil kemenangannya didalam pertandingan kuiz.
Aku taklah menangis teresak-esak.. tapi hati aku jadi sayu dan sebak, bila melihat dia dengan bangganya mengenggam sijil dan ingin berkongsi kejayaan tersebut dengan ayahnya.. tapi sayang.. ayahnya hilang di laut.

"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya."
"Kalau nak pintar... belajar, kalau nak berhasil... usaha."

Aku juga minat dengan filem Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2. Best!!!.. kalaulah dapat lelaki seperti Abdullah Khairul Azzam.. bertuah badan rasanya.. hehehehehe... Novel nya bagus.. citernya??? tengok sendirilah...


Aku tak ingat berapa kali aku tengok citer nie.. tapi banyak lah juga. Part paling aku suka?? Ntahlah?? Semuanya aku minat kot?? sebab ada Abdullah Khairul Azzam...


Mintalah pada karyawan Malaysia.. kalau nak adaptasi filem dari novel... buatlah betul-betul.. jangan main buat je.. jadilah macam filem Ombak Rindu..
3 Doa 3 cinta.. kisah disebuah sekolah pondok. Citer nie aku tengok 2 kali je kot.. sebab selalunya tak berkesempatan nak tengok betul-betul.


Terbaru aku tengok.. walaupun aku dapat tahu yang filem nie dah lama dikeluarkan tapi tak pe.. aku masih suka tengok citer nie.. Perempuan Berkalung Sorban.


Bagi aku tak rugi kita tengok kisah yang begini.. kalau korang ada masa.. tengoklah.. aku tak nak citer panjang-panjang sebab aku bukan pengkriritk yang baik.. tapi bila korang dah tengok nanti.. nilailah sendiri.




Ada tiada rasa dalam jiwa

Rindu akan memanggil-Mu

Karna setiap jiwa t'lah bersumpah

Setia hanyalah kepada-Mu



Bila cinta ada di dalam jiwa

Wangi bunga dunia tanpa nestapa

Segala yang dirasa hanyalah Dia

Hati 'kan memuja hanya pada-Nya




Ketika cinta memanggil

Gementar tubuhku

Ketika cinta memanggil

Hangatnya nafasku

Ketika cinta memanggil

Menderu sang rindu

Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu

Memanggil-manggil nama-Mu



Seperti terbang di langit-Mu

Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu

Melebur menjadi satu

Bagai menari diiringi pelangi

Ketika cinta memanggil


p/s : tengah google filem Dibawah Lindungan Kaabah - adaptasi dari novel HAMKA

Jumaatan...

Hari Jumaat yang lambat.. aku bengang pagi nie.. bengang dengan kesilapan sendiri.

Aku terrrrrbangun lambat.. lambat sangat-sangat..

Biasanya aku akan mulakan hari seawal 5.30 pagi. Tapi pagi nie.. boleh masa hari ini dalam sejarah aku kelewatan.. aku terjaga 6.31 pagi.

Bingkas aku bangun.. bukan mata, tangan dan kaki aku je yang bangun.. mulut aku pun terbangun sekali. Kalau burung murai dok sebelah aku mesti dia pun angkat bendera putih... sebab kicauan mulut aku lebih hebat dari dia.

Aku bangunkan Adib dan Dani. Syukur Lyana sekolah sessi petang. Anak buah aku dah siap pakai baju.. tapi boleh dia tak tolong kejutkan aku?? Angin betul... bukan tu je.. air pun dia tak tolong masakkan..

Kalau korang nak tengok kelajuan aku bersiap pagi tadi.. bolehlah korang FF kan astro PVR korang... Tapi rasanya laju lagi aku bersiap.. Yang pastinya tetap jam 7.00 pagi aku dah start enjin keta.. Syukur aku boleh manage semuanya dalam masa yang singkat.

Kiranya aku bersiap dengan mandi.. siapkan sarapan (air milo, roti gan kaya je), makeup2.. pakai baju dan tudung dengan hanya 29 minit saja..

Tempat tido, aku minta tolong Lyana kemaskan.

Eeeeeiii.. camnelah aku boleh tak dengar bunyi alarm kan?? hehehehehe... nasib baik aku terjaga.. kalau langsung tak terjaga.. atau... terjaga dah kul 7.30 pagi.. mahu Adib n Dani terpaksa ponteng..

Ooooohh... lupa.. semalam aku cuti.. mungkin sebab tu mata aku pun ingat hari nie aku cuti lagi.. (mata yang ingat.. hehehehe)

Aku cuti sebab nak bawa Adib pegi check mata di Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Memang setiap 6 bulan dia akan jumpa doktor pakar mata. Adib juling air sikit.. kadang-kadang dia akan pening.. rasanya dah dekat 3 tahun aku berulang alik hospital semata-mata nak check mata dia..

Awal-awal dulu.. kena datang 3 bulan sekali.. masuk tahun ke-2.. naik 6 bulan..

Semalam.. dah ambil keputusan.. tak payah datang lagi sebab dah banyak berlaku perubahan pada matanya.. Dia pun dah kurang pening-pening. Keadaan Adib bertambah baik. Juling nya tu.. doktor cakap boleh dibedah.. tapi kena tunggu umur dia 18 tahun. Aku cepat-cepat geleng kepala... biarlah mata dia macam tu.. sebab bukan teruk sangat pun.

Doktor pun cakap.. juling akan nampak ketara kalau mata dia dapat tekanan bila dipaksa memandang objek yang jauh terlalu pantas.. Objek dekat.. ok jek.. kiranya pembedahan tu bukan 1 keperluan.

Alhamdulillah.. keadaan Adib bertambah baik..

Malam sebelumnya.. Rabu malam Khamis.. aku rasa nak gugur jantung aku.. tengah-tengah memandu balik hantar Adib tuisyen.. Lyana telefon..

Lyana " Umie.. jangan panik tau.. umie kena istigfar banyak-banyak."

Aku dah cuak..

Lyana " Baby kena gigit lipan."

Umie "AAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH."

* umie yang histeria*

Lagi aku fobia mendaalah tu.. aduyaiiiiii....baby aku...

Aku dah pecut dah.. dah cilok mencilok dah.. tapi tak pakai tali kledar.. (ikut stail iklan Acha Septriasa kat ERA)..

Sampai depan rumah.. semua dah menunggu.. Dani menangis teresak-esak..

Mungkin bisa dah mula menjalar.. Malam tu dapatlah dia cocokan kat punggung dari En. MA, Unit Kecemasan Hospital Tangkak (ooopppssss!!!). Makan ubat tahan sakit.. dani tertido.... MC sehari..

Rupanya mendaalah tu dah masuk dalam baju dia. Camnelah dia masuk ek?? Seriau aku..

Nasib baik menda tu kecik je.. anak dia je.. kaler hitam kecik.. kalau yang beso dan kaler merah menyala??? Alaahhhhaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... lemah semangat aku..

Keliling rumah penuh dengan pokok sawit.. orang kata memang akan banyak menda tu.. ye ke??

Rasa macam nak jumpa je dengan toky kbun tu..
"Tokey.. tebanglah sawit nie tokey.. tanam pokok getah je, boleh gak saya tolong norehkan."

Mau kena sekel aku gan tokey tu.. bapak classmate aku dulu.. hehehehe...

Apapun.. selamat berJumaat pada semua.. Yang lelaki.. jangan lupa pegi masjid tau.. tapi bukan pegi solat je.. masa imam doa lepas solat tu.. tadah lah tangan sama.. aminkan doa imam tu.. Nie tak.. lepas je bagi salam.. tak sempat berdoa dah berduyun-duyun jemaah keluar. Sayang sungguh...

Aku bukan cakap sebarang ek.. dah beberapa minggu nie aku peratikan situasi yang berlaku. Aku tunggu Adib dan Dani di tempat parking kereta.. lepas je bagi salam.. berebut-rebut jemaah keluar. Cian aku kat imam tu.. sebab berapa kerat je jemaah yang mengaminkan doa dia..

Janganlah macam tu abang-abang.. adik-adik.. tunggulah.. kejap je... tak lama pun..

p/s : Adib dan Dani aku dah warning.. jangan buat macam tu.. umie tak suka...

Wednesday, February 15, 2012

Sentap 2012

Aku malas nak citer apa-apa.. tengah mood menyentap nie..

Aku dah fikir dah.. aku perlu pindah..

Penyewa pun dah beli rumah dan akan pindah 5-6 bulan lagi.. jadi 5-6 bulan lagi.. aku akan dok umah aku sendiri.

Aku akan tinggal dengan anak-anak aku sendirian. Aku akan besarkan mereka dengan cara aku..

Aku hanya akan tinggal 4 beranak je.. memikirkan apa yang bakal berlaku aku teruja.. walaupun ada perasaan takut.. tapi aku kena kuat. Aku kena belajar hadapi sendiri kenyataan hidup. Aku tak nak lagi bergantung hidup dengan menumpang dirumah orang.. walaupun keluarga sendiri.

Terus terang aku cakap.. sebanyak mana pun aku lakukan.. tetap tak dipandang. Sindiran yang selalu disumbat ditelinga aku " APA YANG KAU TAHU?? KAU CUMA TAHU BASUH DAN LIPAT BAJU ANAK-ANAK KAU SAJA."

Ok.. aku tak nak lagi dengar sindiran tu.. sumbangan aku.. sampai kering duit simpanan dikerjakan.. masih dianggap tiada apa-apa.. lebih baik pergi.. lebih baik aku keluar.. aku tak rela diperlekehkan lagi..

Biar kali nie.. aku yang tentukan hidup aku sendiri.. makan telur sebiji kongsi 4 beranak pun.. tak apa.. asalkan mental aku tak terseksa lagi...

Selain itu... aku dah tak nak campur lagi dengan hal rumahtangga orang. Mula-mula beria-ia nak minta tolong aku. Nasib baik aku nie tak teruja sangat nak tolong dia.. just nasihat sikit2 je.. kalau aku ikut permintaan dia bawa dia pergi jumpa bomoh ke, hantar dia ngendap suami dia ke.. tentu lagi teruk aku kena..

Tak pasal-pasal hari tu dia meroyan sms aku.. minta aku jangan komen apa-apa kat FB tentang suami dia.. Dia cakap mereka gadoh pasal komen aku kat wall FB aku.. Dan-dan tu aku buka FB aku dan mula tengok kat wall aku yang baru dan lama-lama.. ada ke aku komen tentang suami dia.. Tak de.. jadi camne plak dia cakap aku komen tentang suami dia.

Aku tak balas sms dia.. aku diamkan diri.. dan tetiba je semalam dia sms aku minta nasihat aku semula. Aku tak balas.. Isnin malam dia sms lagi.. aku diam juga.. petang semalam dia cari aku kat gate sekolah Lyana.. aku nampak dia aku terus blah.. (nasib baik Lyana dah keluar)

Malam tadi dia sms lagi dan cakap nak ajak aku pegi pejabat agama.. tapi aku tak layan.. aku dah malas dah.. Lantak kau lah perempuan.. dari kita nak tolong tetiba ko wat hal plak.. nasib ko lah kan.. tak kosa aku nak layan..

Kawan aku Ecah pun dah kena.. Liza pun kena.. dia cakap gan kitaorang bertiga lain.. dia citer gan suami dia lain.. Patutlah suami ko cari lain.. ko punya perangai pun macam orang meroyan.. depan lain.. belakang lain.. Eeeeiiii.. tak faham aku.. Kalau kita tak jujur dengan diri kita.. jangan haraplah orang nak jujur dengan kita...

Kes terakhir yang buat aku sentap... Akak aku yang no 3.. dia cakap gan mak aku.. dia cemburukan suami dia dengan aku... Bangang punya statement.. Nie betul-betul punya sentap.

Aku sampai nie dok pelik.. bila masa aku berbaik-baik dengan suami dia?? Cemburu buta betul!!!!.. ko tu akak aku.. tak yah nak cemburu dengan aku.. aku tak nak kat laki ko.. Ramai lagi jantan lain yang aku boleh cari.. takde nya aku nak naya adik beradik aku sendiri.

Aku sedih sebab kalau orang luar yang cemburu dengan aku.. aku tak kisah sebab dah biasa dah.. lumrah pada aku.. dah jadi macam makanan aku bila orang luar cemburu pada aku, yelah takut-takut aku kebas laki diaorang.. maklumlah dengan status aku nie.. Tapi bila adik beradik sendiri cemburu tak tentu pasal.. buat aku berfikir dan rasa macam.. jahat sangat ke janda nie??? bukan janda yang lain.. tapi janda yang nie.. yang dok menaip nie... eeiiii......... sentappppppppppppp....

p/s : Langkah terbaik.. aku kena kawin.. eemm... nak pinang sapa ek???

Saturday, February 4, 2012

Ubatilah Jantung Aku...



Memandu kat tangkak nie memang memerlukan kesabaran yang tinggi... amat tinggi.. amat.. amat.. amat.. tinggi.. Kalau rasanya korang panas baran... adalah lebih baik korang elakkan diri memandu kat sini..

Tak.. tak.. kalau korang tak panas baran pun.. akan jadi panas baran sebab... memang akan sakit hati.. sakit jiwa raga.. sakit mata.. sakit mulut.. sakit tangan... dan segala macam sakit.. kira kasi pakej lah ye.. serba berdiri sakit korang... macam hantaran kawinlah.. ada yang serba satu.. ada yang serba dua.. dan yang paling pengantin lelaki takut.. bila mak bapak pengantin perempuan kenakan yang serba berdiri.

Dari hujung rambut sampai hujung kaki barang kemas ko kena kasi. Kalau minta emas sekecil misai udang... oklah juga kan.. nie mintanya sebeso tali basikal.. sampai anak 5 pun... belum tentu ko abis bayo utang.... dah!!! merepek lak aku...

Balik kita pada citer asal.. (pantang dapat keypad aku nie.. ada je nak menceceh).

Sebenarnya aku dah lama nak post entry nie.. tapi sebab aku nie malas nak buat karangan.. jadi aku pun pendam kan saja citer aku...

Aku rasalah.. dalam keadaan dunia sekarang nie kan.. manusia dah makin hilang perasaan mengambil kisah perasaan orang lain. Ego.. dan hanya membenarkan diri sendiri saja.. maksudnya.. aku je yang betul... aku punya suka.. ada aku kesah tentang orang lain?? dan yang sewaktu dengannya lah..

Kalau korang memandu kat tangkak nie kan.. macam-macam jenis pemandu yang korang akan jumpa.. nie tak kira bangsa ek... cina, melayu dan india semuanya sama..

Aku.... kalau memandu kat sini.. memang jantung aku akan berdegup kencang.. mata aku akan sakit.. mulut aku pun ringan je... lidah aku dah berpintal-pintal dah macam lidah mengkarung.. hidung?? kembang kempis.. kembang kempis.. dah macam hidung naga si MERLIN tu... tapi ruginya yang keluar dari hidung aku cuma nafas.. ataupun... **** yang lupa aku nak buangkan masa mandi.. Kalaulah ada api yang keluar macam naga si MERLIN tu.. mau aku apikan semua pemandu yang buat aku sakit.

Gambar-gambar yang yang kat atas tu berlaku kat Jalan Solok Ledang... aku amik tahun lepas.. 2 kali lampu isyarat tukar warna tau.. aku masih tak bergerak dari belakang lori tu... Diaorang nie turunkan barang pada waktu tengahari... waktu budak-budak balik sekolah.. orang-orang keluar pejabat. Jalan nie plak 2 lane je.. jadi korang kena amik giliran. Kiranya lori nie dah parking double..

Yang buat aku geram.. aku tak nampak plak penguatkuasa Majlis atau polis.. Napa?? sebab diaorang cha nun ya alip ke??? Aku gerenti.. kalau orang melayu yg buat... dah kena saman dah.. Aku siap bunyikan hon sebab dah lambat nak amik anak-anak sekolah dan masuk semula ke pejabat. Tapi yang dok punggah-punggah barang nie.. wat muka toye je.. macam tak bersalah langsung..

Jalan nie juga.. kalau tengahari akan memang penuh dengan orang-orang angkat sayur... bertambah-tambah sebok tau.. aku cuba elak lalu jalan nie.. lalu jalan jauh.. tapi masalah lain pulak akan timbul..

Aku tak tau kenapa diaorang kena angkat sayur-sayur tu waktu tengahari... kenapa tak ditempatkan diorang nie semua kat 1 tempat lain yang lebih luas dan tak mengganggu pengguna jalan raya yang lain. Korang nie dah kena suap ke apa??? Eeeeii.. migrain aku...

Bukan kisah nie saja yang aku nak kongsikan.. ada juga kisah sikap pemandu-pemandu atau penunggang motosikal yang menjadi raja kat jalanraya. Kat bawah nie aku listkan ek.. tapi sikit jelah...



1. Nak masuk simpang tak reti kasi signal

- Tombol signal aku ada berlian, kalau guna takut gugur berlian tu... Rugi I tauuu...


2. Bawa motor tengah-tengah jalan.. slow dan steady je.. macam Rajesh Khanna bawa Hema Malini pegi jalan-jalan sambil nyanyi riang..

- Aku ada motor.. KAU ADA??? .. Aku nak feeling-feeling macam jalan tepi pantai..


3. Parking double walaupun tau kereta kat belakang dah berderet tunggu.. sementara tu dia nak shopping kat kedai 4D atau beli rokok.

- Kereta aku paling kuat macam kereta kebal sebab boleh parking double.. orang-orang belakang aku... lantak koranglah.. nak jalan... tunggu!!!


4. Buat u-turn suka mak bapak dia je... kita pulak yang kena kasi dia jalan.

- Akulah driver paling berani kat dunia sebab boleh buat U-turn sesuka hati.. korang jangan cuba-cuba nak hon aku... ada aku kesah???


5. Bawa kereta macam siput babs... disaat pengguna jalan raya lain berlumba-lumba nak masuk keje atau hantar anak sekolah.

- Aku baru lepas joging kat taman.. lepas nie nak pekena roti telur dan teh tarik kat kedai Ravi.. bukan nak masuk opis pun.. biarlah orang lain nak bawa laju-laju.. sapa soh keje???


6. Bawa kereta macam siput babs... dah tu kejap-kejap brek.. kejap-kejap brek..

- Aku takutlah keta yang datang dari depan... dia nak langgar aku ke?? Taklah.. dia tak nak langgar.. hehehehe.. sebenarnya, aku saja je nak test brek aku.. makan ke tak?? Macam makan.. macam tak.. eehh... nak cuba brek lagi lah... lagi.. dan lagi.. dan lagi... main brek...



7. Bawa kereta macam siput babs... tangan pegang handphone dan letak kat telinga.

- Alah.. U buat I malu je.. I pun rindu kat U.. (tunduk malu sambil tersenyum simpul).. I tengah drive nie tapi tak pe.. I pakai Hansfree.. ehh???

- Aku tengah uruskan bisnes aku nie.. aku orang yang paling sebok dalam dunie tau.. Sebab tu dalam kereta pun aku guna telefon.. nasib baik tangan aku ada 2.. kalau banyak macam sotong.. compom gan IPAD.. gan TAB.. gan LAPTOP aku guna..



8. Tak pakai helmet naik motor.. kasi signal kiri.. tapi motor kejap ketepi.. kejap ketengah... last-last belok kanan..

- OPPSSS.. sori ek?? ingat kedai tu kat sebelah kiri.. rupanya sebelah kanan.. Bila ntah kedai nie pindah.. Helmet?? alah pegi dekat je.. tak yah le pakai helmet.. lagipun kepala i keras macam batu nisan.. tak pecah punya... BTW.. i baru je lepas rebonding rambut.. nak try.. dah kena angin, boleh lurus semula tak?? Ooohhh!!!!... GUNA JARI PUN BOLEHHHHH...

- Apak wa manyak luit... Lu saman.. tatak problem punye.. Apak wa bulih bayar... CEI SINNN....


9. Keluar simpang ikut suka mak bapak dia...

- Ko langgo bontot aku.. ko bayo.. Sapa suruh bawa laju-laju???


Aduhhhh!!!.. penatlah otak aku nak memikirkan hal nie. Sesak napas tau... Malas dah nak citer lagi.. aku dah nak pitam nie.. rasa nak putus urat leher aku sebab stress...

Cukuplah ek?? Itu je yang boleh aku syerkan gan korang semua.. rasanya yang lain-lain.. korang boleh fikir sendiri.

Malang sungguh bila ada diantara kita yang hanya mementingkan diri sendiri saja dan tak peduli langsung perasaan orang lain. Kita anggap kita hebat.. berkuasa.. punya duit dan berhak atas jalanraya nie.. tapi sebenarnya kita lupa ada yang "lebih" dari kita...

Aku harap semoga semua kawan-kawan aku tak seperti yang aku citerkan tadi...

Jangan sampai dah terhantuk baru nak terngadah..


p/s : Tapi kan.. orang yang pentingkan diri sendiri nie... dia hidup.. orang yang tak bersalah pulak hilang nyawa atau cedera.

Thursday, February 2, 2012

Ini Iklan Free Juga...

Nie iklan lagi... anak buah yang sama.. dia dok rumah.. asik buat kuih je.. tapi aku untung sebab kalau kenduri atau hari raya.. bahagian untuk rumah aku nie.. memang akan ada.. cucu atok.... hehehehehe...

Sekarang nie bukan semua tempat ada orang melayu yang buat kek.. bangsa lain memang ada... tapi kita nak cari yang halal..

Aku suka kek coklat tu.. dia buat masa nak kenduri aqiqah haritu.. aku dapat makan.. tapi 2 potong je kot aku makan... bz le masa tu...

Yang kek siap sampul tu.. boleh dibuat untuk kasi kat tetamu kalau buat kenduri kawin.. letak dalam beg.. kek nya yg bawah sekali.. harga?? rundinglah dengan dia.. pegi check it out kat blog dia ek???

sapa-sapa nak order.. jengah-jengahlah laman dia...

http://ququpunya.blogspot.com/









Ini Iklan Free...

Aku nie rajin sangat nak tolong orang kan??? hehehehe.. nie anak buah aku punya bisnes.. banyak lagi yang dia jual... tapi aku cuma upload gambar-gambar nie je...
Harganya memang murah.. diantara RM30 - RM50.

Sapa-sapa yang berkenan.. boleh lah lawat blog dia ek...

http://inspired-collection.blogspot.com















Harap-harap.. adalah yang sudi... hehehe...

Wednesday, February 1, 2012

Bukan Mengeluh Tau....

Aku tak mengeluh.. aku cuma kepenatan.

Biasalah.. awal tahun, banyak perkara yang harus aku selesaikan. Dari kerja-kerja di pejabat.

Siapkan takwim.. sebenarnya boss aku yang sediakan, aku cuma taip je.. tapi kenalah juga buat cantik-cantik.. biar sedap mata memandang sebab nak tampal kat notice board.. Bukan notice board apa pun.. just dinding opis aku yang lembut tu tapi aku hiaskan cantik-cantiklah.. biar nampak kemas. Atleast orang tengok.. nak jugalah orang membacanya dan sedap mata memandang...

Itu takwim aktiviti setahun opis aku.. takwim individu yang aku siapkan dalam bentuk buku untuk setahun.. pun kena buat gak. Tak termasuk sasaran kerja tahunan, senarai tugas harian, minit-minit mesyuarat yang perlu aku setelkan.. minggu depan dah nak start mesyuarat. 3 mesyuarat yang akan menyusul.. untuk bulan 2 saja.. tak termasuk mesyuarat daerah yang aku kena attend.. sebab bulan 1 aku dah jadi wakil.. bulan 2 pun kenalah aku jadi wakilnya juga.

Macamlah pangkat aku nie beso beno kan?? padahal kerani je. hehehehe... tak delah... maksud aku.. menda-menda nie aku kena buat bagi pihak opis aku. Kalau nak mesyuarat aku kena sediakan semua dokumen permohonan peruntukan. Aku kena jadi urusetia.. pastikan makan minum ada..

lagi 1.. Aku wakil kerani daerah nie.. mesyuarat sasaran kerja pun aku yang kena pegi.. itulah.. banyak sangat mulut aku nie.. sapa soh asik bercakap je.. maksud aku.. aku nie asik bagi cadangan je.. sebab tu diaorang masukkan nama aku. Cuba fikir.. mana aku tak bercakap.. ketua bagi kerani daerah nie.. nama je ketua.. tapi rasanya macam tak de function pun. Masa mesyuarat.. dia senyap je. Kalau dia pegi mesyuarat negeri wakil kerani negeri.. tak pernah aku tengok dalam minit mesyuarat dia ada cadangkan atau ajukan apa-apa masalah yang kerani hadapi.

Yang paling tak boleh blah.. kalau ada kursus/bengkel untuk kerani dan ada slot untuk rumusan.. masa tulah dia akan bagi aku 1 "novel" pendapat atau cadangan.. atau yang lebih parah.. komplen.. macam-macam yang dia tulis dalam tu.. soh aku sampaikan.

Kiranya kalau aku sampaikan.. menda tu akan datang dari mulut aku lah.. yang nak kena pangkah muka pun.. akulah kan?? pandai wooo mamat nie.. kiranya aku jadi kambing putih (tak nak jadi kambing itam.. tak lawa). Dulu yelah.. aku macam terima je.. tapi tak sekarang... aku dah malas dah.. biasanya kalau dia kasi aku "novel" tu.. aku akan simpan atau aku direct kasi kat pegawai yang bertugas. Aku cakap.. dia kasi.. hehehehe.. jahat kan aku nie?? Bukanlah.. asik aku je kena chop mulut longkang.. sesekali nak juga geng mulut longkang.. hehehehe...

Yang kat pejabat 1 hal aku nak kena layan.. yang kat rumah lagi....

Aku bukan apa.. penat sangat sebenarnya..

Pagi hantar Adib dan Dani pegi sekolah (Lyana sekolah sessi petang) .. tengahari amik.. bawa balik rumah.. makan-makan... hantar sekolah agama lak.. lepas tu aku masuk opis. Petang balik keje.. jam 6 aku amik dari sekolah agama terus hantar mengaji. Setel ngaji dalam kul 6.30.. aku pegi jemput Lyana balik plak. Sampai rumah dalam kul 7.00 malam.. aku siap-siap.. 7.45malam.. hantar Adib pegi tuisyen. 9.30 malam balik.. Minyak keta pun dah macam air kencing dah.. laju je keluar.. hehehehe...

Aku tak nak mengeluh sebab itu tanggungjawab aku.. aku just nak share citer gan pembaca semua. Tak boleh nak share gan Xhb aku.. nanti tak pasal-pasal dia minta, dia plak jaga anak.. hah!! aku yang melopong nanti. Biarlah aku penat.. biarlah aku macam nie.. janji anak-anak ada depan mata aku. Tak sanggup berpisah.

Kadang-kadang masa nak tido kan... aku membayangkan anak-anak dah besar. Dah nak masuk U atau asrama. Masa tu gak aku tak boleh nak tido... macam-macam yang datang dalam kepala aku. Aduh.. menakutkan.. lagilah dalam keadaan pergaulan remaja sekarang. Terlalu sosial.. pegilah mana-mana shopping compleks.. remaja kita berkumpul dengan pelbagai jenis ragam dan fesyen pakaian. Menakutkan.. minta dijauhkan... Tak boleh nak cakap banyak-banyaklah.. takut terkena batang hidung sendiri.

Aku berdoa pada Allah.. agar anak-anak aku membesar dalam persekitaran yang sihat walaupun ada kekurangan.. tapi aku cuba untuk pastikan mereka tak rasa sangat kekurangan tersebut.



p/s : aku pun tak tau apa motif entry nie..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails