Friday, February 17, 2012

Jumaatan...

Hari Jumaat yang lambat.. aku bengang pagi nie.. bengang dengan kesilapan sendiri.

Aku terrrrrbangun lambat.. lambat sangat-sangat..

Biasanya aku akan mulakan hari seawal 5.30 pagi. Tapi pagi nie.. boleh masa hari ini dalam sejarah aku kelewatan.. aku terjaga 6.31 pagi.

Bingkas aku bangun.. bukan mata, tangan dan kaki aku je yang bangun.. mulut aku pun terbangun sekali. Kalau burung murai dok sebelah aku mesti dia pun angkat bendera putih... sebab kicauan mulut aku lebih hebat dari dia.

Aku bangunkan Adib dan Dani. Syukur Lyana sekolah sessi petang. Anak buah aku dah siap pakai baju.. tapi boleh dia tak tolong kejutkan aku?? Angin betul... bukan tu je.. air pun dia tak tolong masakkan..

Kalau korang nak tengok kelajuan aku bersiap pagi tadi.. bolehlah korang FF kan astro PVR korang... Tapi rasanya laju lagi aku bersiap.. Yang pastinya tetap jam 7.00 pagi aku dah start enjin keta.. Syukur aku boleh manage semuanya dalam masa yang singkat.

Kiranya aku bersiap dengan mandi.. siapkan sarapan (air milo, roti gan kaya je), makeup2.. pakai baju dan tudung dengan hanya 29 minit saja..

Tempat tido, aku minta tolong Lyana kemaskan.

Eeeeeiii.. camnelah aku boleh tak dengar bunyi alarm kan?? hehehehehe... nasib baik aku terjaga.. kalau langsung tak terjaga.. atau... terjaga dah kul 7.30 pagi.. mahu Adib n Dani terpaksa ponteng..

Ooooohh... lupa.. semalam aku cuti.. mungkin sebab tu mata aku pun ingat hari nie aku cuti lagi.. (mata yang ingat.. hehehehe)

Aku cuti sebab nak bawa Adib pegi check mata di Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Memang setiap 6 bulan dia akan jumpa doktor pakar mata. Adib juling air sikit.. kadang-kadang dia akan pening.. rasanya dah dekat 3 tahun aku berulang alik hospital semata-mata nak check mata dia..

Awal-awal dulu.. kena datang 3 bulan sekali.. masuk tahun ke-2.. naik 6 bulan..

Semalam.. dah ambil keputusan.. tak payah datang lagi sebab dah banyak berlaku perubahan pada matanya.. Dia pun dah kurang pening-pening. Keadaan Adib bertambah baik. Juling nya tu.. doktor cakap boleh dibedah.. tapi kena tunggu umur dia 18 tahun. Aku cepat-cepat geleng kepala... biarlah mata dia macam tu.. sebab bukan teruk sangat pun.

Doktor pun cakap.. juling akan nampak ketara kalau mata dia dapat tekanan bila dipaksa memandang objek yang jauh terlalu pantas.. Objek dekat.. ok jek.. kiranya pembedahan tu bukan 1 keperluan.

Alhamdulillah.. keadaan Adib bertambah baik..

Malam sebelumnya.. Rabu malam Khamis.. aku rasa nak gugur jantung aku.. tengah-tengah memandu balik hantar Adib tuisyen.. Lyana telefon..

Lyana " Umie.. jangan panik tau.. umie kena istigfar banyak-banyak."

Aku dah cuak..

Lyana " Baby kena gigit lipan."

Umie "AAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH."

* umie yang histeria*

Lagi aku fobia mendaalah tu.. aduyaiiiiii....baby aku...

Aku dah pecut dah.. dah cilok mencilok dah.. tapi tak pakai tali kledar.. (ikut stail iklan Acha Septriasa kat ERA)..

Sampai depan rumah.. semua dah menunggu.. Dani menangis teresak-esak..

Mungkin bisa dah mula menjalar.. Malam tu dapatlah dia cocokan kat punggung dari En. MA, Unit Kecemasan Hospital Tangkak (ooopppssss!!!). Makan ubat tahan sakit.. dani tertido.... MC sehari..

Rupanya mendaalah tu dah masuk dalam baju dia. Camnelah dia masuk ek?? Seriau aku..

Nasib baik menda tu kecik je.. anak dia je.. kaler hitam kecik.. kalau yang beso dan kaler merah menyala??? Alaahhhhaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... lemah semangat aku..

Keliling rumah penuh dengan pokok sawit.. orang kata memang akan banyak menda tu.. ye ke??

Rasa macam nak jumpa je dengan toky kbun tu..
"Tokey.. tebanglah sawit nie tokey.. tanam pokok getah je, boleh gak saya tolong norehkan."

Mau kena sekel aku gan tokey tu.. bapak classmate aku dulu.. hehehehe...

Apapun.. selamat berJumaat pada semua.. Yang lelaki.. jangan lupa pegi masjid tau.. tapi bukan pegi solat je.. masa imam doa lepas solat tu.. tadah lah tangan sama.. aminkan doa imam tu.. Nie tak.. lepas je bagi salam.. tak sempat berdoa dah berduyun-duyun jemaah keluar. Sayang sungguh...

Aku bukan cakap sebarang ek.. dah beberapa minggu nie aku peratikan situasi yang berlaku. Aku tunggu Adib dan Dani di tempat parking kereta.. lepas je bagi salam.. berebut-rebut jemaah keluar. Cian aku kat imam tu.. sebab berapa kerat je jemaah yang mengaminkan doa dia..

Janganlah macam tu abang-abang.. adik-adik.. tunggulah.. kejap je... tak lama pun..

p/s : Adib dan Dani aku dah warning.. jangan buat macam tu.. umie tak suka...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails