Wednesday, February 1, 2012

Bukan Mengeluh Tau....

Aku tak mengeluh.. aku cuma kepenatan.

Biasalah.. awal tahun, banyak perkara yang harus aku selesaikan. Dari kerja-kerja di pejabat.

Siapkan takwim.. sebenarnya boss aku yang sediakan, aku cuma taip je.. tapi kenalah juga buat cantik-cantik.. biar sedap mata memandang sebab nak tampal kat notice board.. Bukan notice board apa pun.. just dinding opis aku yang lembut tu tapi aku hiaskan cantik-cantiklah.. biar nampak kemas. Atleast orang tengok.. nak jugalah orang membacanya dan sedap mata memandang...

Itu takwim aktiviti setahun opis aku.. takwim individu yang aku siapkan dalam bentuk buku untuk setahun.. pun kena buat gak. Tak termasuk sasaran kerja tahunan, senarai tugas harian, minit-minit mesyuarat yang perlu aku setelkan.. minggu depan dah nak start mesyuarat. 3 mesyuarat yang akan menyusul.. untuk bulan 2 saja.. tak termasuk mesyuarat daerah yang aku kena attend.. sebab bulan 1 aku dah jadi wakil.. bulan 2 pun kenalah aku jadi wakilnya juga.

Macamlah pangkat aku nie beso beno kan?? padahal kerani je. hehehehe... tak delah... maksud aku.. menda-menda nie aku kena buat bagi pihak opis aku. Kalau nak mesyuarat aku kena sediakan semua dokumen permohonan peruntukan. Aku kena jadi urusetia.. pastikan makan minum ada..

lagi 1.. Aku wakil kerani daerah nie.. mesyuarat sasaran kerja pun aku yang kena pegi.. itulah.. banyak sangat mulut aku nie.. sapa soh asik bercakap je.. maksud aku.. aku nie asik bagi cadangan je.. sebab tu diaorang masukkan nama aku. Cuba fikir.. mana aku tak bercakap.. ketua bagi kerani daerah nie.. nama je ketua.. tapi rasanya macam tak de function pun. Masa mesyuarat.. dia senyap je. Kalau dia pegi mesyuarat negeri wakil kerani negeri.. tak pernah aku tengok dalam minit mesyuarat dia ada cadangkan atau ajukan apa-apa masalah yang kerani hadapi.

Yang paling tak boleh blah.. kalau ada kursus/bengkel untuk kerani dan ada slot untuk rumusan.. masa tulah dia akan bagi aku 1 "novel" pendapat atau cadangan.. atau yang lebih parah.. komplen.. macam-macam yang dia tulis dalam tu.. soh aku sampaikan.

Kiranya kalau aku sampaikan.. menda tu akan datang dari mulut aku lah.. yang nak kena pangkah muka pun.. akulah kan?? pandai wooo mamat nie.. kiranya aku jadi kambing putih (tak nak jadi kambing itam.. tak lawa). Dulu yelah.. aku macam terima je.. tapi tak sekarang... aku dah malas dah.. biasanya kalau dia kasi aku "novel" tu.. aku akan simpan atau aku direct kasi kat pegawai yang bertugas. Aku cakap.. dia kasi.. hehehehe.. jahat kan aku nie?? Bukanlah.. asik aku je kena chop mulut longkang.. sesekali nak juga geng mulut longkang.. hehehehe...

Yang kat pejabat 1 hal aku nak kena layan.. yang kat rumah lagi....

Aku bukan apa.. penat sangat sebenarnya..

Pagi hantar Adib dan Dani pegi sekolah (Lyana sekolah sessi petang) .. tengahari amik.. bawa balik rumah.. makan-makan... hantar sekolah agama lak.. lepas tu aku masuk opis. Petang balik keje.. jam 6 aku amik dari sekolah agama terus hantar mengaji. Setel ngaji dalam kul 6.30.. aku pegi jemput Lyana balik plak. Sampai rumah dalam kul 7.00 malam.. aku siap-siap.. 7.45malam.. hantar Adib pegi tuisyen. 9.30 malam balik.. Minyak keta pun dah macam air kencing dah.. laju je keluar.. hehehehe...

Aku tak nak mengeluh sebab itu tanggungjawab aku.. aku just nak share citer gan pembaca semua. Tak boleh nak share gan Xhb aku.. nanti tak pasal-pasal dia minta, dia plak jaga anak.. hah!! aku yang melopong nanti. Biarlah aku penat.. biarlah aku macam nie.. janji anak-anak ada depan mata aku. Tak sanggup berpisah.

Kadang-kadang masa nak tido kan... aku membayangkan anak-anak dah besar. Dah nak masuk U atau asrama. Masa tu gak aku tak boleh nak tido... macam-macam yang datang dalam kepala aku. Aduh.. menakutkan.. lagilah dalam keadaan pergaulan remaja sekarang. Terlalu sosial.. pegilah mana-mana shopping compleks.. remaja kita berkumpul dengan pelbagai jenis ragam dan fesyen pakaian. Menakutkan.. minta dijauhkan... Tak boleh nak cakap banyak-banyaklah.. takut terkena batang hidung sendiri.

Aku berdoa pada Allah.. agar anak-anak aku membesar dalam persekitaran yang sihat walaupun ada kekurangan.. tapi aku cuba untuk pastikan mereka tak rasa sangat kekurangan tersebut.



p/s : aku pun tak tau apa motif entry nie..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails