Wednesday, February 15, 2012

Sentap 2012

Aku malas nak citer apa-apa.. tengah mood menyentap nie..

Aku dah fikir dah.. aku perlu pindah..

Penyewa pun dah beli rumah dan akan pindah 5-6 bulan lagi.. jadi 5-6 bulan lagi.. aku akan dok umah aku sendiri.

Aku akan tinggal dengan anak-anak aku sendirian. Aku akan besarkan mereka dengan cara aku..

Aku hanya akan tinggal 4 beranak je.. memikirkan apa yang bakal berlaku aku teruja.. walaupun ada perasaan takut.. tapi aku kena kuat. Aku kena belajar hadapi sendiri kenyataan hidup. Aku tak nak lagi bergantung hidup dengan menumpang dirumah orang.. walaupun keluarga sendiri.

Terus terang aku cakap.. sebanyak mana pun aku lakukan.. tetap tak dipandang. Sindiran yang selalu disumbat ditelinga aku " APA YANG KAU TAHU?? KAU CUMA TAHU BASUH DAN LIPAT BAJU ANAK-ANAK KAU SAJA."

Ok.. aku tak nak lagi dengar sindiran tu.. sumbangan aku.. sampai kering duit simpanan dikerjakan.. masih dianggap tiada apa-apa.. lebih baik pergi.. lebih baik aku keluar.. aku tak rela diperlekehkan lagi..

Biar kali nie.. aku yang tentukan hidup aku sendiri.. makan telur sebiji kongsi 4 beranak pun.. tak apa.. asalkan mental aku tak terseksa lagi...

Selain itu... aku dah tak nak campur lagi dengan hal rumahtangga orang. Mula-mula beria-ia nak minta tolong aku. Nasib baik aku nie tak teruja sangat nak tolong dia.. just nasihat sikit2 je.. kalau aku ikut permintaan dia bawa dia pergi jumpa bomoh ke, hantar dia ngendap suami dia ke.. tentu lagi teruk aku kena..

Tak pasal-pasal hari tu dia meroyan sms aku.. minta aku jangan komen apa-apa kat FB tentang suami dia.. Dia cakap mereka gadoh pasal komen aku kat wall FB aku.. Dan-dan tu aku buka FB aku dan mula tengok kat wall aku yang baru dan lama-lama.. ada ke aku komen tentang suami dia.. Tak de.. jadi camne plak dia cakap aku komen tentang suami dia.

Aku tak balas sms dia.. aku diamkan diri.. dan tetiba je semalam dia sms aku minta nasihat aku semula. Aku tak balas.. Isnin malam dia sms lagi.. aku diam juga.. petang semalam dia cari aku kat gate sekolah Lyana.. aku nampak dia aku terus blah.. (nasib baik Lyana dah keluar)

Malam tadi dia sms lagi dan cakap nak ajak aku pegi pejabat agama.. tapi aku tak layan.. aku dah malas dah.. Lantak kau lah perempuan.. dari kita nak tolong tetiba ko wat hal plak.. nasib ko lah kan.. tak kosa aku nak layan..

Kawan aku Ecah pun dah kena.. Liza pun kena.. dia cakap gan kitaorang bertiga lain.. dia citer gan suami dia lain.. Patutlah suami ko cari lain.. ko punya perangai pun macam orang meroyan.. depan lain.. belakang lain.. Eeeeiiii.. tak faham aku.. Kalau kita tak jujur dengan diri kita.. jangan haraplah orang nak jujur dengan kita...

Kes terakhir yang buat aku sentap... Akak aku yang no 3.. dia cakap gan mak aku.. dia cemburukan suami dia dengan aku... Bangang punya statement.. Nie betul-betul punya sentap.

Aku sampai nie dok pelik.. bila masa aku berbaik-baik dengan suami dia?? Cemburu buta betul!!!!.. ko tu akak aku.. tak yah nak cemburu dengan aku.. aku tak nak kat laki ko.. Ramai lagi jantan lain yang aku boleh cari.. takde nya aku nak naya adik beradik aku sendiri.

Aku sedih sebab kalau orang luar yang cemburu dengan aku.. aku tak kisah sebab dah biasa dah.. lumrah pada aku.. dah jadi macam makanan aku bila orang luar cemburu pada aku, yelah takut-takut aku kebas laki diaorang.. maklumlah dengan status aku nie.. Tapi bila adik beradik sendiri cemburu tak tentu pasal.. buat aku berfikir dan rasa macam.. jahat sangat ke janda nie??? bukan janda yang lain.. tapi janda yang nie.. yang dok menaip nie... eeiiii......... sentappppppppppppp....

p/s : Langkah terbaik.. aku kena kawin.. eemm... nak pinang sapa ek???

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails