Thursday, May 28, 2009

Dani Yang Tak Sihat dan Barcelona vs Man U...

Assalammualaikum...
Semalam 27 Mei, 2009.. Dani demam panas.. kul 3 pagi dia kejutkan aku minta berikan dia ubat. Aku terkejut sbab badan dia terlalu panas. Aku bagi dia ubat demam.. n letak tuala basah kat dahi dia. Badan Dani mengigil. Aku terus tak bleh tido.. Aku sapu seluruh badan dia gan air.. Bulat mata Dani memandang aku.. aku cium dia n soh dia tido... dia suruh aku baring n dia nak peluk aku.. Dalam keadaan yang mengigil tangan dia tak lepas dari memeluk badan aku.
Meleleh air mata aku.. Dani tak pernah rasa kasih sayang seorg lelaki yang bergelar Ayah...
Pagi nya.. aku bawa Dani ke klinik.. kebetulan gusi aku bengkak n berdarah.. jadi aku pun ambik kesempatan tuk mendapatkan rawatan. Aku n Dani dapat mc... Menjelang petang keadaan Dani masih tak berubah.. macam tak de kesan je ubat tu.. apa yang memeningkan aku Dani mengadu sakit dibahagian ari2 dia. Aku nak bawa ke spital.. tapi akak aku cakap... biarlah dulu. Kalu hari nie dia masih tak ok, dia sendiri akan bawa ke spital.. Akak aku memang sayangkan Dani... Dalam apa2 hal dia akan mengutamakan Dani sehinggakan anak2 dia sendiri cemburu.


Kain basah tak lekang dari kepala Dani...


Gaya org yang baru je baik dari sakit.. Adib dalam keadaan tak bermaya.. dia kepenatan.. baru balik dari sekolah. Sampai nak salin baju pun tak larat..



Lyana menolong atoknya menyiram pokok bunga n pokok sayur.

Gaya aku menyiram pokok.. sebenarnya aku malas nak tolong, tapi dah Lyana dia tinggal macam tu je tugasnya yang tak selesai.. terpaksalah aku buat.. Aku tak mau mak marah2.. tu yang aku buat juga...
Malam semalam aku difahamkan ada perlawanan bolasepak antara Barcelona n Manchester United. Liga Juara juara Eropah. Dani n Adib nak tunggu tapi aku tak kasi sebab diorg masih belum baik demam lagi. Mereka menyokong Manchester United.. sebenarnya Dani n Adib nak berlawan gan Fizi. Fizi sokong Barcelona.. Sapa kalah kena belanja aiskrim.
Pagi tadi dalam kul 4.44 pagi Fizi sms aku soh bagitau yang Barcelona dah menang.
Apa yang mengejutkan aku.. bangun je tido Dani terus tanya aku siapa menang. Aku cakap Barcelona menang.. Dani tersenyum simpul.. dia soh aku cakap gan Fizi dia tak de duit nak belanja Aiskrim. Aku gelak je...
Tahniah wat penyokong Barcelona..
Malam esok aku minta bekas suami aku amik Lyana n Adib. Ntah dia amik ke tak..
Cukup setakat nie dulu...
Nanti ada citer aku akan tulis lagi....
Wassalam..

Tuesday, May 26, 2009

INIKAH CINTA???



Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.
Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya..

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya.

Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta....

HARI BERTEMU CHICKY... MERIAHNYAAAA...

Assalammualaikum... Apa kabar?? Aku doakan moga rakan2 semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.. Aku.. baru je baik... kesihatan bertambah pulih.. Mata dah ok.. tapi yang aku mushkil kan bila kat kelopak mata aku sebelah dalam ada biji warna kuning. Apa ye?? aku nak pegi klinik tapi takutlah.. eemmm.. nantilah...

Sekarang aku nak citer tentang anak2 aku.. Adib ada masuk pertandingan Boria peringkat daerah di Muar. Jadi wakil sekolah... Sekolah dia dapat no 3. Tahniah sayang.. umie sayang abang.. Dia bawa balik hadiah.. apalah yang lebih membahagiakan aku.. selain daripada melihat kegembiraan yang terpancar dari mata n senyumanan yang terukir di bibir anak2 aku...

Pagi sebelum pergi ke sekolah.. Adib dengan pakaian borianya..




Sabtu lepas.. 23 Mei, 2009, kelas dani ada anjurkan majlis hari jadi untuk kanak2 pra sekola KFC KMart, Tanjung Agas Muar.. Meriah betul.. Aku mula2 tak nak pegi.. tapi akhirnya mengalah sebab cikgu Aida ajak aku ikut serta.. Aku bawa Adib sama sebab Lyana ada Perjumpaan Puteri Islam kat sekolah dia.


Beratur dulu sebelum masuk ke Kmart.


Cikgu Aida, Cikgu Khadijah, Cikgu Asrul n Cikgu Rita.






Dani n Adib bergambar bersama...

Acara Sukaneka... panasnyaaa... cian anak2 nie..


budak2 nie dah tak sabar nak menunggu kemunculan Chicky..

Itu dia chicky sudah datang.. apalagi abis kena kerumun chicky dgn anak2 nie.. Aku n cikgu2 hanya mampu memerhatikan saja..
keadaan dah tak boleh nak dikawal lagi..
Aku gerenti chikcy nie mesti bengang.. mau tak.. budak2 nie ada yg tarik ekor dia, janggut dia, ada yang pegang muncung dia n suruh dia bercakap.. kelakar betul.. aku dgn cikgu2 ketawa sampai sakit2 perut tengok kelakuan nakal anak2 nie...




PEACE



Aku bergambar kenangan bersama cikgu Khadijah, Cikgu Rita n Cikgu Asrul... Lepas makan... muka orang yang kekenyangan..
Acara ada hari tu tamat pada jam 12 tengahari selepas pemberian hadiah buat anak2 nie. semuanya balik dengan senyuman puas sebab dapat bermain, dapat bermesra dengan chicky, dapat hadiah dan paling penting dapat makan kfc.
Aku balik awal sikit sebab Lyana dah menunggu di sekolah.
Hari ahad, Adib demam.. mula2 bangun tido dia cakap dia pening kepala. Dah masuk tengahari badan dia dah mula panas. Aku bagi dia makan panadol dulu. Menjelang maghrib dia makin teruk. Dia mula mengadu kesejukan dan sakit tekak. Lepas solat, aku terus bawa dia ke Unit Kecemasan Hospital Tangkak. Alhamdulillah.. masa menunggu tak lama sangat.. hanya dalam 5 minit. Adib dapat rawatan dan bila MA check dia cakap oksigen dalam paru2 Adib kurang.. Aku dah takut. Adib dibawa masuk ke wad pemerhatian. Rupanya dia akan dimasukkan oksigen. Aku berdebar2.. macam2 bermain dalam fikiran. Cian kat dia.. aku tak sanggup tengok anak2 aku sakit. Tapi aku terpaksa kuatkan semangat..
Dalam 1/2 jam mendapat rawatan.. Kami dibenarkan balik.
Malam tu kat umah pun satu hal berlaku.. jari kaki n tangan Adib sejuk n pucat.. Aku sapukan minyak panas... Adib mengelisah n mengadu kebas. Nasib baik mak ada.. ntah apa dia buat n dibacanya.. barulah Adib lega n terus tertido..
Emmm.. Alhamdulillah.. hari nie keadaan dia dah beransur baik. Dia nak sekolah tapi aku tak benarkan sebab aku nak dia betul2 sihat.
Ok.. setakat nie je.. lain kali aku akan menulis lagi.. Moga rakan2 akan mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga..
Wasalam...



Thursday, May 21, 2009

Moga Kita Akan Mendapat Manfaat Darinya..



Surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.


Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w..t. makbulkan doa kita.


2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.


3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.


4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.


5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.


6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.


7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.


Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah.. dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan diri dan kecetekan ilmu saya.. maafkan saya kiranya berlaku sebarang kesalahan.



Wassalam

Tuesday, May 19, 2009

Tanpa...

Assalammualaikum...
Aku doakan moga semua blogger dirahmati Allah hendaknya..
Aku masih kurang sihat.. mata bengkak (tak tau napa), ulser kat dalam mulut n badan kejap ok, kejap demam.. aku tension je sepanjang minggu nie. Napa lah aku jadi macam nie???
Napa aku pilih tajuk Tanpa??? Emmm.. sebenarnya aku sedang kesunyian. Bukan sebab aku tak de teman lelaki tapi aku rasa kawan baik aku lain macam je..
Aku keliru napa dia macam tu.. dia macam nak tak nak je layan aku.
Bagi aku dia banyak bantu aku.. mungkin aku ada menyakitkan hati dia tak?? tapi napa dia tak cakap.. bagitaulah klu aku ada wat silap.. atleast aku bleh betulkan n minta maaf pada dia..
Bagi aku biarlah aku tak de BF asalkan aku ada kawan2 baik aku...
Aku sedihlah.. makan pun tak lalu.. sebelum tido pun aku dok pk ttg dia. Aku nak sms dia tapi aku takut klu dia tak nak layan.
Kebelakangan nie aku banyak betul masalah.. banyak benda macam tak betul dalam hidup aku.
Dari hari sabtu sampai semalam.. aku rasa frust sangat. Selain dari kawan baik aku.. kawan yg sorg nie pun wat hal.. dia cakap dia sakit. aku cuba amik berat tapi dia tak layan. dia cakap jgn risau. then bleh dia cakap dia tak de mood. nak sms gan aku pun tak de mood. Geram aku.. OOO.. klu ada mood je baru nak layan aku. Aku juga yg kena ikut angin dia. Habis perasaan aku.. sapa nak jaga??? Kadang2 aku rasa macam org bodoh.. terlalu menjaga hati orang disekeliling.. sedangkan hati aku tak de sapa pun nak jaga.. Pernah kawan aku cakap jgn pedulikan org lain.. utamakan diri aku dulu.. tapi aku tak boleh.. aku dah cuba tapi selepas tu aku sendiri yg serba salah.
Bekas suami pernah cakap gan aku.. kawinlah supaya aku bleh bahagia.. tapi dia pasti ke klu aku kawin, aku akan bahagia?? aku lebih utamakan anak2 aku. Aku tak mau anak2 terabai. Sudahlah dia pentingkan diri dia sendiri.. takkan aku juga nak pentingkan diri aku n kurangkan perhatian pada anak? Ya, aku mungkin akan cakap kasih sayang pada anak tak akan berkurangan.. tapi betul ke aku bleh buat?? Aku takut.. lagipun hati aku masih belum terbuka untuk berumahtangga lagi. Terus terang aku katakan.. Aku takut untuk memulakan semula.. Walaupun aku ada keinginan tapi aku takut... Biarlah dulu..
Dalam kehidupan sekarang, susah nak cari lelaki yg benar2 mahukan aku.. yg benar2 bleh terima anak2 aku.. Aku pernah kenal seorg lelaki.. baru je seminggu kenal dah pandai minta duit aku.. patut ke lelaki minta duit ppuan?? baru je kenal pulak tu.. lainlah klu dah jadi suami isteri.. Aku bukan lokek.. tapi aku ada 3 org anak yg perlu aku utamakan.. sedangkan gaji aku kecik je..
Ada pulak tu yg minta top up dari aku. Yg lain pulak, cakap gan aku klu nak berkawan gan dia.. aku kena kol dia.. dia tak kol aku sebab tak de top up.. pelik aku.. Gila..!!!! Hilang hormat aku pada lelaki macam ni.. belum apa2 dah berani tunjuk belang. Tak malu ke lelaki mcam nie minta duit dari ppuan??? Tolonglah... aku mungkin tak de suami, tapi aku tak terdesak sampaikan org yg macam nie pun aku nak jadikan BF aku.. Minta dijauhkan...
Aku ada 1 peristiwa yg kalau aku ingat2kan memang aku rasa geli, muak, memualkan, kelakar n macam2lah... Aku n kawan baik aku pernah kuar gan seorg mamat nie. Dia cakap dia minat kat aku.. kitaorg pegi makan sebab dia cakap dia lapar. Oklah tak pe.. then dia order rojak Singapore.. macam2 ada dalam rojak tu.. 1 pinggan rojak tu harganya RM 18.. aku ingat sebab lelaki tu cuma bagi rm10 je tuk bayar duit makan. Yg lebih dia soh aku bayar sebab dia cakap kitaorg belum kawin. Klu dah kawin baru dia akan bayarkan klu kitaorg pegi makan. Nak tau tak.. bil makanan tu RM29.. Sedangkan masa tu aku cuma minum air limau suam yg hanya berharga rm2. kawan baik aku pun cuma makan mee grng n air sirap.. bayangkan... Terus terang.. aku reject mamat tu.. memang patut kena reject.. tak gentleman langsung...
Ada juga lelaki yg tau aku single mother terus akan anggap aku desparate... Terus cite ttg seks.. Ada juga yg jauh lebih muda dari aku.. dah ajak wat yg bukan2. Cian aku tengokkan diorg nie.. budak2 lagi, tapi ntahlah?? Agaknya bagi diorg nie.. dah nama janda memang benda lain tak pk.. pk ttg seks je agaknya??? Bengang tau.. bila agaknya mentaliti diorg nie nak berubah??
Adakah lelaki2 seperti mereka diatas yang patut aku jadikan teman hidup?? Mesti ramai dikalangan wanita yang berstatus seperti aku pernah mengalami peristiwa yang sama.. Moga Allah akan sentiasa melindungi kita dari lelaki yang hanya tau mengambil kesempatan saja..
OKlah.. setakat nie dulu... jumpa lagi lain kali..
Wassalam...

Friday, May 15, 2009

SALAM JUMAAT

Assalammualaikum...

Bertemu kembali... Selamat hari Jumaat aku ucapkan wat semua rakan2..
Aku betul2 kepenatan minggu nie.. bukan apa.. Lyana demam, Dani pulak sakit tekak n asik meragam.. Adib cemburu bila aku lebihkan perhatian pada akak n adik dia.. mana satu aku nak ikut nie?? penatlah nak layan karenah dia...
Apapun.. aku bahagia.. walaupun aku tiada suami.. aku masih punya anak2 yg melengkapkan hidup aku..
Kali nie aku cuma nak citer tentang percutian dan rakan2 pkg aku yg lain.. Lama dah aku tak bercuti.. seingat aku kali terakhir aku bercuti pada tahun 2007.. aku ke Alor Setar, Bukit Kayu Hitam dan Penang..
Aku puas berjalan masa tu.. (duit pun banyak terbang). Kebetulan waktu tu adik aku Amy kawin.. dia nikah gan org Alor Setar. So.. kesempatan tu aku gunakan untuk bawa anak2 aku berjalan.. kami tido di Seri Malaysia Alor Setar n tido dirumah Amy di Sg Dua, Butterworth.




Posing di Taman Botanical Penang...

Di Wet World Batu Pahat...



Aku sebenarnya dah lama tak jumpa kawan2 PKG aku dari seluruh N. Johor. Kami ada 45 pkg 1 Johor nie.. Kami hanya akan bertemu masa menghadiri kursus di Skudai saja.. waktu lain memang susah nak jumpa.. tapi sejak bulan 9 tahun lepas kami dah tak jumpa lagi.. Aku bukan apa.. hubungan kami rapat macam 1 keluarga. Jadi bila tak jumpa tu.. rindu juga. Bila lah diorg nak wat kursus lagi??


Orang lain tekun dengar ceramah, aku n akak ida bleh posing lagi. hehehe...

Lawatan penanda aras di SETA JB..

Rakan2 yang dah lama tak berjumpa.. seronok klu sesekali dapat berkumpul..



Akak Zah, aku, Ema dan Ana.. Rindulah gan korang suma...


Moga semua kawan2 aku akan mendapat rahmat n keredhaan Allah hendaknya..
Jumpa lagi lah.. aku sebenarnya tak tau nak tulis apa.. masih pening pk tentang Lyana.. Esok nak ke Perak pun aku terpaksa batalkan...
Salam Jumaat wat kawan2 aku.. Jumpa lagi....

Wednesday, May 13, 2009

SELAMAT HARI IBU N SELAMAT HARI GURU



Assalammualaikum...


Selamat pagi wat semua rakan-rakan...


Mula2 sekali aku nak minta maaf sebab aku tak de citer terbaru.. maklumlah.. tak kemana2 kebelakangan nie..


Oh.. ya rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua ibu di seluruh dunia termasuk buat diri aku sendiri n buat MAK tersayang..

Aku tak merayakan apa2 pun tuk mak aku.. cuma aku bawa dia kuar makan.. tu pun makan yg biasa2 je.. maklumlah.. budget tak cukup.. hehehe...

Aku juga nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru2 di seluruh Dunia..
Terima kasih wat semua guru2 yang pernah mendidik aku.. juga wat guru2 yang sedang mendidik anak2 aku...

Aku pernah mengalami satu peristiwa yg memberikan kesan yang amat mendalam n aku kenang sehingga hari nie.. Kisah nie terjadi sewaktu aku berumur 8 tahun n bersekolah di darjah 2 ros di SK Ledang, Tangkak. Aku masih ingat nama cikgu tu.. wajahnya, cara pakaian dia.. dia memang seorg guru yg cantik.. berkulit putih bersih... wajahnya begitu sempurna untuk ditatap.. tapi dia seorg yang garang. Aku masih ingat.. masuk aje kelas.. dia akan suruh aku berdiri di atas kerusi kerana dia tau aku tak de buku subjek yg akan diajar.


Cikgu.. dimana saja cikgu berada sekarang, saya doakan cikgu akan sejahtera sentiasa. Walaupun kenangan tu sukar untuk aku padamkan.. tapi aku telah memaafkan dia. Mungkin dia tak tau kesukaran hidup aku.

Aku lahir dalam keluarga yg susah.. amat2 susah.. Mak bekerja n cari duit hanya untuk memberi kami makan.. bukan untuk benda2 yg lain. Jadi mak memang tak mampu utk membelikan aku buku..alatulis pun aku terpaksa meminjam dari kawan2.. nasib baiklah ada seorg kawan yang berbangsa cina sudi menolong aku.. namanya Wong Huei Yee.. anak cikgu wong.. dia selalu membantu aku.. sangup berkongsi buku. Peristiwa berdiri diatas kerusi hanya kerana aku tiada buku benar2 memalukan aku.. aku bukan pelajar yg nakal sewaktu tu.. yelah aku budak kg yg serba kurang.. pakai baju pun lebihan akak2 aku.. penah 2 baju aku koyak dipunggung sebab dah terlalu nipis.. aku puas diketawakan.

Aku tak pernah dapat belanja.. klu dapat 10sen pun dah cukup banyak buat aku. Sebelum kesekolah.. mak aku bagi aku makan kenyang2. aku bawa bekal air masak.

kadang2 ada kawan aku yg akan berikan aku kuih yg diorg tak nak.. aku akan makan walaupun lebihan diorg. Aku juga tak pernah beraya seperti kawan2 lain. Aku tak pernah dapat baju raya baru. hanya lebihan akak2 aku. Baju raya pertama yg aku dapat pada umur aku 17 tahun. itupun selepas puas aku merayu pada mak n akak aku yg sulong. Aku simpan duit belanja sekolah utk membayar tempahan RM20.00. Dapatlah aku bju kurung moden berwarna hijau. Apapun.. aku lepas juga sekolah walaupun tidak berjaya seperti org lain.


Aku bersyukur dengan apa yg aku ada sekarang. Walaupun tidak semewah org lain, aku masih mampu memiliki kereta n mampu hidup sendiri. Aku mampu menyekolahkan anak2 aku n mereka juga seperti kanak2 lain, mau itu n ini. Selagi ianya tidak membebankan aku n selagi ianya tidak mendatangkan pembaziran, aku cuba untuk memenuhi keinginan anak2 aku.

Aku juga gembira kerana minat membaca yg aku ada berjaya aku perturunkan kepada anak2 aku. Mereka seperti aku, suka membaca.. jadi klu kemana2 aku tak perlu membelikan mereka mainan atau benda yang bukan2. Cukup sekadar sebuah buku cerita kanak2. Mereka akan melonjak kegembiraan.

Lyana juga sudah bertambah kreatif sekarang. Dia pandai membina ayat walaupun ada kesilapan disana-sini. Aku bangga dengan mereka. I LOVE U SAYANG2 UMIE..


2-3 hari nie aku rasa macam tak bermaya.. bukan apa.. cuaca agak panas. Sian kat anak2 aku.. Dani sakit tekak.. abang plak asik pening.. Lyana je yg ok cuma dia cakap penat..


Emmm.. rasanya aku berhenti disini dulu..


Wsalam...

Tuesday, May 5, 2009

27-30 April, 2009.. Kuantan

Assalammualaikum..
Selamat pagi n selamat bertugas wat semua rakan2 blogger...
Hari nie aku nak cite ttg kursus yg aku hadiri minggu lepas.. 27-30 April di Kuantan..
Perjalanan yg amat2 memenatkan...
Aku bertolak dari Tangkak ke Kuantan bersama2 akak nor..
Dari Tangkak aku bergerak jam 11.15 pagi..
melalui Segamat dan aku berhenti untuk makan tengahari di Muadzam..
perjalanan yg wat aku kebosanan.. banyak sungguh lori.. terpaksalah bawa slow2 keta aku tu..
Sampai kat Muadzam aku berhenti makan.. Eiii.. aku gerenti aku takkan ke kedai tu lagi..
Kedainya amat kotor.. aku terpaksa sebab akak nor dah amik makanan.. aku turun dari keta lambat, dia dah turun n amik nasi dulu.. terpaksalah aku ikut..
aku makan sikit2 sangat.. sebab tak selera..
tempat basuh tangan dia pun.. tak tau nak cakap apa..
memandangnya pun aku tak sangup..
Serik lah aku.. aku takkan kekedai tu lagi nanti..
Aku cuma amik masa 10 min je dok kat situ... aku terus bergerak ke Kuantan..
aku tiba dikuantan jam 4.00 petang.. Alhamdulillah.. selamat juga aku sampai..


BTPN Pahang..






Bilik Kuliah..


Penceramah yg amat berpengalaman.. pernah bertugas di Arkib Negara..


Kumpulan 1..



30 April aku bertolak balik ke Tangkak.. sebelum tu aku posing jap...
saja2 je amik gambar...




Aku nak ucapkan terima kasih kat komex, EC mhcc kuantan sebab tolong aku tunjukkan tempat aku nak beli buah tangan utk family aku.. Thanks komex ya..
Aku selamat sampai di Tangkak jam 7.00 petang. berhenti sekejap di Segamat.. Jakel ada offer.. sempat gak aku beli kain ela.. hehehe... (maklum dah lama tak shopping)...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails