Wednesday, July 29, 2009

Happy Birthday To Me...

Assalammualaikum...
Hari nie.. 29 Julai, 2009.. genap umur aku 34 tahun...
Dah tua dah aku rupanya.. Apa ye yang aku ada pada umur aku sekarang nie??
Bahagia ke aku??
Aku bahagia dengan kehadiran anak2 aku.. mak.. adik beradik aku yang selama ini banyak menyokong aku ketika aku rebah...
Aku berdiri tegak semula, semuanya kerana mereka...
Aku kuatkan hati.. tabahkan diri aku kerana mereka...
Aku abaikan keperluan aku kerana mereka..
Kerana aku tak mahu mereka melihat berduka...
Satu dari impian aku telah musnah.. musnah ditengah jalan..
tapi aku redha.. kerana aku tahu itu adalah kifarah dari dosa2 aku yang lalu..
Aku tau DIA masih sayangkan aku kerana itu aku di ujiNYA.
Aku bersyukur kerana aku berjaya bangkit semula selepas aku dibuang seperti kain buruk..
mereka mengutip aku dan memberikan aku harapan..
Memberikan aku peluang untuk membuka buku baru...
ketika Tsunami melanda Asia Tenggara.. ketika itu juga Tsunami berlaku dalam hidup aku...
aku redha Ya Allah.. ini ujianMU untuk hambaMu yang hina ini.. yang tak pernah cukup dengan apa yang Kau berikan kepada ku... Ampunilah aku, sesungguhnya Kau lah Yang Maha Pengampun.. Maha Pengasih.. Maha Penyayang...
Berikanlah aku Rahmat Mu...
Jauh disudut hati aku.. aku masih mahu diri aku disayangi.. tapi masihkah ada yang yang akan menyayangi aku??
Wasalam...

Friday, July 24, 2009

HAPPY BIRTHDAY SAYANG...

Assalammualaikum...

Khamis lepas.. 23 Julai, 2009.. umur Dani genap 6 tahun...
Dah besar dah baby aku yang kecil dulu... Masih terbayang2 di ruang mata aku.. pada jam 2 pagi 23 Julai, 2003 di Hospital Seremban, aku selamat melahirkan Dani.. Nama sebenarnya MUHAMMAD DINIE KHALIS...
Kelahiran Dani lewat 2 minggu.. aku terpaksa ditahan 4 hari di hospital dan setiap hari dimasukkan ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran. Pada hari ke-4, aku terpaksa berpuasa kerana doktor cakap.. klu masih tak bersalin aku akan dibedah.. aduhaiii.. menakutkan..
Petang 22 Julai, 2003.. Air mentuban pecah.. tapi aku masih tak sakit.. doktor takut Dani lemas .. jadi aku dihantar ke Bilik bersalin. Ubat dimasukkan lagi.. bermula je waktu maghrib aku mula rasa sakit.. agak lama menahan sakit.. Bekas suami aku ada menemani aku.. Selama hampir 7 jam aku kesakitan.. barulah Dani selamat dilahirkan...
Sepanjang masa bekas suami aku ada.. tapi sampai sekarang aku kehairanan.. dia tak pernah rasa simpati pada aku.. kesakitan aku melahirkan zuriat dia tak pernah dikenang sewaktu dia meninggalkan aku.. Kenapa kan???

Betullah katanya.. cinta dia pada aku dah tak de.. dia hanya bersama aku kerana anak2.. dia tak mau hidup hanya kerana cinta.. dia tak nak hidup susah.. katanya lagi.. manusia tak akan hidup hanya dengan cinta.. cinta tak boleh dimakan.. sebab tu dia tinggalkan aku.. kerana hidup bersama aku dia susah..ntahlah?? sebab tu aku rasa serik untuk berkawin lagi..
Maafkan aku.. emosional lak arinie.. sepatutnya aku gembira...
Kami berpisah waktu Dani berusia 1 tahun 4 bulan...
Apapun kini aku bahagia bersama-sama anak2 aku..
Setiap hari2 penting dalam hidup anak2 aku, akan aku raikan... bagi aku biarlah mereka kekurangan kasih sayang seorg lelaki.. asalkan tidak kekurangan kasih sayang seorg ibu...
Aku nak jadi ibu dan ayah yang sempurna tuk anak2 aku..
Khamis lepas.. 1 Sya'ban.. seluruh keluarga berpuasa.. (Aku, Lyana dan Dani je yg tak posa) Petang waktu berbuka aku belikan Kek hari jadi tuk Dani dan Sate untuk keluarga aku..

Kek birthday.. Sedap...

Comelnya anak umie.. Happy Birthday Sayang.. Umie Sayang Adik..

Abg keletihan kerana berpuasa.. tunggu masa nak berbuka.. posing dulu...


Lyana nak marah..


Acara potong kek..


Lepas kenyang makan kek n sate.. Dani main game lak.. lepas tu kena marah gan aku.. sebab tak nak mandi, sembahyang n ngaji.. kena cubit sekali.. Sayang, sayang juga... tanggungjawab tetap kena jalan..
Wassalam...





Monday, July 20, 2009

Apa Ceritanya....





Assalammualaikum....

Salam wat rakan2 pembaca blog semua..

Selamat bertugas semula pada hari nie.. isnin, 20 Julai, 2009 bersamaan dengan 27 Rejab 1430h.

Hari nie semua ahli keluarga aku berpuasa sunat.. sebenarnya Adib yang beria-ia nak berpuasa.. jadi mak aku cadangkan agar yg lain pun berpuasa.

Senang.. masak sekali je.. hehehe...

Yang tak posa cuma Lyana n Dani.. Aku kelakar pasal Dani.. sebelum kesekolah tadi dalam 6.35 pagi, dia dah makan koko crunch semangkuk.. Aku tanya dia.. dia posa tak?? dia cakap.. posa.. then aku tanya ni makan nie.. dia cakap.. baby makan sahur.. hehehe.. kelakar gan perangai dia...

Bagi aku... tiada yg lebih membahagiakan aku daripada melihat senyuman dan kegembiraan pada anak2 aku.. Sabtu lepas aku bawa diorg ke Jusco Melaka.. aku belikan mereka sehelai seluar jeans.. sepasang baju tido.. lagipun dah nak raya nie.. belilah sikit2 baju tuk mereka..

Kami makan di KFC.. anak2 aku bermain di pusat mainan Jucso.. sesekali nak senangkan ati anak2.. tak salah rasanya...

Sebenarnya aku nak cite kan pada semua kisah yang aku dengar dari mulut mak aku sendiri..
Pagi Jumaat lepas, mak gan akak ana pegi ke pasar minggu di BG.. Masa mak menunggu akak ana membeli barangan dapur.. dia telah nampak 1 insiden yang menyebabkan dia menitiskan air mata..


Kisahnya ada seorg wanita membawa 2 anaknya yg berusia kira-kira 4 dan 2 tahun ke pasar tersebut.
Kanak2.. apalah yg mereka tahukan?? Mak aku cakap.. kanak2 tu tersasar jalannya tapi taklah jauh dari ibunya.. tapi apa yg memeranjatkan mak aku.. ibu mereka telah memarahi mereka. (Tak ingat plak mak aku cakap dia pukul tak budak2 tu).

Tapi suaranya memang agak kuat. Mak aku dengar segala kata2nya sebab motor dia diletakkan berhampiran dengan tempat mak aku duduk. Yang membuatkan mak aku sedih ialah.. apabila melihat mata kanak2 tersebut hanya terkelip2 dengan wajah ketakutan apabila dimarahi seperti menunggu hukuman dijatuhkan..

Klu aku ada kat sana.. memang kena sound akak tu.. ada anak.. tapi suka2 nak marah2 depan org.. Cian budak2 tu.. Apalah salahnya klu marah dirumah saja atau.. di beri peringatan melalui mata.. (macam yg selalu aku buat)

Kisah ke2..
Semalam (Ahad).. nie lagi 1 kisah yang buat aku angin 1 badan.. Angin bukan sebab kena kuarkan duit.. tapi angin sebab masih ada kanak2 dijadikan alat oleh orang yang kononnya dewasa..
Pagi semalam ada 2 org budak lelaki katanya dari sekolah Tahfiz di daerah aku.. datang meminta derma untuk sekolah. Jika kami menghulurkan derma, kami akan diberikan sekotak kismis yang berharga Rm1.00 (klu jual kat kedailah)

Cian budak2 nie.. muka memang comel dan bersopan santun.. Berumur dalam 11-12 tahun. Seorang dari Kuantan dan seorg lagi dari KL.
Aku tanya.. dah makan ke belum.. mereka cakap.. dah.. bayangkan lah dalam keadaan panas, mereka berjalan kaki dari rumah kerumah untuk meminta derma..

Aku berikan mereka duit.. untuk derma dan aku berikan extra untuk mereka buat beli air minum. Aku membayangkan bagaimana jika anak2 tu anak2 aku.. Adib dan Dani?? Ya Allah.. ciannya..

Aku pasti guru mereka sedang menunggu dimana2 atau mungkin juga di rumah masing2 berehat. sedangkan anak2 murid mereka berkeliaran meminta sedekah.. malunyaaaaaa...

Juga aku terfikirkan tentang ibu-bapa anak2 ini.. Takkan yuran tak dibayar sampai anak2 terpaksa meminta derma.. Takkan tak de bantuan kewangan dari mana2 pihak??

Atau adakah mereka meminta derma sebagai menutup kegiatan perniagaan jualan langsung mereka?? Yelah, kismis tu kan kismis dari syarikat jualan langsung? aku tak nak meneka atau apa.. cuma aku agak terkilan... anak2 sekolah tahfiz nie terpaksa berjalan kesana kemari untuk memenuhi keperluan mereka disekolah ( betulke ??) atau ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Ini bukan kejadian pertama yang aku jumpa.. aku pasti ramai yang penah mengalaminya...
1 kisah yang paling tak aku dapat lupakan agak2 3 tahun lepas, apabila aku didatangi oleh seorg kanak2 berusia dalam 9- 10 tahun dari sekolah agama di Kedah meminta derma untuk sekolah pada aku pada bulan puasa yang pada masa tu berada di Seremban... didalam keadaan cuaca yg panas terik.. Bayangkan dari Kedah ke Seremban???

Tak ada ke bantuan dari mana2 pihak?? sampai mereka terpaksa buat begitu tuk belajar??

Aku tak kisah klu nak minta derma.. tapi janganlah gunakan kanak2..
Aku takut juga nak tulis ttg topik nie... takut blog aku kena tutup ke?? aku kena saman ke??
eeii... minta dijauhkan.. ini cuma pendapat peribadi...

Bagi aku, kanak2 seharusnya menikmati zaman kanak2 mereka... cuma jangan diabaikan.. seimbangkan diantara Dunia dan Akhirat.. kalu boleh lebihkan Akhirat kerana itulah yang akan kita tuju nanti.. Tapi bukan dengan cara nie.. kerana tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima..... kanak2.. apalah yang mereka tahu????

Sekian dulu wat kali nie.. sebenarnya banyak lagi yang aku nak tuliskan.. tapi aku tak berdaya nak menaip lagi.. aku sedih dengan apa berlaku... Maafkan aku jika kata2 aku diatas tadi terlalu kasar pada yang membacanya...
Wasalam...

Tuesday, July 14, 2009

Dari Tangkak ke Kuala Lumpur ke Port Dickson....

Assalammualaikum...
Bertemu kite kembali...
Sebenarnya aku penat sangat nak bercerita.. nak menaip kat sini.. tapi sebab ada banyak perkara yang berlaku pada aku sejak dari sabtu lepas.. maka aku merajinkan diri menghantar cite kat sini..
Lagipun kebelakangan nie banyak betul keje2 kat pejabat.. wat aku kepenatan dan kemalasan...
OK... bermula pada jumaat lepas, abang ya tak sihat.. rupanya dah lama dia sakit. Tapi dia tak cite gan kitaorg sebab tak nak mak aku tau. Bila mak tau.. mulalah mak risau n nangis.. mak pujuk aku untuk hantar dia ke kl..
Lepas aku wat kira2.. tolak n campur apa yg patut.. aku pun bersetuju.
Sebenarnya aku dah ada plan nak ikut MHCC ke Glory Beach Resort PD pada 11 dan 12 Julai, 2009. Aku terpaksa kol Melz n cakap aku tak jadi ikut. Melz ok.. cuma ada org tu cam merajuk je.. sorilah ye.... tak disengajakan.
Petang jumaat lepas keje aku bertolak ke KL... mula2 akak ana tak nak ikut.. then tetiba je dia bersiap2. Jadi pegilah 2 buah keta.. ngado betullah...
Klu aku tau dia nak pegi.. tak de lah aku nak pegi... aku ke PD je... geram aku..
Sampai kl dalam kul 8.20 malam.. aku terus ke umah abg ya di Seri Kembangan. sebelum sampai sana.. haziq (Anak abg ya) dah 3 kali kol.. dia asik tanya bila nak sampai.. dia memang rapat gan anak2 aku.. tu yg asik kol je

Dani.. happy dapat berjalan... dah lama tak ke umah abg ya...



Pemandangan waktu petang dan malam.. sepanjang highway utara selatan...
Pic ni Adib yang amik.. baru nak belajar.. tapi sempat juga dia bergaduh gan Lyana..
Aku bertolak balik tangkak kul 3.40 petang (sabtu 11 Julai, 2009).
Lepas je tol air keroh.. rakan MHCC kol aku.. dia cakap dia baru je bertolak dari jb.
Dia tanya aku nak ikut tak?? klu nak ikut dia akan amik aku kat tol Tangkak.. dari JB masih ada 3 buah keta yang lambat pegi.. mungkin sebab keje.
Aku tanya mak.. dia ok.. sampai umah kul 6.. aku terus kuarkan baju kotor n gantikan baju lain dari dalam beg aku.
Daus anta aku sampai tol tangkak... 6.30.. aku bertolak ke PD.. badan penat.. tapi teruja sebab nak jumpa kawan2 kelab. Agak lama juga tak jumpa diorg..
Diaorg bawa keta.. laju yg amat.. 160km/j... aku dah kecut perut dalam keta...
rasa macam semua air aku nak buang.. hehehe.. memalukan je kan???
Barisan keta kuat honda... Aku naik keta putih tu.. power tu...
Posing dengan Adik Ayum...
Kitaorang bertolak balik ke muar pukul 1 tengahari... Tapi sebelum tu.. kitorg singgah di Extreme Park (kat mana ntah) untuk bermain go kart. Aku tak main.. hajat hati nak join.. tapi takutlah pulak... hehehe...

Lepas main go kart.. Kitaorg balik ke muar melalui jalan dalam.. aku sampai umah kul 6 petang.. terus aku membasuh baju sekolah anak2.. Masa kat PD tak banyak pic yang aku amik..
Tak sempat sebab asik berbual2 je gan kawan.
Ok.. cukup setakat nie dulu.. aku ada keja nak buat..
nanti aku cite lagi ekk??
Wasalam...

Thursday, July 2, 2009

Buku baru...


Assalammualaikum......
Diatas ialah buku hadiah dari kawan aku di JB.. Makkah Al-Mukarramah.. Kelebihan dan Sejarah..
Bagi aku buku nie memang sesuai untuk dijadikan bahan bacaan.. karya Dr. Abdul Basit Bin Hj Abdul Rahman.
Buku Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w. Buku ini adalah terjemahan daripada buku bahasa Arab.

Dua buah buku baru yang aku beli semalam 01 Julai, 2009 di MPH...
Syahadat Cinta Karya Taufiqurrahman Al-Azizy.. Indonesia Best Seller Book...
Buku Pertama daripada Trilogi "Makrifat Cinta"
Aku siap tulis tajuk2 lain dari tilogi buku nie.. target tuk beli pada bulan depan...
Aku baca dulu.. nanti klu ada masa aku akan komen..





Buku nie Seungu Lavender untuk Lyana n Adib... Karya Umi Kalthum Ngah.. Baca sinopsis je dah wat aku tertarik.. Moga anak2 aku pun suka..
Sebelum nie aku ada beli 2 buah buku..

Cuma Dia karya Norzailina Nordin...
Aku suka citer dia.. cuma aku bencikan watak Jenny dan teman lelaki dia..( lupalah namanya )...
Macam terdesak sangat.. terlalu mengejar cinta sehingga sanggup mengorbankan anak dan membelakangkan perasaan seoran suami yang sakit.
Dan klu di kenang2 kan semula.. sampai nie aku masih rasa geram n tak suka.. terbawa2 tu.. bahaya betul aku nie.. hehehe...

Lagi 1 aku tak mau bagitau tajuknya.. tak sedap langsung citenya.. kelam kabut... ntah apa2 ntah.. aku baca cikit je.. tak de daya penarik langsung...nantilah.. aku cuba habiskan baca...



Ok.. nanti kita jumpa lagi..

Salam....

Melaka... jalan-jalan cari pasal...

Assalammualaikum.. bertemu kembali...
Aku doakan semoga semua rakan2 pembaca berada dalam keadaan yang sihat hendaknya...
Eeemm.. jumaat lepas 26 jun, aku bawa anak2 tengok wayang citer transformers..
Seronok anak2 aku..
Aku sampai kat Melaka Mall kul 6.30 petang.. tayangan tuk kul 6 dah lepas. terlewat cikit je.. so terpaksalah tengok kul 7.45 malam. Tiket plak abis.. aku tak dapat tengok.. kerusi yg tinggal cuma 5.. ngam2 tuk anak2 n ank buah aku..
So.. aku dok merayau2 bandar melaka..


Dalam feri.. menyusuri sungai melaka..
pemandangan yang cantik..
klu nak naik feri nie aku cadangkan naik waktu malam..
baru nampak cantiknya
Menara Tamingsari


Posing menunggu masa nak naik Menara Tamingsari... bestttt.. korang patut naik Menara nie... pemandangannya.. pehhh... cantik...
Aku balik umah kul 11.30.. penat sangat.. tapi puas ati.. anak2 pun happy... diorg happy.. aku lagi happy....
Wasalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails