Monday, July 20, 2009

Apa Ceritanya....





Assalammualaikum....

Salam wat rakan2 pembaca blog semua..

Selamat bertugas semula pada hari nie.. isnin, 20 Julai, 2009 bersamaan dengan 27 Rejab 1430h.

Hari nie semua ahli keluarga aku berpuasa sunat.. sebenarnya Adib yang beria-ia nak berpuasa.. jadi mak aku cadangkan agar yg lain pun berpuasa.

Senang.. masak sekali je.. hehehe...

Yang tak posa cuma Lyana n Dani.. Aku kelakar pasal Dani.. sebelum kesekolah tadi dalam 6.35 pagi, dia dah makan koko crunch semangkuk.. Aku tanya dia.. dia posa tak?? dia cakap.. posa.. then aku tanya ni makan nie.. dia cakap.. baby makan sahur.. hehehe.. kelakar gan perangai dia...

Bagi aku... tiada yg lebih membahagiakan aku daripada melihat senyuman dan kegembiraan pada anak2 aku.. Sabtu lepas aku bawa diorg ke Jusco Melaka.. aku belikan mereka sehelai seluar jeans.. sepasang baju tido.. lagipun dah nak raya nie.. belilah sikit2 baju tuk mereka..

Kami makan di KFC.. anak2 aku bermain di pusat mainan Jucso.. sesekali nak senangkan ati anak2.. tak salah rasanya...

Sebenarnya aku nak cite kan pada semua kisah yang aku dengar dari mulut mak aku sendiri..
Pagi Jumaat lepas, mak gan akak ana pegi ke pasar minggu di BG.. Masa mak menunggu akak ana membeli barangan dapur.. dia telah nampak 1 insiden yang menyebabkan dia menitiskan air mata..


Kisahnya ada seorg wanita membawa 2 anaknya yg berusia kira-kira 4 dan 2 tahun ke pasar tersebut.
Kanak2.. apalah yg mereka tahukan?? Mak aku cakap.. kanak2 tu tersasar jalannya tapi taklah jauh dari ibunya.. tapi apa yg memeranjatkan mak aku.. ibu mereka telah memarahi mereka. (Tak ingat plak mak aku cakap dia pukul tak budak2 tu).

Tapi suaranya memang agak kuat. Mak aku dengar segala kata2nya sebab motor dia diletakkan berhampiran dengan tempat mak aku duduk. Yang membuatkan mak aku sedih ialah.. apabila melihat mata kanak2 tersebut hanya terkelip2 dengan wajah ketakutan apabila dimarahi seperti menunggu hukuman dijatuhkan..

Klu aku ada kat sana.. memang kena sound akak tu.. ada anak.. tapi suka2 nak marah2 depan org.. Cian budak2 tu.. Apalah salahnya klu marah dirumah saja atau.. di beri peringatan melalui mata.. (macam yg selalu aku buat)

Kisah ke2..
Semalam (Ahad).. nie lagi 1 kisah yang buat aku angin 1 badan.. Angin bukan sebab kena kuarkan duit.. tapi angin sebab masih ada kanak2 dijadikan alat oleh orang yang kononnya dewasa..
Pagi semalam ada 2 org budak lelaki katanya dari sekolah Tahfiz di daerah aku.. datang meminta derma untuk sekolah. Jika kami menghulurkan derma, kami akan diberikan sekotak kismis yang berharga Rm1.00 (klu jual kat kedailah)

Cian budak2 nie.. muka memang comel dan bersopan santun.. Berumur dalam 11-12 tahun. Seorang dari Kuantan dan seorg lagi dari KL.
Aku tanya.. dah makan ke belum.. mereka cakap.. dah.. bayangkan lah dalam keadaan panas, mereka berjalan kaki dari rumah kerumah untuk meminta derma..

Aku berikan mereka duit.. untuk derma dan aku berikan extra untuk mereka buat beli air minum. Aku membayangkan bagaimana jika anak2 tu anak2 aku.. Adib dan Dani?? Ya Allah.. ciannya..

Aku pasti guru mereka sedang menunggu dimana2 atau mungkin juga di rumah masing2 berehat. sedangkan anak2 murid mereka berkeliaran meminta sedekah.. malunyaaaaaa...

Juga aku terfikirkan tentang ibu-bapa anak2 ini.. Takkan yuran tak dibayar sampai anak2 terpaksa meminta derma.. Takkan tak de bantuan kewangan dari mana2 pihak??

Atau adakah mereka meminta derma sebagai menutup kegiatan perniagaan jualan langsung mereka?? Yelah, kismis tu kan kismis dari syarikat jualan langsung? aku tak nak meneka atau apa.. cuma aku agak terkilan... anak2 sekolah tahfiz nie terpaksa berjalan kesana kemari untuk memenuhi keperluan mereka disekolah ( betulke ??) atau ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Ini bukan kejadian pertama yang aku jumpa.. aku pasti ramai yang penah mengalaminya...
1 kisah yang paling tak aku dapat lupakan agak2 3 tahun lepas, apabila aku didatangi oleh seorg kanak2 berusia dalam 9- 10 tahun dari sekolah agama di Kedah meminta derma untuk sekolah pada aku pada bulan puasa yang pada masa tu berada di Seremban... didalam keadaan cuaca yg panas terik.. Bayangkan dari Kedah ke Seremban???

Tak ada ke bantuan dari mana2 pihak?? sampai mereka terpaksa buat begitu tuk belajar??

Aku tak kisah klu nak minta derma.. tapi janganlah gunakan kanak2..
Aku takut juga nak tulis ttg topik nie... takut blog aku kena tutup ke?? aku kena saman ke??
eeii... minta dijauhkan.. ini cuma pendapat peribadi...

Bagi aku, kanak2 seharusnya menikmati zaman kanak2 mereka... cuma jangan diabaikan.. seimbangkan diantara Dunia dan Akhirat.. kalu boleh lebihkan Akhirat kerana itulah yang akan kita tuju nanti.. Tapi bukan dengan cara nie.. kerana tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima..... kanak2.. apalah yang mereka tahu????

Sekian dulu wat kali nie.. sebenarnya banyak lagi yang aku nak tuliskan.. tapi aku tak berdaya nak menaip lagi.. aku sedih dengan apa berlaku... Maafkan aku jika kata2 aku diatas tadi terlalu kasar pada yang membacanya...
Wasalam...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails