Tuesday, July 14, 2009

Dari Tangkak ke Kuala Lumpur ke Port Dickson....

Assalammualaikum...
Bertemu kite kembali...
Sebenarnya aku penat sangat nak bercerita.. nak menaip kat sini.. tapi sebab ada banyak perkara yang berlaku pada aku sejak dari sabtu lepas.. maka aku merajinkan diri menghantar cite kat sini..
Lagipun kebelakangan nie banyak betul keje2 kat pejabat.. wat aku kepenatan dan kemalasan...
OK... bermula pada jumaat lepas, abang ya tak sihat.. rupanya dah lama dia sakit. Tapi dia tak cite gan kitaorg sebab tak nak mak aku tau. Bila mak tau.. mulalah mak risau n nangis.. mak pujuk aku untuk hantar dia ke kl..
Lepas aku wat kira2.. tolak n campur apa yg patut.. aku pun bersetuju.
Sebenarnya aku dah ada plan nak ikut MHCC ke Glory Beach Resort PD pada 11 dan 12 Julai, 2009. Aku terpaksa kol Melz n cakap aku tak jadi ikut. Melz ok.. cuma ada org tu cam merajuk je.. sorilah ye.... tak disengajakan.
Petang jumaat lepas keje aku bertolak ke KL... mula2 akak ana tak nak ikut.. then tetiba je dia bersiap2. Jadi pegilah 2 buah keta.. ngado betullah...
Klu aku tau dia nak pegi.. tak de lah aku nak pegi... aku ke PD je... geram aku..
Sampai kl dalam kul 8.20 malam.. aku terus ke umah abg ya di Seri Kembangan. sebelum sampai sana.. haziq (Anak abg ya) dah 3 kali kol.. dia asik tanya bila nak sampai.. dia memang rapat gan anak2 aku.. tu yg asik kol je

Dani.. happy dapat berjalan... dah lama tak ke umah abg ya...



Pemandangan waktu petang dan malam.. sepanjang highway utara selatan...
Pic ni Adib yang amik.. baru nak belajar.. tapi sempat juga dia bergaduh gan Lyana..
Aku bertolak balik tangkak kul 3.40 petang (sabtu 11 Julai, 2009).
Lepas je tol air keroh.. rakan MHCC kol aku.. dia cakap dia baru je bertolak dari jb.
Dia tanya aku nak ikut tak?? klu nak ikut dia akan amik aku kat tol Tangkak.. dari JB masih ada 3 buah keta yang lambat pegi.. mungkin sebab keje.
Aku tanya mak.. dia ok.. sampai umah kul 6.. aku terus kuarkan baju kotor n gantikan baju lain dari dalam beg aku.
Daus anta aku sampai tol tangkak... 6.30.. aku bertolak ke PD.. badan penat.. tapi teruja sebab nak jumpa kawan2 kelab. Agak lama juga tak jumpa diorg..
Diaorg bawa keta.. laju yg amat.. 160km/j... aku dah kecut perut dalam keta...
rasa macam semua air aku nak buang.. hehehe.. memalukan je kan???
Barisan keta kuat honda... Aku naik keta putih tu.. power tu...
Posing dengan Adik Ayum...
Kitaorang bertolak balik ke muar pukul 1 tengahari... Tapi sebelum tu.. kitorg singgah di Extreme Park (kat mana ntah) untuk bermain go kart. Aku tak main.. hajat hati nak join.. tapi takutlah pulak... hehehe...

Lepas main go kart.. Kitaorg balik ke muar melalui jalan dalam.. aku sampai umah kul 6 petang.. terus aku membasuh baju sekolah anak2.. Masa kat PD tak banyak pic yang aku amik..
Tak sempat sebab asik berbual2 je gan kawan.
Ok.. cukup setakat nie dulu.. aku ada keja nak buat..
nanti aku cite lagi ekk??
Wasalam...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails