Wednesday, July 29, 2009

Happy Birthday To Me...

Assalammualaikum...
Hari nie.. 29 Julai, 2009.. genap umur aku 34 tahun...
Dah tua dah aku rupanya.. Apa ye yang aku ada pada umur aku sekarang nie??
Bahagia ke aku??
Aku bahagia dengan kehadiran anak2 aku.. mak.. adik beradik aku yang selama ini banyak menyokong aku ketika aku rebah...
Aku berdiri tegak semula, semuanya kerana mereka...
Aku kuatkan hati.. tabahkan diri aku kerana mereka...
Aku abaikan keperluan aku kerana mereka..
Kerana aku tak mahu mereka melihat berduka...
Satu dari impian aku telah musnah.. musnah ditengah jalan..
tapi aku redha.. kerana aku tahu itu adalah kifarah dari dosa2 aku yang lalu..
Aku tau DIA masih sayangkan aku kerana itu aku di ujiNYA.
Aku bersyukur kerana aku berjaya bangkit semula selepas aku dibuang seperti kain buruk..
mereka mengutip aku dan memberikan aku harapan..
Memberikan aku peluang untuk membuka buku baru...
ketika Tsunami melanda Asia Tenggara.. ketika itu juga Tsunami berlaku dalam hidup aku...
aku redha Ya Allah.. ini ujianMU untuk hambaMu yang hina ini.. yang tak pernah cukup dengan apa yang Kau berikan kepada ku... Ampunilah aku, sesungguhnya Kau lah Yang Maha Pengampun.. Maha Pengasih.. Maha Penyayang...
Berikanlah aku Rahmat Mu...
Jauh disudut hati aku.. aku masih mahu diri aku disayangi.. tapi masihkah ada yang yang akan menyayangi aku??
Wasalam...

2 comments:

  1. selamat hari lahir yg ke 34.. moga2 tabah menghadapi liku2 kehidupan yang sangat melekakan ini... amin..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails