Tuesday, May 31, 2011

Sentuhan Listrikmu...

Bisakah aku bertanya padamu
Dari mana datang sayang ini
Dari redup matamu
Atau bisikan mesra

Adakah kerna sentuhan listrikmu
Membuat ku terus berjanji
Hati ini hanya untukmu saja

Sentuhanmu bukan datang dari
Dunia materi
Terasa ini pernah mengusikku
Bagai de javu

Ku rindu sentuhanmu
Ku damba sentuhanmu
Tiada lain yang ku inginkan
Hanyalah
Hanya sentuhanmu


ps :
cemburu dengan pandangan penuh cinta sunan buat ratna..

apa fikiran nan???

Tuesday, May 24, 2011

Budi Bahasa Budaya Kita

12.25 tengahari... 24 Mei, 2011

HP aku berbunyi.. keluar nombor yang aku tak kenali... 0162304527..

"Ali mana.. Ali.. Ali??' Suara seorang gadis kedengaran dihujung talian. Mungkin dalam lingkungan awal 20an.

" Ali?? "

" Ali lah.. mana Ali?" Suaranya dah mula tinggi.

Aku dok fikir.. sapa lak Ali nie.. sapa pulak perempuan nie?

" Cik dah salah nombor nie cik." Aku berbahasa.

"Apa punya bodohlah kau nie.. betullah nie nombor Ali!!"

Perghhh!!!! Darah panas dah menyerbu ke muka aku.. asap dah keluar dah ikut telinga dan hidung. Mau je aku sumpah dia...

" Eh.. cik yang salah nombor, boleh plak cakap saya bodoh? Nie sapa yang bodoh sebenarnya nie?' Suara aku dah tinggi.. tapi masih dalam nada yang terkawal sebab... aku nie dah tua.. malas nak emosi2.. kang kalau aku layan budak tak empok.. aku pun ikut tak empok...

" Kurang ajarkan??" Dia menengking aku.

" Eh! ni sapa yang kurang ajar nie?.. Tak de bahasa langsung!!" Aku terus matikan talian.

Apa salahnya kalau dia minta maaf dari aku sebab dah terang dan nyata yang dia dah salah dail nombor telefon aku tapi sebaliknya aku yang dia tengking dan dipanggil kurang ajar dan bodoh.

Memang tak de bahasa langsung budak perempuan nie.. Anak sapalah tu??? Kesian mak dan ayah dia.. samada mereka tak ajar dia tentang budi bahasa atau dia memang tak makan diajar... Agak2 budak ni sekolah ke tak?? Apa kat sekolah dia tak belajar subjek sivik dan kewarnegaraan ke??

Tapi lojiknya... benda-benda nie semua tak perlu diajar... kesedaran sendiri tentang pentingnya berbahasa dan menghormati orang yang lebih tua.

Kalau macam nie lah pewaris Bangsa Melayu di Malaysia nie.. alamat... bangsa kita akan dilabelkan sebagai tiada budi dan bahasa.. seterusnya hilanglah budaya kita.

Monday, May 23, 2011

Ingatan Buat Diri..

Aku selalu tanamkan dalam kepala aku...

Kalau aku susah.... sebenarnya ada orang yang lebih susah dari aku.

Selalunya aku akan ingatkan pada diri aku.. terutama bila aku tengok akaun aku setiap kali 25hb menjelang. Begitu juga ketika aku berbelanja atau aku berjalan2 dengan anak2 aku.

Sekurang2 nya aku masih boleh berbelanja di Mydin, Jusco atau paling "koman" pun.. kat Family Store kat Jasin. Sekurang2 nya dengan duit yang aku "cucuk" tiap2 bulan tu.. aku dah dapat bersih tanpa aku perlu membayar hutang2 lain. Gaji yang aku dapat tu telah ditolak dengan duit rumah dan duit kereta.

Selain dari itu, aku juga dapat duit perbelanjaan anak2 dari bekas suami aku. walaupun taklah Ribu Riban seperti sesetengah artis yang dapat sehingga mencecah puluhan ribu.. tapi masih mencukupi untuk menanggung perbelanjaan bulanan anak2 aku. Merasalah anak2 aku makan koko krunch dan minum susu segar.

Kenapa soal ini yang aku bangkitkan???

Kerana aku pening, bengang, kesal dan meluat bila ada orang yang masih punya suami, punya kerja tetap, punya bisnes sendiri, punya 3-4 biji bas, kereta dan rumah. Duit perbelanjaan yang ditanggung suami sehingga duit gaji sendiri hanya digunakan untuk kegunaan sendiri tapi masih mengeluh..

"DUIT TAK CUKUP.. DUIT TAK DE.. HARGA BARANG DAH NAIK.. MANA NAK CARI DUIT.. AKU MANA ADA DUIT.. KALAU AKU TAK BUAT AKU ANAK BERANAK NAK MAKAN APA..." dan sebagainya..

Apa dia tak pernah bersyukur ke??

Mak aku memang pantang bila anak2 dia sebut DUIT TAK DE!.. memang pantang pada dia. Cakap saja.. "tak cukuplah mak".. dan itu juga yang selalu aku cakapkan...

Memang hakikatnya harga barang dah naik.. semua orang mengeluh termasuk aku.. tapi aku tak mau terlalu memikirkannya kerana kehidupan kita tetap kena teruskan. Maknanya penjimatan harus aku gandakan.. tetapi dalam masa yang sama kebajikan anak tak boleh aku ketepikan. Keperluan sekolah anak2 aku letakkan ditempat pertama selain dari makan minum.

Bagi aku... janganlah kita asik mengeluh kerana itu tandanya kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita.

Sebenarnya semua nie dugaan Allah kepada kita, kerana duit sebanyak mana pun kalau kita longgokkan didepan mata.. takkan pernah cukup. Bukit... kalau hari2 kena tarah pasti akan gondol juga... dan yang pasti akan berlaku tanah runtuh sehingga mengobankan nyawa.

Bersyukurlah.. selain dari itu jika dirasakan perbelanjaan kita melebihi pendapatan.. cuba2lah cari pendapatan sampingan.. macam aku.... jual nutrimetisc.. jual tupperware.. dapat gak rm5-6... bukan apa.. tambah2 duit. Kumpul2.. bolehlah aku beli beg tangan.. (itu saja yang ada dalam kepala aku skrg)

Aku tau.. ada yang tak setuju dengan aku.. tapi percayalah.. dan fikirlah baik2. Kita punya kerja tetap. Setiap bulan gaji masuk kedalam akaun kita. Kita tidur diatas tilam yang empuk berkipas angin sedangkan diluar sana masih ada insan yang tidak menikmati semua tu.

Sebenarnya apa yang aku catitkan disini adalah untuk ingatan buat diri aku sendiri.. Anggaplah apa yang berlaku adalah ujian dariNYA. Setiap ujian yang diberi adalah mengikut kemampuan hambaNYA sendiri.. kerana Dia Maha Mengetahui..

Buat sahabat aku tu... cukup-cukuplah.. janganlah asyik nak komplen je.. semuanya kau tak puas hati.. tiap-tiap hari dalam FB kau.. ada je yang kau luahkan.. ada je yang kau tak puas hati.. tentang org tu.. tentang org nie.. ada je yang tak kena pada mata kau.. kau kena ingat.. 1 jari kau tunding pada orang.. 4 jari lagi sebenarnya menunding ke arah siapa???

Thursday, May 19, 2011

Bodoh Tak Boleh Di Ajar.. Pandai Tak Boleh Di Ikut....

Along...

Dibesarkan dengan penuh kemewahan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
Dia anak sulong dari 4 beradik dan juga merupakan cucu sulong didalam keluarga. Dia merupakan contoh yang terbaik buat sepupu2 nya yang lain kerana pencapaian dia didalam pelajaran. Menuntut di sekolah berasrama penuh yang terkenal dan berjaya memasuki Universiti yang terbaik di Malaysia.

Harapan keluarga begitu tinggi tapi sayang.. anak gadis ini terlalu alpa dengan keindahan dunia remajanya. Harapan tinggal harapan... Masuk semestar ke-2 along berubah. Dia menjadi liar tapi setiap gerak lakunya disorokkan dari ahli keluarganya. Teman lelaki nya saja ada 3-4 orang.. Pelajaran entah kemana.. keputusan peperiksaan semakin teruk sehingga mak dan ayahnya dipanggil.

Alangkah malunya Mak dan ayah dengan perbuatan dia. Pinjaman tidak dapat, kerana keputusan peperiksaan yang teruk jadi mak dan ayah terpaksa membuat pinjaman peribadi dan juga mengeluarkan duit simpanan KWSP berpuluh2 ribu demi seorang anak. Mak dan Ayah terpaksa menunda perjalanan mereka ke Tanah Suci demi anak yang dikasihi.

Tapi dia tak serik.. dengan semua teman lelaki.. dia berhutang.. bukan sikit jumlahnya.. beribu2. Semuanya terbongkar apabila dia melarikan diri mengikut pemuda dari Muadzam untuk bernikah di Sempadan.

Dapat suami tak guna.... pemuda kampung yang bersekolah setakat tingkatan 3. Pemalas, hisap ganja, mencuri dan bermacam2 kes dengan pihak polis. Dia pulak mengandung anak pertama, barulah dia mula mencari mak dan ayahnya kembali.

Semua ahli keluarga terkejut... Along menangis merayu2 bantuan... Berjanji akan berubah tapi janji hanya tinggal janji.. dia masih seperti dulu..

Selepas bersalin, dia berusaha mencari kerja.. seorang saudara membantu tapi dia memalukan saudaranya.. dia lari dari tempat kerjanya dengan mengambil duit syarikat berjumlah ribuan ringgit. Mak dan ayahnya terpaksa mencari jalan membayar takut dilaporkan kepihak polis. Dalam masa yang sama dia kembali mempunyai teman lelaki walaupun masih belum bercerai dan sekarang mengandung pula anak yang ke2.. yang pastinya semuanya tidak tahu anak siapakah yang dikandungnya..

Dia tak pernah serik.. dia terlalu asik dengan dunianya yang indah.. sehingga dia tergamak mengalirkan airmata ibunya...

Bila saudaranya yang tidak bersekolah tinggi menegur.. dia memarahi mereka dengan menyatakan "Ko sekolah sampai darjah berapa?"

Yang pastinya... dia yang bodoh sombong.... Yang berlagak pandai tapi....

Mak dan Ayah tak salah.. semua didikan dunia dan akhirat cukup.. kasih sayang yang sempurna tapi dia yang silap kerana terlalu bongkak dan sombong.. Layaknya dia mendapat Gelaran Anak Derhaka...

Majlis Perujian Al-Quran Peringkat Negeri Johor 2011

Sekarang sedang berlangsung Majlis Perujian Al-Quran Peringkat Negeri Johor di Dataran Ledang.

Berlangsung dari 18 - 20 Mei, 2011, setiap malam dari jam 9.00 malam sehingga 11.00 malam.

Adib telah mewakili sekolah nya untuk membuat persembahan Nasyid selama 2 malam berturut2. Semalam persembahan Adib bermula pada jam 8.00 malam. Malam nie akan diadakan pada jam 10.00 malam.

Hati aku rasa berbunga-bunga melihat buah hati aku membuat persembahan. Aku yakin semua ibu-bapa akan merasa bangga apabila melihat anak mereka beraksi dipentas. Maksud aku pentas yang sebegini.. yang berkaitan dengan agama.. bukan pentas hiburan semata2. Pentas yang secara tak langsung sebagai dakwah dalam menyebarkan agama Allah. Walaupun dia hanya bernasyid, aku telah cukup bersyukur. Mana tau.. kali nie dia nasyid... dimasa akan datang dia akan menjadi qari pulak?? Siapa tahu kan perancangan Allah??


Gambar semasa pertandingan MTAQ Peringat Daerah.
Kumpulan Adib hanya mendapat tempat ke-4


Sebelum persembahan.. posing dulu.









Sewaktu persembahan. Jauh sangat.. ini saja yang mampu aku ambil..


Malam nie ada lagi.. malam esok akan diadakan Majlis Perasmian Penutup dan acara penyampaian Hadiah.

Tuesday, May 3, 2011

Cahaya

DIHUJUNG JALAN ITU TERLIHATKAN CAHAYA.

LANGKAH DIATUR MENUJU KESANA.

TAPI SAYANG CAHAYA ITU BUKAN UNTUK KITA.

IANYA MILIK ORANG LAIN RUPANYA DAN KITA HANYA MAMPU MENUMPANG BIASANNYA.

Ketidakadilan

Aku kecewa dengan sikap tidak adil mereka.

Aku sedih kerana kami dibeza-bezakan.

Adakah kerana aku tidak punya suami sehingga aku dihina begini??

Adakah kerana Lyana, Adib dan Dani tidak punya Babah sehingga mereka dilayan sebegitu??

Kami dipanggil lembu..

Lyana, Adib dan Dani dimarahi, dikeji dan dipanggil "haramjadah" "Anak setan" kerana kesalahan orang lain???

Ya.. aku akui kami hanya menumpang disitu... tapi kami juga masih menyumbang sesuatu.

Janganlah bimbang kerana satu masa nanti kami akan pergi juga.

Ketidakadilan berlaku tapi aku hanya mampu memandangnya saja kerana tidak mahu dijatuhkan dengan hukuman derhaka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails