Thursday, May 19, 2011

Bodoh Tak Boleh Di Ajar.. Pandai Tak Boleh Di Ikut....

Along...

Dibesarkan dengan penuh kemewahan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
Dia anak sulong dari 4 beradik dan juga merupakan cucu sulong didalam keluarga. Dia merupakan contoh yang terbaik buat sepupu2 nya yang lain kerana pencapaian dia didalam pelajaran. Menuntut di sekolah berasrama penuh yang terkenal dan berjaya memasuki Universiti yang terbaik di Malaysia.

Harapan keluarga begitu tinggi tapi sayang.. anak gadis ini terlalu alpa dengan keindahan dunia remajanya. Harapan tinggal harapan... Masuk semestar ke-2 along berubah. Dia menjadi liar tapi setiap gerak lakunya disorokkan dari ahli keluarganya. Teman lelaki nya saja ada 3-4 orang.. Pelajaran entah kemana.. keputusan peperiksaan semakin teruk sehingga mak dan ayahnya dipanggil.

Alangkah malunya Mak dan ayah dengan perbuatan dia. Pinjaman tidak dapat, kerana keputusan peperiksaan yang teruk jadi mak dan ayah terpaksa membuat pinjaman peribadi dan juga mengeluarkan duit simpanan KWSP berpuluh2 ribu demi seorang anak. Mak dan Ayah terpaksa menunda perjalanan mereka ke Tanah Suci demi anak yang dikasihi.

Tapi dia tak serik.. dengan semua teman lelaki.. dia berhutang.. bukan sikit jumlahnya.. beribu2. Semuanya terbongkar apabila dia melarikan diri mengikut pemuda dari Muadzam untuk bernikah di Sempadan.

Dapat suami tak guna.... pemuda kampung yang bersekolah setakat tingkatan 3. Pemalas, hisap ganja, mencuri dan bermacam2 kes dengan pihak polis. Dia pulak mengandung anak pertama, barulah dia mula mencari mak dan ayahnya kembali.

Semua ahli keluarga terkejut... Along menangis merayu2 bantuan... Berjanji akan berubah tapi janji hanya tinggal janji.. dia masih seperti dulu..

Selepas bersalin, dia berusaha mencari kerja.. seorang saudara membantu tapi dia memalukan saudaranya.. dia lari dari tempat kerjanya dengan mengambil duit syarikat berjumlah ribuan ringgit. Mak dan ayahnya terpaksa mencari jalan membayar takut dilaporkan kepihak polis. Dalam masa yang sama dia kembali mempunyai teman lelaki walaupun masih belum bercerai dan sekarang mengandung pula anak yang ke2.. yang pastinya semuanya tidak tahu anak siapakah yang dikandungnya..

Dia tak pernah serik.. dia terlalu asik dengan dunianya yang indah.. sehingga dia tergamak mengalirkan airmata ibunya...

Bila saudaranya yang tidak bersekolah tinggi menegur.. dia memarahi mereka dengan menyatakan "Ko sekolah sampai darjah berapa?"

Yang pastinya... dia yang bodoh sombong.... Yang berlagak pandai tapi....

Mak dan Ayah tak salah.. semua didikan dunia dan akhirat cukup.. kasih sayang yang sempurna tapi dia yang silap kerana terlalu bongkak dan sombong.. Layaknya dia mendapat Gelaran Anak Derhaka...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails