Monday, May 23, 2011

Ingatan Buat Diri..

Aku selalu tanamkan dalam kepala aku...

Kalau aku susah.... sebenarnya ada orang yang lebih susah dari aku.

Selalunya aku akan ingatkan pada diri aku.. terutama bila aku tengok akaun aku setiap kali 25hb menjelang. Begitu juga ketika aku berbelanja atau aku berjalan2 dengan anak2 aku.

Sekurang2 nya aku masih boleh berbelanja di Mydin, Jusco atau paling "koman" pun.. kat Family Store kat Jasin. Sekurang2 nya dengan duit yang aku "cucuk" tiap2 bulan tu.. aku dah dapat bersih tanpa aku perlu membayar hutang2 lain. Gaji yang aku dapat tu telah ditolak dengan duit rumah dan duit kereta.

Selain dari itu, aku juga dapat duit perbelanjaan anak2 dari bekas suami aku. walaupun taklah Ribu Riban seperti sesetengah artis yang dapat sehingga mencecah puluhan ribu.. tapi masih mencukupi untuk menanggung perbelanjaan bulanan anak2 aku. Merasalah anak2 aku makan koko krunch dan minum susu segar.

Kenapa soal ini yang aku bangkitkan???

Kerana aku pening, bengang, kesal dan meluat bila ada orang yang masih punya suami, punya kerja tetap, punya bisnes sendiri, punya 3-4 biji bas, kereta dan rumah. Duit perbelanjaan yang ditanggung suami sehingga duit gaji sendiri hanya digunakan untuk kegunaan sendiri tapi masih mengeluh..

"DUIT TAK CUKUP.. DUIT TAK DE.. HARGA BARANG DAH NAIK.. MANA NAK CARI DUIT.. AKU MANA ADA DUIT.. KALAU AKU TAK BUAT AKU ANAK BERANAK NAK MAKAN APA..." dan sebagainya..

Apa dia tak pernah bersyukur ke??

Mak aku memang pantang bila anak2 dia sebut DUIT TAK DE!.. memang pantang pada dia. Cakap saja.. "tak cukuplah mak".. dan itu juga yang selalu aku cakapkan...

Memang hakikatnya harga barang dah naik.. semua orang mengeluh termasuk aku.. tapi aku tak mau terlalu memikirkannya kerana kehidupan kita tetap kena teruskan. Maknanya penjimatan harus aku gandakan.. tetapi dalam masa yang sama kebajikan anak tak boleh aku ketepikan. Keperluan sekolah anak2 aku letakkan ditempat pertama selain dari makan minum.

Bagi aku... janganlah kita asik mengeluh kerana itu tandanya kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita.

Sebenarnya semua nie dugaan Allah kepada kita, kerana duit sebanyak mana pun kalau kita longgokkan didepan mata.. takkan pernah cukup. Bukit... kalau hari2 kena tarah pasti akan gondol juga... dan yang pasti akan berlaku tanah runtuh sehingga mengobankan nyawa.

Bersyukurlah.. selain dari itu jika dirasakan perbelanjaan kita melebihi pendapatan.. cuba2lah cari pendapatan sampingan.. macam aku.... jual nutrimetisc.. jual tupperware.. dapat gak rm5-6... bukan apa.. tambah2 duit. Kumpul2.. bolehlah aku beli beg tangan.. (itu saja yang ada dalam kepala aku skrg)

Aku tau.. ada yang tak setuju dengan aku.. tapi percayalah.. dan fikirlah baik2. Kita punya kerja tetap. Setiap bulan gaji masuk kedalam akaun kita. Kita tidur diatas tilam yang empuk berkipas angin sedangkan diluar sana masih ada insan yang tidak menikmati semua tu.

Sebenarnya apa yang aku catitkan disini adalah untuk ingatan buat diri aku sendiri.. Anggaplah apa yang berlaku adalah ujian dariNYA. Setiap ujian yang diberi adalah mengikut kemampuan hambaNYA sendiri.. kerana Dia Maha Mengetahui..

Buat sahabat aku tu... cukup-cukuplah.. janganlah asyik nak komplen je.. semuanya kau tak puas hati.. tiap-tiap hari dalam FB kau.. ada je yang kau luahkan.. ada je yang kau tak puas hati.. tentang org tu.. tentang org nie.. ada je yang tak kena pada mata kau.. kau kena ingat.. 1 jari kau tunding pada orang.. 4 jari lagi sebenarnya menunding ke arah siapa???

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails