Tuesday, April 22, 2014

Bunga Aisyah..


Kelahiran cucu saudara ketiga aku.. Yang nie istimewa sebab dia baby girl.. gegirl sangat.. Bunga Aisyah.. Tak rela dipanggil nenek.. kami sepakat dipanggil Lola.. tapi aku tetaplah dipanggil umie.. 







Suka Duka 2014

Assalammualaikum...

Telalu banyak perkara yang berlaku pada aku walaupun baru 4 bulan mengharungi tahun 2014.

Antaranya ialah pada awal Januari Adib terpaksa dirawat di Hospital Besar Tangkak kerana kesilapan dan kecuaian aku memberi dia ubat tahan sakit. Aku betul-betul ketakutan dan serasa melayang nyawa nie.

Sebenarnya ia bermula dari Dani yang demam, dia baik je demam  berjangkit pulak dengan aku. Selang 2 hari Adib pulak demam. Aku ingat lagi.. Pada hari Khamis, cikgu sekolah Adib meminta aku mengambil dia disekolah. Tapi disebabkan aku agak sibuk, aku meminta dia diberikan panadol dan berehat saja.

Sabtu demam Adib dah kebah. Dia dah boleh bersukan seperti biasa. Tapi sebab aku nie ntah apa yang merasuk kepala aku.. aku berikan dia ubat tahan sakit sedangkan aku tahu yang dia tak boleh makan ubat yang sebarangan. Tengah malam tu, Adib mengejutkan aku. Dia nak kebilik air. Keluar saja dia dari bilik air aku melihat buka dan mata dia membengkak dan mata putih telah bertukar merah.

Dalam pada tu, aku masih berbolak balik samada mahu membawa dia kehospital atau tidak, tapi Alhamdulillah.. Allah telah membuka minda bawah sedar aku dan aku mula teringat tentang alahan dia.

Bergegas aku bersiap dan terus aku bawa dia ke Hospital.. Ya Allah.. paru-paru dia rupanya dah bengkak.. dia juga mengalami sesak nafas.. Aku tak terkata cuma air mata saja yang mengalir.. Maafkan umie sayang.. umie salah...

2 hari Adib jadi penghuni wad.. dan aku jadi pengunjung setia walaupun kesihatan aku masih belum pulih sepenuhnya. Hari ke3 selepas Adib keluar dari hospital, aku pulak yang tumbang.. hampir seminggu aku demam.. Apapun, aku tetap bersyukur dan gembira melihat anak-anak aku kembali sihat. Maaflah.. puas aku cari gambar Adib.. ntah mana aku letak..

Aku juga di uji dengan kesetiaan persaudaraan dengan abang kandung aku. Tapi nampaknya aku tewas dengan isteri  dan juga bibik dia. Tapi aku redha, kerana aku tau aku dipihak yang benar. Agak mustahil bila aku tak benarkan orang meminjam telekung aku. Sapa tak nak pahala free, ye tak?? Banyak lagi perkara yak masuk akal yang menjadi pertikaian. Benar kata akak sulong aku. Abang aku mungkin dah tua.. tapi tak matang. Lelaki juga mempunyai 9 akal, tapi dia tak pernah menggunakannya. Dia tak pandai menggunakannya dan bagi aku pula sebenarnya akal dia dikawal oleh isterinya.

Bibik dia pun sama naik mengata aku. Dasar indon tak sedar diri. Kita bagi madu kau balas dengan tuba.. Aku serahkan kepada Allah.. Lepas buat salah dan mengkucar-kacirkan hubungan kami anak beranak, dia tak berani langsung nak jejak kami ke rumah mak aku. Tapi aku tak tau kenapa abang masih menyebelahi dia sedangkan dia dah tau perkara sebenarnya.








Kompilasi gambar diatas, sewaktu aku pergi berkursus di Pulau Pinang mulai 14 - 17 April 2014. Menyeronokkan.. bekerja sambil berjalan. Alhamdulillah.. dapat juga merawat hati yang rawan.


Bertemu lagi nanti..

Wasalam

Monday, April 21, 2014

JUEITA - KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF

Assalammualaikum..

Sekian lama menyepi.. sebenarnya aku bukannya duduk diam je.. tapi banyak tugasan yang perlu aku lunaskan. Berbagai-bagai acara yang aku hadiri juga yang aku sertai. 

Gambar yang pertama adalah hasil daripada kerja keras aku bersama 14 rakan Pembantu Tabdir N17 dan Juruteknik Komputer FT 17 juga disertai oleh pegawai teknologi dari jabatan aku.. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Kami menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif BTP Peringkat Kebangsaan. Kerja keras selama hampir 4 bulan bermula dari bulan Julai  hingga Oktober 2014, berbayar juga dengan kejuaraan kami. 

Aku selaku setiausaha kumpulan amat-amat bersyukur ke Hadrat Ilahi diatas kemenangan kami. Kami telah berusaha, meninggalkan keluarga, meninggalkan kerja-kerja pejabat dan berkumpul di Jabatan kami  di Johor Bahru setiap minggu hanya untuk memantapkan lagi pembentangan kumpulan JUEITA. Alhamdulillah, berkat usaha, doa dan tawakkal kepadaNya.. kejayaan inilah yang telah Dia berikan kepada JUEITA.

Sudah tentu aku gembira dengan kemenangan ini, kerana aku telah meninggalkan anak-anak sekian lama.. mereka aku tinggalkan dibawah jagaan mak dan akak aku. Sehingga pernah 1 malam kata-kata Dani yang mengusik naluri aku.. "nie umie, baby sayang umie, Selamat malam umie" sambil menyelimuti bantal aku lalu memeluknya (seperti yang kakak ceritakan kepada aku) 

Untuk tahun 2014, kami dimaklumkan akan mewakili jabatan diperingkat kementerian pulak.. Alahai... menakutkan.. 


 Senyuman seorang juara..





JUEITA

 Pembentang ke-2










Hadiah kemenangan - bercuti di Sawarak..

Aku akan menulis lagi.. 


Wasalam.. 

Wednesday, June 12, 2013

Panjang Umurnya..

Salam..

Selamat hari lahir buat anakanda tersayang..

Lyana Yasmeen Binti Rustam.. 12 Jun, 2013..

Moga kakak membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang solehah.. dapat membahagiakan umie dan babah.. Juga dapat menjaga adik-adik kelak.




Muhammad Adib Hakimi Bin Rustam.. 13 Jun, 2013



Doa umie untuk abang, agar abang menjadi anak yang soleh.. Juga dapat melindungi kakak dan menjadi abang yang terbaik buat adik-adik abang.

Buat kedua-dua anak umie..

"Semoga Allah panjangkan umur kalian dan dimurahkan rezeki. Diterangkan hati, dilembutkan hati dan diberikan AlHikmah disepanjang hayat kalian. Semoga kalian menjadi pemimpin dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin.. "









Monday, June 10, 2013

Kembali...

Assalammualaikum..

Aku bersiaran kembali... bertemu kembali di ruangan ini..

Aku kembali mengetuk jari jemari aku yang aku rasakan semakin kaku..

Aku kembali memerah otak kecil ku yang aku rasakan semakin membeku..

Betul-betul aku berehat sehingga ada juga 2-3 rakan yang selalu sudi menjengah laman ini mula mengomel samada di laman muka buku atau laman sistem pesanan ringkas..

Maaflah.. sebab tu aku malas nak berehat, sebab kalau dah berehat sekali atau sekejap terus terasa nak berehat selama-lamanya. Sehinggakan aku pernah terfikir untuk menutup terus laman ini.

Oleh kerana aku terlalu sayangkan memori indah yang terlalu banyak telah aku tinggalkan disini.. maka aku teruskan juga..

Sebenarnya.. aku kesakitan hampir 3 minggu lamanya. Demam yang berpanjangan.. kejap ok.. kejap ko.. kejap "benda" tu dok kat tengah belakang.. kejap dia dok hujung ibu jari kaki.. kejap2 di bertenggek pulak kat lutut kanan.. sampaikan nak solat pun aku kena duduk atas kerusi.. dan kadang-kadang aku malas nak solat (Percaya atau tak.. aku tak nak solat langsung)

Aku dah berwuduk tapi aku duduk atas sejadah dengan bertelekung.. ketika itu aku cuma memandang ketempat aku bersujud.. setelah 5-10 minit berlalu.. aku berdoa.. Doa aku hanya ucapan Bismillah.. dan Alhamdulillah.. Aku raup muka, buka telekong.. gumpal2 dengan sejadah dan terus keluar macam takde apa-apa berlaku.

Tapi aku bersyukur kerana ianya tak berlarutan lama... selang 2-3 hari, aku dibawa berubat di Pagoh oleh akak dan abang ipar aku. Alhamdulillah.. aku beransur pulih dan "benda" tu pun dah dibuang (tak tau kena campak kat mana).

Hilang demam.. aku batok. Juga hampir 3 minggu. Aku macam baby kena pakai pampers.. kalau tidak.. mau hancing 1 opis.. hehehehe.. memalukan..

Segala aktiviti berjalan seperti biasa.. aku masih bekerja seperti biasa, sibuk menguruskan perkahwinan anak saudara aku, anak akak sulong aku. Bermula dengan persiapan hantaran sehingga menghantar pengantin di Jerantut, Pahang. Majlis disebelah keluarga kami dibuat selepas raya cina.

Kemudian dengan banyak mesyuarat dan bengkel yang aku kena penuhi.. yelah.. dah nama pun tanggungjawab. Untuk pengetahuan rakan-rakan.. sewaktu menghadiri bengkel di Melaka barulah aku tahu, yang ada seorang dari rakan sekerja (budak baru) sebenarnya tak suka pada aku. *tapi aku tak amik pot.. ada aku kesah?*

Baiklah.. anggap saja entri ini sebagai pemanas badan.. Inshaa Allah.. aku akan cuba untuk sentiasa bercerita disini.. Agar semua kenangan indah yang terlekat diingatan dapat aku kongsikan bersama kalian dan juga sebagai diari aku..

Selamat menyambut bulan Syaaban.. marilah kita berpuasa bersama-sama..

Wasalam..








































LinkWithin

Related Posts with Thumbnails