Friday, July 24, 2009

HAPPY BIRTHDAY SAYANG...

Assalammualaikum...

Khamis lepas.. 23 Julai, 2009.. umur Dani genap 6 tahun...
Dah besar dah baby aku yang kecil dulu... Masih terbayang2 di ruang mata aku.. pada jam 2 pagi 23 Julai, 2003 di Hospital Seremban, aku selamat melahirkan Dani.. Nama sebenarnya MUHAMMAD DINIE KHALIS...
Kelahiran Dani lewat 2 minggu.. aku terpaksa ditahan 4 hari di hospital dan setiap hari dimasukkan ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran. Pada hari ke-4, aku terpaksa berpuasa kerana doktor cakap.. klu masih tak bersalin aku akan dibedah.. aduhaiii.. menakutkan..
Petang 22 Julai, 2003.. Air mentuban pecah.. tapi aku masih tak sakit.. doktor takut Dani lemas .. jadi aku dihantar ke Bilik bersalin. Ubat dimasukkan lagi.. bermula je waktu maghrib aku mula rasa sakit.. agak lama menahan sakit.. Bekas suami aku ada menemani aku.. Selama hampir 7 jam aku kesakitan.. barulah Dani selamat dilahirkan...
Sepanjang masa bekas suami aku ada.. tapi sampai sekarang aku kehairanan.. dia tak pernah rasa simpati pada aku.. kesakitan aku melahirkan zuriat dia tak pernah dikenang sewaktu dia meninggalkan aku.. Kenapa kan???

Betullah katanya.. cinta dia pada aku dah tak de.. dia hanya bersama aku kerana anak2.. dia tak mau hidup hanya kerana cinta.. dia tak nak hidup susah.. katanya lagi.. manusia tak akan hidup hanya dengan cinta.. cinta tak boleh dimakan.. sebab tu dia tinggalkan aku.. kerana hidup bersama aku dia susah..ntahlah?? sebab tu aku rasa serik untuk berkawin lagi..
Maafkan aku.. emosional lak arinie.. sepatutnya aku gembira...
Kami berpisah waktu Dani berusia 1 tahun 4 bulan...
Apapun kini aku bahagia bersama-sama anak2 aku..
Setiap hari2 penting dalam hidup anak2 aku, akan aku raikan... bagi aku biarlah mereka kekurangan kasih sayang seorg lelaki.. asalkan tidak kekurangan kasih sayang seorg ibu...
Aku nak jadi ibu dan ayah yang sempurna tuk anak2 aku..
Khamis lepas.. 1 Sya'ban.. seluruh keluarga berpuasa.. (Aku, Lyana dan Dani je yg tak posa) Petang waktu berbuka aku belikan Kek hari jadi tuk Dani dan Sate untuk keluarga aku..

Kek birthday.. Sedap...

Comelnya anak umie.. Happy Birthday Sayang.. Umie Sayang Adik..

Abg keletihan kerana berpuasa.. tunggu masa nak berbuka.. posing dulu...


Lyana nak marah..


Acara potong kek..


Lepas kenyang makan kek n sate.. Dani main game lak.. lepas tu kena marah gan aku.. sebab tak nak mandi, sembahyang n ngaji.. kena cubit sekali.. Sayang, sayang juga... tanggungjawab tetap kena jalan..
Wassalam...





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails