Tuesday, May 26, 2009

HARI BERTEMU CHICKY... MERIAHNYAAAA...

Assalammualaikum... Apa kabar?? Aku doakan moga rakan2 semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.. Aku.. baru je baik... kesihatan bertambah pulih.. Mata dah ok.. tapi yang aku mushkil kan bila kat kelopak mata aku sebelah dalam ada biji warna kuning. Apa ye?? aku nak pegi klinik tapi takutlah.. eemmm.. nantilah...

Sekarang aku nak citer tentang anak2 aku.. Adib ada masuk pertandingan Boria peringkat daerah di Muar. Jadi wakil sekolah... Sekolah dia dapat no 3. Tahniah sayang.. umie sayang abang.. Dia bawa balik hadiah.. apalah yang lebih membahagiakan aku.. selain daripada melihat kegembiraan yang terpancar dari mata n senyumanan yang terukir di bibir anak2 aku...

Pagi sebelum pergi ke sekolah.. Adib dengan pakaian borianya..




Sabtu lepas.. 23 Mei, 2009, kelas dani ada anjurkan majlis hari jadi untuk kanak2 pra sekola KFC KMart, Tanjung Agas Muar.. Meriah betul.. Aku mula2 tak nak pegi.. tapi akhirnya mengalah sebab cikgu Aida ajak aku ikut serta.. Aku bawa Adib sama sebab Lyana ada Perjumpaan Puteri Islam kat sekolah dia.


Beratur dulu sebelum masuk ke Kmart.


Cikgu Aida, Cikgu Khadijah, Cikgu Asrul n Cikgu Rita.






Dani n Adib bergambar bersama...

Acara Sukaneka... panasnyaaa... cian anak2 nie..


budak2 nie dah tak sabar nak menunggu kemunculan Chicky..

Itu dia chicky sudah datang.. apalagi abis kena kerumun chicky dgn anak2 nie.. Aku n cikgu2 hanya mampu memerhatikan saja..
keadaan dah tak boleh nak dikawal lagi..
Aku gerenti chikcy nie mesti bengang.. mau tak.. budak2 nie ada yg tarik ekor dia, janggut dia, ada yang pegang muncung dia n suruh dia bercakap.. kelakar betul.. aku dgn cikgu2 ketawa sampai sakit2 perut tengok kelakuan nakal anak2 nie...




PEACE



Aku bergambar kenangan bersama cikgu Khadijah, Cikgu Rita n Cikgu Asrul... Lepas makan... muka orang yang kekenyangan..
Acara ada hari tu tamat pada jam 12 tengahari selepas pemberian hadiah buat anak2 nie. semuanya balik dengan senyuman puas sebab dapat bermain, dapat bermesra dengan chicky, dapat hadiah dan paling penting dapat makan kfc.
Aku balik awal sikit sebab Lyana dah menunggu di sekolah.
Hari ahad, Adib demam.. mula2 bangun tido dia cakap dia pening kepala. Dah masuk tengahari badan dia dah mula panas. Aku bagi dia makan panadol dulu. Menjelang maghrib dia makin teruk. Dia mula mengadu kesejukan dan sakit tekak. Lepas solat, aku terus bawa dia ke Unit Kecemasan Hospital Tangkak. Alhamdulillah.. masa menunggu tak lama sangat.. hanya dalam 5 minit. Adib dapat rawatan dan bila MA check dia cakap oksigen dalam paru2 Adib kurang.. Aku dah takut. Adib dibawa masuk ke wad pemerhatian. Rupanya dia akan dimasukkan oksigen. Aku berdebar2.. macam2 bermain dalam fikiran. Cian kat dia.. aku tak sanggup tengok anak2 aku sakit. Tapi aku terpaksa kuatkan semangat..
Dalam 1/2 jam mendapat rawatan.. Kami dibenarkan balik.
Malam tu kat umah pun satu hal berlaku.. jari kaki n tangan Adib sejuk n pucat.. Aku sapukan minyak panas... Adib mengelisah n mengadu kebas. Nasib baik mak ada.. ntah apa dia buat n dibacanya.. barulah Adib lega n terus tertido..
Emmm.. Alhamdulillah.. hari nie keadaan dia dah beransur baik. Dia nak sekolah tapi aku tak benarkan sebab aku nak dia betul2 sihat.
Ok.. setakat nie je.. lain kali aku akan menulis lagi.. Moga rakan2 akan mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga..
Wasalam...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails