Tuesday, May 19, 2009

Tanpa...

Assalammualaikum...
Aku doakan moga semua blogger dirahmati Allah hendaknya..
Aku masih kurang sihat.. mata bengkak (tak tau napa), ulser kat dalam mulut n badan kejap ok, kejap demam.. aku tension je sepanjang minggu nie. Napa lah aku jadi macam nie???
Napa aku pilih tajuk Tanpa??? Emmm.. sebenarnya aku sedang kesunyian. Bukan sebab aku tak de teman lelaki tapi aku rasa kawan baik aku lain macam je..
Aku keliru napa dia macam tu.. dia macam nak tak nak je layan aku.
Bagi aku dia banyak bantu aku.. mungkin aku ada menyakitkan hati dia tak?? tapi napa dia tak cakap.. bagitaulah klu aku ada wat silap.. atleast aku bleh betulkan n minta maaf pada dia..
Bagi aku biarlah aku tak de BF asalkan aku ada kawan2 baik aku...
Aku sedihlah.. makan pun tak lalu.. sebelum tido pun aku dok pk ttg dia. Aku nak sms dia tapi aku takut klu dia tak nak layan.
Kebelakangan nie aku banyak betul masalah.. banyak benda macam tak betul dalam hidup aku.
Dari hari sabtu sampai semalam.. aku rasa frust sangat. Selain dari kawan baik aku.. kawan yg sorg nie pun wat hal.. dia cakap dia sakit. aku cuba amik berat tapi dia tak layan. dia cakap jgn risau. then bleh dia cakap dia tak de mood. nak sms gan aku pun tak de mood. Geram aku.. OOO.. klu ada mood je baru nak layan aku. Aku juga yg kena ikut angin dia. Habis perasaan aku.. sapa nak jaga??? Kadang2 aku rasa macam org bodoh.. terlalu menjaga hati orang disekeliling.. sedangkan hati aku tak de sapa pun nak jaga.. Pernah kawan aku cakap jgn pedulikan org lain.. utamakan diri aku dulu.. tapi aku tak boleh.. aku dah cuba tapi selepas tu aku sendiri yg serba salah.
Bekas suami pernah cakap gan aku.. kawinlah supaya aku bleh bahagia.. tapi dia pasti ke klu aku kawin, aku akan bahagia?? aku lebih utamakan anak2 aku. Aku tak mau anak2 terabai. Sudahlah dia pentingkan diri dia sendiri.. takkan aku juga nak pentingkan diri aku n kurangkan perhatian pada anak? Ya, aku mungkin akan cakap kasih sayang pada anak tak akan berkurangan.. tapi betul ke aku bleh buat?? Aku takut.. lagipun hati aku masih belum terbuka untuk berumahtangga lagi. Terus terang aku katakan.. Aku takut untuk memulakan semula.. Walaupun aku ada keinginan tapi aku takut... Biarlah dulu..
Dalam kehidupan sekarang, susah nak cari lelaki yg benar2 mahukan aku.. yg benar2 bleh terima anak2 aku.. Aku pernah kenal seorg lelaki.. baru je seminggu kenal dah pandai minta duit aku.. patut ke lelaki minta duit ppuan?? baru je kenal pulak tu.. lainlah klu dah jadi suami isteri.. Aku bukan lokek.. tapi aku ada 3 org anak yg perlu aku utamakan.. sedangkan gaji aku kecik je..
Ada pulak tu yg minta top up dari aku. Yg lain pulak, cakap gan aku klu nak berkawan gan dia.. aku kena kol dia.. dia tak kol aku sebab tak de top up.. pelik aku.. Gila..!!!! Hilang hormat aku pada lelaki macam ni.. belum apa2 dah berani tunjuk belang. Tak malu ke lelaki mcam nie minta duit dari ppuan??? Tolonglah... aku mungkin tak de suami, tapi aku tak terdesak sampaikan org yg macam nie pun aku nak jadikan BF aku.. Minta dijauhkan...
Aku ada 1 peristiwa yg kalau aku ingat2kan memang aku rasa geli, muak, memualkan, kelakar n macam2lah... Aku n kawan baik aku pernah kuar gan seorg mamat nie. Dia cakap dia minat kat aku.. kitaorg pegi makan sebab dia cakap dia lapar. Oklah tak pe.. then dia order rojak Singapore.. macam2 ada dalam rojak tu.. 1 pinggan rojak tu harganya RM 18.. aku ingat sebab lelaki tu cuma bagi rm10 je tuk bayar duit makan. Yg lebih dia soh aku bayar sebab dia cakap kitaorg belum kawin. Klu dah kawin baru dia akan bayarkan klu kitaorg pegi makan. Nak tau tak.. bil makanan tu RM29.. Sedangkan masa tu aku cuma minum air limau suam yg hanya berharga rm2. kawan baik aku pun cuma makan mee grng n air sirap.. bayangkan... Terus terang.. aku reject mamat tu.. memang patut kena reject.. tak gentleman langsung...
Ada juga lelaki yg tau aku single mother terus akan anggap aku desparate... Terus cite ttg seks.. Ada juga yg jauh lebih muda dari aku.. dah ajak wat yg bukan2. Cian aku tengokkan diorg nie.. budak2 lagi, tapi ntahlah?? Agaknya bagi diorg nie.. dah nama janda memang benda lain tak pk.. pk ttg seks je agaknya??? Bengang tau.. bila agaknya mentaliti diorg nie nak berubah??
Adakah lelaki2 seperti mereka diatas yang patut aku jadikan teman hidup?? Mesti ramai dikalangan wanita yang berstatus seperti aku pernah mengalami peristiwa yang sama.. Moga Allah akan sentiasa melindungi kita dari lelaki yang hanya tau mengambil kesempatan saja..
OKlah.. setakat nie dulu... jumpa lagi lain kali..
Wassalam...

1 comment:

  1. baru singgah..1st tima.tgh nak baca2...harap terus dapat menulis utk kongsi pengalaman dan ilmu...Nice info blog. Mantap!!!I like to share with bloggers and all of readers
    Keep in touch

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails