Thursday, May 28, 2009

Dani Yang Tak Sihat dan Barcelona vs Man U...

Assalammualaikum...
Semalam 27 Mei, 2009.. Dani demam panas.. kul 3 pagi dia kejutkan aku minta berikan dia ubat. Aku terkejut sbab badan dia terlalu panas. Aku bagi dia ubat demam.. n letak tuala basah kat dahi dia. Badan Dani mengigil. Aku terus tak bleh tido.. Aku sapu seluruh badan dia gan air.. Bulat mata Dani memandang aku.. aku cium dia n soh dia tido... dia suruh aku baring n dia nak peluk aku.. Dalam keadaan yang mengigil tangan dia tak lepas dari memeluk badan aku.
Meleleh air mata aku.. Dani tak pernah rasa kasih sayang seorg lelaki yang bergelar Ayah...
Pagi nya.. aku bawa Dani ke klinik.. kebetulan gusi aku bengkak n berdarah.. jadi aku pun ambik kesempatan tuk mendapatkan rawatan. Aku n Dani dapat mc... Menjelang petang keadaan Dani masih tak berubah.. macam tak de kesan je ubat tu.. apa yang memeningkan aku Dani mengadu sakit dibahagian ari2 dia. Aku nak bawa ke spital.. tapi akak aku cakap... biarlah dulu. Kalu hari nie dia masih tak ok, dia sendiri akan bawa ke spital.. Akak aku memang sayangkan Dani... Dalam apa2 hal dia akan mengutamakan Dani sehinggakan anak2 dia sendiri cemburu.


Kain basah tak lekang dari kepala Dani...


Gaya org yang baru je baik dari sakit.. Adib dalam keadaan tak bermaya.. dia kepenatan.. baru balik dari sekolah. Sampai nak salin baju pun tak larat..



Lyana menolong atoknya menyiram pokok bunga n pokok sayur.

Gaya aku menyiram pokok.. sebenarnya aku malas nak tolong, tapi dah Lyana dia tinggal macam tu je tugasnya yang tak selesai.. terpaksalah aku buat.. Aku tak mau mak marah2.. tu yang aku buat juga...
Malam semalam aku difahamkan ada perlawanan bolasepak antara Barcelona n Manchester United. Liga Juara juara Eropah. Dani n Adib nak tunggu tapi aku tak kasi sebab diorg masih belum baik demam lagi. Mereka menyokong Manchester United.. sebenarnya Dani n Adib nak berlawan gan Fizi. Fizi sokong Barcelona.. Sapa kalah kena belanja aiskrim.
Pagi tadi dalam kul 4.44 pagi Fizi sms aku soh bagitau yang Barcelona dah menang.
Apa yang mengejutkan aku.. bangun je tido Dani terus tanya aku siapa menang. Aku cakap Barcelona menang.. Dani tersenyum simpul.. dia soh aku cakap gan Fizi dia tak de duit nak belanja Aiskrim. Aku gelak je...
Tahniah wat penyokong Barcelona..
Malam esok aku minta bekas suami aku amik Lyana n Adib. Ntah dia amik ke tak..
Cukup setakat nie dulu...
Nanti ada citer aku akan tulis lagi....
Wassalam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails