Monday, June 1, 2009

GERAMNYAAAA






Assalammualaikum...

Apa yang akan aku citerkan nie.. memang watkan aku sakit ati yang teramat sangat.. sampai hari nie perasaan kesal tu masih ada..

kisahnya begini.. Khamis lepas dalam pukul 4 petang, akak aku kol n bagitau yang suhu badan Dani panas. Dia dah letak kain basah kat badan Dani. Tapi kejap je dah kering. Dani hanya mampu terbaring lesu. Aku tergopoh-gapah balik kerumah.

Sampai dirumah aku dukung Dani masuk ke dalam kereta. Dalam kepala aku tak de pk lain.. hanya unit kecemasan hospital tangkak (UKHT) yang terbayang dalam mata aku.. aku takut sesuatu menimpa Dani.

Aku tiba di UKHT pada jam 4.35 petang. Apa yg wat aku sakit hati n kesal adalah kerana MA yang bertugas telah mempersoalkan tindakan aku membawa anak aku kesana..

MA tersebut menyatakan aku sepatutnya ke Klinik Kesihatan (KK) dulu n dapatkan surat untuk dibawa kepada mereka di UKHT. Dah pukul 4.30 ptg n dalam keadaan yang buntu.. apalagi yang patut aku buat???

Keadaan yang mendesak, dengan suhu badan anak aku yang panas dia masih menyuruh aku ke KK tu. Ada ke patut?? sedangkan pada masa tu di bahagian menunggu tiada pesakit. Dan dia sendiri bersama beberapa org staff yang lainnya sedang berbual kosong di kaunter.

Mungkin aku akan berfikir 2 kali untuk naik angin kalu mereka berada dalam keadaan yang sibuk. Nie dah memang terang2 diorg tengah dok melepak.. Aku terus bertanya dengan suara yang tinggi.. NI NAK TERIMA KE TAK NIE?? KALAU TAK NAK, SAYA BAWA KETEMPAT LAIN... dia menjawap tapi masih menyatakan yang aku sepatutnya ke KK sebelum Ke UKHT. Sakitnya hati aku..
Nasib baiklah ada MA senior yang BERBANGSA CINA menenangkan aku. Dia minta aku jgn merajuk dan dia akan check Dani. Seorg staff yg aku kenal (sekampung gan aku) minta nama Dani. MA yang BERLAGAK N BODOH SOMBONG tu terus berlalu (Napalah aku tak tengok nama dia, tapi for sure aku masih ingat rupa dia).

Nasib baik ada MA senior n budak sekampung aku tu ada.. klu tak.. klu tak. aku tak tau apa akan jadi pada Dani.

Dani dibawa masuk untuk mendapatkan rawatan. Masuk air sebotol dan dibuat ujian darah...sian aku tengok keadaan Dani...

Selesai rawatan n ujian darah menunjukkan Dani tak de apa2.. kami dibenarkan balik. Keadaan Dani makin baik n panas dah berkurangan.

Aku bersyukur kerana MA senior tu mahu membantu aku.. klu lah dia pun sama menolak.. aku tak tau apa akan jadi pada Dani...
Sebenarnya aku tak nak burukkan lagi nama sektor awam.. tapi klu macam nielah pekerja yang ada.. memang makin buruk nama pekerja kerajaan.. KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA.. Dah beberapa kali aku ke UKHT aku tak pernah dilayan sebegitu. Aku tau prosedur utk mendapatkan rawatan disana.. tapi klu dah keadaan yang betul2 terdesak bagaimana ya???
Buat MA yang BODOH SOMBONG tu.. sedar2lah diri.. awk masih muda.. janganlah jatuhkan imej kakitangan kerajaan dengan perangai awak tu..
Wassalam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails