Wednesday, May 13, 2009

SELAMAT HARI IBU N SELAMAT HARI GURU



Assalammualaikum...


Selamat pagi wat semua rakan-rakan...


Mula2 sekali aku nak minta maaf sebab aku tak de citer terbaru.. maklumlah.. tak kemana2 kebelakangan nie..


Oh.. ya rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua ibu di seluruh dunia termasuk buat diri aku sendiri n buat MAK tersayang..

Aku tak merayakan apa2 pun tuk mak aku.. cuma aku bawa dia kuar makan.. tu pun makan yg biasa2 je.. maklumlah.. budget tak cukup.. hehehe...

Aku juga nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru2 di seluruh Dunia..
Terima kasih wat semua guru2 yang pernah mendidik aku.. juga wat guru2 yang sedang mendidik anak2 aku...

Aku pernah mengalami satu peristiwa yg memberikan kesan yang amat mendalam n aku kenang sehingga hari nie.. Kisah nie terjadi sewaktu aku berumur 8 tahun n bersekolah di darjah 2 ros di SK Ledang, Tangkak. Aku masih ingat nama cikgu tu.. wajahnya, cara pakaian dia.. dia memang seorg guru yg cantik.. berkulit putih bersih... wajahnya begitu sempurna untuk ditatap.. tapi dia seorg yang garang. Aku masih ingat.. masuk aje kelas.. dia akan suruh aku berdiri di atas kerusi kerana dia tau aku tak de buku subjek yg akan diajar.


Cikgu.. dimana saja cikgu berada sekarang, saya doakan cikgu akan sejahtera sentiasa. Walaupun kenangan tu sukar untuk aku padamkan.. tapi aku telah memaafkan dia. Mungkin dia tak tau kesukaran hidup aku.

Aku lahir dalam keluarga yg susah.. amat2 susah.. Mak bekerja n cari duit hanya untuk memberi kami makan.. bukan untuk benda2 yg lain. Jadi mak memang tak mampu utk membelikan aku buku..alatulis pun aku terpaksa meminjam dari kawan2.. nasib baiklah ada seorg kawan yang berbangsa cina sudi menolong aku.. namanya Wong Huei Yee.. anak cikgu wong.. dia selalu membantu aku.. sangup berkongsi buku. Peristiwa berdiri diatas kerusi hanya kerana aku tiada buku benar2 memalukan aku.. aku bukan pelajar yg nakal sewaktu tu.. yelah aku budak kg yg serba kurang.. pakai baju pun lebihan akak2 aku.. penah 2 baju aku koyak dipunggung sebab dah terlalu nipis.. aku puas diketawakan.

Aku tak pernah dapat belanja.. klu dapat 10sen pun dah cukup banyak buat aku. Sebelum kesekolah.. mak aku bagi aku makan kenyang2. aku bawa bekal air masak.

kadang2 ada kawan aku yg akan berikan aku kuih yg diorg tak nak.. aku akan makan walaupun lebihan diorg. Aku juga tak pernah beraya seperti kawan2 lain. Aku tak pernah dapat baju raya baru. hanya lebihan akak2 aku. Baju raya pertama yg aku dapat pada umur aku 17 tahun. itupun selepas puas aku merayu pada mak n akak aku yg sulong. Aku simpan duit belanja sekolah utk membayar tempahan RM20.00. Dapatlah aku bju kurung moden berwarna hijau. Apapun.. aku lepas juga sekolah walaupun tidak berjaya seperti org lain.


Aku bersyukur dengan apa yg aku ada sekarang. Walaupun tidak semewah org lain, aku masih mampu memiliki kereta n mampu hidup sendiri. Aku mampu menyekolahkan anak2 aku n mereka juga seperti kanak2 lain, mau itu n ini. Selagi ianya tidak membebankan aku n selagi ianya tidak mendatangkan pembaziran, aku cuba untuk memenuhi keinginan anak2 aku.

Aku juga gembira kerana minat membaca yg aku ada berjaya aku perturunkan kepada anak2 aku. Mereka seperti aku, suka membaca.. jadi klu kemana2 aku tak perlu membelikan mereka mainan atau benda yang bukan2. Cukup sekadar sebuah buku cerita kanak2. Mereka akan melonjak kegembiraan.

Lyana juga sudah bertambah kreatif sekarang. Dia pandai membina ayat walaupun ada kesilapan disana-sini. Aku bangga dengan mereka. I LOVE U SAYANG2 UMIE..


2-3 hari nie aku rasa macam tak bermaya.. bukan apa.. cuaca agak panas. Sian kat anak2 aku.. Dani sakit tekak.. abang plak asik pening.. Lyana je yg ok cuma dia cakap penat..


Emmm.. rasanya aku berhenti disini dulu..


Wsalam...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails