Wednesday, December 15, 2010

Tiba-tiba saja.... Siri 3

Orangnya tinggi lampai, berkulit agak gelap. Mengenali dia hanya dengan nama samaran. Kami kenal sewaktu aku mengikut konvoi ke Mersing. Dia salah seorang dari ahli kelab.

Dia bersungguh-sungguh untuk mengenali aku. Aku ok je kalau ada orang nak kenal. Bukan luak pun.. ye tak?? Bertukar-tukar no telefon sewaktu kami sama-sama menikmati makan tengahari. Aku tak ingin sentuh langsung dengan apa yang berlaku pada waktu itu kerana semuanya tidak menarik.

Sejak balik dari Mersing, kami mula bertukar2 pesanan ringkas. Dia juga sering menghubungi aku. Aku dapat tahu yang dia bekerja sebagai pemandu Teksi. Kerja apapun tak mendatangkan masalah pada aku selagi ianya halal.

2 hari selepas itu, dia telah datang ke bandar tempat tinggal aku untuk menghantar penumpang. Dia menghubungi aku untuk bertemu. Kebetulan aku bercuti kerana Adib demam panas. Selepas menitipkan Adib kepada mak aku, aku keluar.

Aku mencadangkan agar kami minum di medan selera saja walaupun dia mengajak aku berjalan2 ke Melaka. Aku tak mahu kerana tak mungkin aku meninggalkan Adib yang sakit semata2 untuk bersenang-senang dengan dia.

Walaupun dia agak keberatan tapi dia merelakan. Kami berbual-bual kosong. Ya... mungkin aku bersama dia tapi fikiran aku terarah kepada anak aku yang sedang sakit. Sedang berbual2 mak menghubungi aku. Dia risau kerana demam Adib yang masih tidak kebah dan dia mula meracau2.

" Saya nak balik lah." Aku meminta diri.

" Napa? Alah awak ni.. kita baru je berbual. Tak puas lagi nak tengok muka awak. Tak hilang rindu pada awak." Dia memujuk aku.

" Anak saya demam. Mak saya cakap dia meracau2."

" Alah.. bukan dia nak mati pun. Kejaplahhhh" Aku tersentap.... mata aku terbeliak. Rayuannya membuatkan aku kaku. Badan aku mengigil menahan marah. Jantung aku seakan terhenti. Darah mula naik kemuka.

"Sampai hati awak cakap macam tu?"

"Yelah, baru je demam. Bukan sakit tenat pun. Lainlah kalau dah nak mati."

"Ok.. thanks." Aku berlalu.

" Nie duit air nie sapa nak bayar?" Aku menoleh kearah dia. Wang kerrtas RM5 aku letakkan diatas meja. Aku tak sangka ini yang berlaku. Kelakuan dia... memeranjatkan. Jika dilihat dari cara dan gayanya, kita tak akan menyangka yg dia lelaki yang begitu. Sejak itu aku tidak melayaninya lagi.

Selang beberapa minggu dia kembali menghubungi aku. Kebetulan dia menghantar penumpang. Aku baru saja keluar menghantar anak2 tuisyen. Aku menolak dengan cara baik. Tapi kerana alasan dia untuk berjumpa aku adalah untuk meminta maaf, jadi dari pusat tuisyen aku terus bertemu dengannya.

Aku ajak dia menaiki kereta ku kerana aku perlu memberikan ikan keli peliharaan akak aku makan. Didalam kereta kami berbual2 kosong lagi.

"Saya tengok awak macam lemah je. Kenapa?"

" Biasalah, dah jadi mak macam2 tanggungjawab. Semua keperluan anak2 saya kena siapkan. Lagipun saya hidup sorang je."

" Kesian saya tengok awak. Napa awak tak kasi je anak2 awak pada bekas suami awak?" Sekali lagi aku tersentap. Tapi aku masih berupaya mengawal perasaan. " Tak pun awak hantar je diaorang kesekolah anak2 yatim. Senang, letak diaorang kat asrama. Awak pun tak penat."

Aduhhhhh... Urat darah aku rasa nak pecah. Jantung aku berdegup pantas sangat.

"Awak nie gile ke apa? Saya kan masih hidup?"

TUMM.... Aku terpinga2 dan terus mengosok2 kepala aku. Dia menolak kepala ku hingga terhantuk dicermin tingkap. Sakitnya tak usah cerita. Nasib baik cermin tingkap tak pecah.

"Awak panggil saya gile? Saya nie nak tolong awak tau. Nanti klu kita kawin, tak payahlah awak jaga anak2 awak, kita buat anak ramai2 n awak bleh jaga." Marah dia kepadaku.

" Hei!!! saya tak de suami tak pe, asalkan saya ada anak2." Aku melawan balik. Dia tersenyum, sambil cuba memegang tanganku. Aku merentap kasar.

" Tapi awak kan dah lama tak dapat? Saya boleh beri apa yang awak dah lama tak rasa." Dia tersenyum miang.. senyum yang penuh makna. Aku betul2 meluat. Rasa nak aku tendang je kuar dari kereta. "Awak carilah port mana2.. saya pun dah lama tak dapat nie." Rayunya.

Aku hanya mendiamkan diri tapi dalam masa yang sama aku telah mengambil keputusan tuk berpatah balik ke stesen teksi. Aku nak hantar balik lelaki yang kurang ajar tu.

Dia terpinga-pinga apabila aku memberhentikan kereta dibelakang teksinya.

"Kan saya suruh awak cari port? Napa plak kat sini?"

"Awak ingat saya perempuan apa? Awak ingat saya biasa buat keje2 macam nie sampai saya tau kat mana ada port?"

" OOO.. berlagak ye? Mulai dari hari nie awak jangan cari saya lagi. Awak jangan sms atau telefon saya lagi!!!" Dia menengking aku. " Kalau setakat janda macam awak nie saya tak heranlah."

"Hei mamat!!! aku nak tanya ko... ko tengok kat HP ko tu.. aku yg selalu kol atau sms ko atau ko yang sms n kol aku?? Cuba ko tengok??" Kesabaran aku dah hilang.

Dia keluar dari kereta sambil menghempaskan pintu dengan sekuat2nya. Aku terus memecutkan kancil ku. Benci aku dengan lelaki macam tu. Dalam hati aku menyumpah kerana aku takut pintu kereta aku rosak setelah dihempas kuat.

Aku sebenarnya sedih dengan sikap lelaki seperti nie. Dia ingat aku apa?? Terdesak sangat ke?? Atau dia cuma nak mengambil kesempatan saja??

Tak lama selepas itu, dia mengundang aku ke majlis perkahwinan dia.. tengok!!.. dia bukan nak kat aku pun.. dia nak main2 je.

Cuma baru2 nie dia mula meghubungi aku semula mengajak aku keluar. Eeeiii!!! bengang aku. Nyampah dan meluat. Aku menolak kerana aku memang tak berkeinginan tuk berjumpa gan lelaki macam tu...

Ini semuanya adalah sebahagian dari pengalaman aku. Bertemu dengan lelaki yang hanya mahu mengambil kesempatan terhadap aku. Sebenarnya banyak lagi yang ingin aku kongsi.. nantilah.. aku akan ceritakan juga satu hari nanti..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails