Thursday, December 29, 2011

Beribu Sesalan...

Pagi nie aku bangun dengan seribu kemalasan, kengantokan, kepenatan, keselepatan taik mata (hehehe) dan bermacam-macam lagi "KE... AN" nya..

Tapi terpaksa juga meringankan diri aku ni.. pertama-tamanya anak-anak kena kejutkan untuk Subuh sebelum akhir waktunya. Kedua.. aku belum iron baju untuk kerja. Mata masih sakit.. jadi keinginan untuk kepejabat pun turun sehingga ke aras terendah serendah tapak kaki aku.

Pagi nie.. aku tak iron baju.. pecah rekod.. sebab aku pakai baju yang tak nampak kedut.. jadi tak payah nak susah-susah menyeretika(perkataan baru) baju.. Kain tudung.. semalam punya ada lagi.. aku siap-siap hanger jadi.. terus je sarung.

Bersolek??Eeiii.. aku pakai bedak baby johnson je.. senang.. seletkan sikit gincu nutrimetics aku, biar tak nampak pucat bibir yang lebam macam orang hisap rokok nie.. (padahnya bila kecik-kecik lagi dah suka pakai lipstik, dah besar bibir jadi lebam - akak aku punya kepercayaan)..

Pagi nie tak de sarapan tuk anak-anak.... biarlah diaorang makan roti yang aku dah beli semalam. Memandu kereta dengan kelajuan hanya 30-40km/j... betul-betul punya kemalasan aku pagi nie.. Nasib baik aku jarang.. amat jarang.. berpenyakit macam nie.. kalau tak, mana rezeki nak berkat.. ye tak??

Dalam pada mengelamun.. terdengar diradio lagu yang makin mendapat perhatian aku. Iramanya.. senikatanya.. alunan mendayu-dayu dari penyanyinya.. membuai perasaan aku. Terlayang fikiran aku pada dirinya yang pernah atau mungkin boleh aku katakan masih bertakhta dihati aku. Walaupun telah lama kami berpisah tetapi kesakitkan masih lagi aku rasakan.

Dada aku tiba-tiba jadi sendat dan berat.. Aku menahan sebak.. menahan airmata aku dari gugur.. aku tak sanggup lagi menangis hanya untuk mengenangkan nasib diri yang tak dihargai. Sungguh.. aku terlalu bodoh apabila masih memikirkan kisah lama.. Untuk apa?? Untuk memperbodohkan diri aku sendiri?? Tidak!! sebenarnya aku sebak kerana mengenangkan mengapa ada manusia yang sukar untuk menghargai kasih sayang dan cinta yang diberikan dengan seikhlas hati..

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Jam 11.30 malam semalam, aku memandu sendirian membelah kegelapan malam sewaktu balik dari menghadiri majlis persaraan. Aku sedar.. hampir semua yang datang semalam membawa pasangan masing-masing. Aku?? Ya.. Dalam kelam aku sendiri.. menyusuri malam...

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Aku bermimpi tentang dia.. mungkin kerana aku terlalu merinduinya yang tidak pernah menghargai diri aku.

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Ya.. terjaga aku dari lena.. aku tersedu di bawah pancuran air... agar sendu sedan aku tak didengari oleh sesiapa pun. Disitulah selalunya aku menghamburkan kekecewaan dan kedukaan. Dia berjanji tapi dia juga yang memungkirinya..

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

Semuanya sia-sia saja apa yang telah aku berikan... Aku tak pernah menyesal mengenali dia.. tak pernah kesal menyintai dia.. tak pernah menyesal menerima dia menjadi sebahagian dari diri aku.. cuma aku kesal kerana aku membiarkan hati aku terluka lagi...

Aku terjatuh... aku kecewa... dan akhirnya aku sendiri...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails