Tuesday, October 9, 2012

Sukan Tahunan dan Bengkel Khidmat Bantu Pengurusan Stor

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Sukan Tahunan SK Ledang adalah acara tahunan yang aku wajib hadir. Tahun nie aku ambil cuti.. Pertama kerana aku masih kepenatan sebab baru balik dari Penang, Perak dan Cameron.. Keduanya.. aku nak mendobi baju yang dah menggunung. 

Jadi aku putuskan biarlah aku bertenang sikit sebelum mula bekerja. Sebenarnya aku memang dah mula bekerja hari Isnin 01 Oktober, tapi masa kat opis aku lesu sangat. Buat kerja pun tak fokus.. nak ambil fail laporan punch card.. aku pegi ambil fail cuti.. jadi dah alang-alang ambil fail cuti.. maka aku pun isilah cuti sekali.. hehehehe.. 

Acara nie berlangsung pada 2 Oktober hari Selasa. Aku datang dalam pukul 10.00 pagi. Adib masuk banyak kategori. Dani masuk 1 je.. itupun gantikan kawan dia yang tak datang. 4x100m. Dani dengan badan yang bulat manalah mampu nak lari laju-laju.. jadi dapatlah dia no 4. Kesian dia.

Kalau dengan Adib.. jangan ceritalah.. Semua acara dia nak masuk. Banyak juga pingat dia bawa balik. Yang buat aku rasa kagum sangat-sangat.. (macamlah anak aku Watson Nyambek) masa acara 4x100m.. dia pelari terakhir.. dari no 2.. dia boleh kejar budak yang dah jauh dalam kedepan dan memecut dalam 50m terakhir. Pergh!! macam pengulas sukan pulak aku.  hehehehehe.. 

Sebenarnya aku nak gambarkan betapa kagumnya aku dengan kepantasan dia berlari. Laju sangat ko.. sampai dia berjaya kejar dan dapat emas. 
Aku pun pelik.. sebab aku nie bab lumba lari kat padang memang selalu out.. tapi kalau lumba lari sapa sampai rumah dulu masa balik sekolah atau sapa paling laju balik sebab nak ponteng kelas agama.. akulah juara.. kan Cik Cahaya kan?? Cik Cahaya No 2 kan dan Amoi No 3 kan?? hehehehehe.. 

Rasanya dia dapat kepantasan ni dari Babah dialah tu.. Babahnya kalau tak tentu dah jadi pelari kebangsaan..  sebab masa pemilihan pada peringkat Negeri dia kalah dengan bekas pelari kebangsaan Azmi Ibrahim. Itu kata dialah.. kalau tipu dia.. tipulah aku.. minta-mintalah dia tak tipu.. hehehehe..  



                              Acara penutup.. Adib bawa bendera.. Rumah Biru juara keseluruhan.


Dani menempel dengan Adib..


Olahragawan dan Olahragawati sekolah dan rumah sukan yang menjadi juara dan naib juara.


Sebelum kerja kuat, sebelum bergadoh, perang-perang dan tarik-tarik rambut..
kita bergambar mesra ya kawan-kawan.


Budak nakal Daerah Muar & Ledang berposing..



Bengkel dan Khidmat Bantu Pengurusan Stor telah diadakan di PKG Parit Bunga pada 04-05 Oktober, 2012. Bengkel nie susah juga sebab kena buat kira-kira. Banyak berlaku kekeliruan pada harga dan jenis barang.. tapi Alhamdulillah.. kami dapat memahami kerana kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan amatlah  membantu kami.

Pembantu Tadbir yang ajar kami pun bukan orang lain.. dikalangan PT dari BTPN Johor dan PKG Johor yang pernah menghadiri kursus di INTAN.

Khidmat bantu yang kami buat di PKG Parit Bunga pun amat berguna untuk kami aplikasi kan di pejabat nanti.. rupa-rupanya banyak yang perlu kami lakukan. Nasib baik aku dah siapkan semua dokumen macam kad petak.. dalam kad nie kita akan isi jumlah barang yang kami terima dan keluarkan. Jadi aku tinggal nak susun dan labelkan stok bekalan pejabat aku.

2 hari yang pack tapi menyeronokkan. Yang penting input yang kami semua dapat..
Dengarnya nama aku dimasukkan dalam senarai PT yang akan mengadakan Khidmat Bantu Pengurusan Stor di BTPN dan PKG Negeri Terengganu.. nie atas jemputan BTPN Terengganu. Iya atau tidak aku tak pasti.. tapi hanya 6 peserta saja yang terpilih termasuk aku. Kalau iya.. bestnya.. dapat jenjalan lagi..

Oklah.. stop dulu.. aku nak siapkan senarai tugas harian aku nie.. nanti boss nak check..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails