Wednesday, December 9, 2009

Ramlee Awang Murshid....

Assalammualaikum...

Kali ni aku ingin bercerita tentang novelis yang amat aku minati...
Kali pertama aku baca buku beliau kira2 4 tahun lalu..
Aku tak tau n tak ingat bila minat aku bermula untuk membaca buku karya beliau...
tapi selepas membaca buku ADAM (AKU DARAH ANAK MALAYSIA), aku mula jatuh cinta dengan tulisannya.. (termasuklah dengan novelisnya)
Angau betul.. hehehe...
RAMLEE AWANG MURSHID...

Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah.
Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu.
Selain itu, novel IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel pertama pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995 dan baru-baru ini, Ramlee sekali lagi terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik Alaf 21.
Sehingga kini, Ramlee telah menghasilkan sembilan buah novel.

- petikan dari Alaf21.com.my












Nie antara novel2 beliau yang aku dah beli.. Novel Triologi Bagaikan Puteri, yang merangkumi tajuk Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pecinta adalah koleksi kesayangan aku.. Aku betul2 tersentuh dengan citer tersebut.. Laksamana Sunan.. Nama yang berjaya menyentuh hati wanita aku.. walaupun hanya sebuah cerita.. aku menjadi cemburu kepada Haryani dan Ratu Sulaman kerana berjaya mencuri hati Laksamana Sunan..
Tapi yelah.. semuanya kerana penghayatan aku terhadap cerita tersebut..
Ramlee Awang Murshid telah berjaya membuatkan aku masuk kedalam dunia tulisannya..
Aku juga memiliki buku Ungu Karmila yang telah ditandatangani sendiri oleh beliau... Dapat je buku tersebut.... aku tunjukkan buku n tandatangannya kepada semua rakan2 n keluarga.. Gila betul.. berbulu je kawan2 aku tengok aku masa tu ....
9 Nyawa adalah buku terbaru beliau yang aku baru je miliki Jumaat lepas, 04 Disember, 2009.
Apa yang penting, buku tulisan beliau bukan merangkumi kisah cinta pada manusia saja.. apa yang lebih penting tentang cinta kita terhadap Pencipta kita dan Rasul Nya... Semuanya diadun dengan baik dan menyentuh jiwa.. Walaupun aku membaca buku2 tersebut berulang2 kali.. airmata aku tetap akan mengalir apabila kesedaran yang dibawa secara halus tentang kecintaan kita kepada Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w..
Aku berhenti dulu.. kita jumpa lagi..
Wasalam...

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails