Friday, October 28, 2011

Keterlaluan...

Keterlaluan rupanya kemalasan yang melanda aku.

Sampaikan semuanya cerita yang sepatutnya aku tinggalkan disini.. hanya tinggal cerita.. cerita yang hanya bermain dikhayalan aku.. yang selama nie hanya terkarang di bibir aku.. tak satu pun aku sempat atau mahu aku luahkan di sini... bukan tak mahu.. tapi MALAS...

Betullah cakap orang.. Malas nie memang 1 virus.. sekali dah masuk dalam badan.. menjalar mengikut aliran darah.. memang selamanya akan tertanam disitu.. Beraja Dimata.. Bersultan Dihati.. pergh!!

Ok.. aku stop disini.. tak nak membebel lama2.. entry selepas nie.. aku hanya akan meninggalkan gambar2 kenangan sepanjang aku meninggalkan bidang blog nie.. hehehehe..

Banyak rupanya image yang aku telah rakamkan dan simpan sepanjang 3-4 bulan lepas. Termasuklah yang paling terbaru iaitu minggu lepas dimana aku berkursus di Negeri Cantik Budaya Menarik. Perjalanan yang memenatkan dan sesekali kekesalan terlintas difikiran kerana gatal sangat nak ikut serta.

Lagi bagus kalau aku tak pergi... Nyesal dahulu pendapatan ya kawan-kawan?? Callo Ganu... hahahaha...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails