Thursday, June 7, 2012

Himpunan Sejuta Cerita - Cherating

Lepas Majlis Sambutan 100 Tahun SK Serom 3, aku bersiap-siap untuk bercuti pulak. Aku nak pergi hari Sabtu tapi tak jadi sebab Adib ada Jambori Di Udara (JOTA) / Internet (JOTI) Peringkat Kebangsaan 2012 di SK Parit Keroma, Muar. Aku ingat dia camping sehari semalam je.. rupanya 3 hari 2 malam.. Bermula 25 Mei, hingga 27 Mei, 2012 (Jumaat sampai Ahad). 

Aku dah pening dah sebab aku check in kat Cherating 27hb.. Dia plak akan balik dari camping pukul 1.00 tengahari.. pukul berapa plak aku nak gerak dari Tangkak ke Cherating??

Tapi yelah.. aku panjangkan akal aku.. aku telefon cikgu dia.. minta lepaskan Adib awal. Tapi bukan senang rupanya sebab menda nie dianjurkan oleh Pengakap Malaysia (sori tak tau nama lengkap persatuan nie) Yang jaga semua ahli dipanggil Sarjan.. kiranya Pesuruhjaya Pengakap le.. Aku bukan tau sangat pun.. 

Jadi pagi-pagi ahad aku dah bersiap nak ambil Adib. Alhamdulillah.. Sarjan lepaskan Adib sebab aku sendiri yang datang ambil. Sebenarnya ada menda yang aku tak puas hati dengan pekhemahan nie.. tapi malaslah nak citer.. lagipun aku dah komplen pada GPK sekolah Adib. Biarlah mereka yang selesaikan sendiri. 

Sampai rumah.. aku suruh Adib bersiap-siap.. aku angkat barang-barang. Semua ahli keluarga dah menunggu tak sabar nak gerak.. seronok rasanya.. Dari Tangkak 3 buah kereta dan Abang aku akan gerak dari KL.. Adik aku pun nak ikut sama.. sanggup dia balik dari Penang semata-mata nak ikut bercuti..

















Aku menginap di Santuary Resort Cherating.. aduyaiii.. silap pilih resort lah.. Kotornya resort nie.. Coridor.. nak menghala ke bilik kotor sangat.. tak berbela tempat nie. Aku ambil apartment 3 bilik. Kelengkapan memang cukup cuma kotor.. banyak yang kena betulkan. Katil berbau hapak.. sampai kitaorang minta air freshner.. Aircond kat hall hanya keluarkan angin.. tak sejuk langsung.. nasib baik aircond dalam bilik ok..

Aku minta bilik mengadap laut.. tapi dia kasi ngadap kolam.. tak pelah.. boleh dimaafkan.. Yang aku puas hati dan aku rasa semua orang puas hati dengan kolam renang dan private beach nya je. Sebab masa kitaorang mandi.. tak ramai orang.. Mak aku pun mandi sekali.. bukan mandilah.. just duduk tepi atas pasir.. tapi memang menyeronokkan.. cuma tak seronok bila balik bilik.. yelah.. bayo mahal-mahal.. tapi bilik cam gua.. kotor, berlapuk dan hapak.. Nasib baik aku bawa selimut, bantal dan alas tilam sendiri..

Aku berada di Cherating dari 27 - 29 Mei, 2012. Hari terakhir.. sebelum balik aku bawa diaorang ke Kemaman.. Pegi beli keropok.. tak jauh.. dalam 15 minit je dari Resort nie..

Aku gembira sebab dapat habiskan masa bersama anak-anak dan keluarga aku.. Syukur Alhamdulillah.. Allah bagi aku rezeki lebih jadi dapatlah aku bawa diaorang bercuti.. Insya Allah.. akan datang aku bercadang nak ke pantai Selatan plak.. Kota Tinggi plak..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails