3 Julai, seawal 7.30 pagi kami bertolak balik ke Johor. Kami cuma sempat singgah di Ladang Anggur Tasik Beris, Kedah. Aku tak pasti samada terletak di Gurun atau Sik. Nak singgah Penang pun tak sempat..
Akak Nilam kena pastikan kami semua sampai awal di Johor sebab hari Isnin kami semua bekerja seperti biasa.
Sepanjang perjalanan dari Alor Star ke Ladang Anggur, hujang turun dengan lebat. Tiba di Ladang Anggur kami terpaksa meredah hujan. Hampir sejam kami disini. Bergambar dan membeli buah tangan. Sedap tau anggurnya walaupun kecil2 tapi manis.



Aku sampai kat Tol Tangkak jam 9.00 malam. Penat tapi aku puas ati. Aku gembira tengok Lyana, Adib dan Dani. Mereka berlari dan berebut2 untuk memeluk aku. Rindu pada umie katanya... Umie pun rindukan sayang-sayang umie nie...
No comments:
Post a Comment