Friday, July 22, 2011

Bengkel Membudayakan Kecemerlangan Perkhidmatan 2011

14 -17 Julai, 2011 aku berkampung di Hotel Quality Shah Alam untuk menghadiri Bengkel Membudayakan Kecemerlangan, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Majlis Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan.

Aku bertolak dari Tangkak lewat.. jadi sampai kat Shah Alam pun lewat.. jam 4.00 petang baru sampai. Ingatkan dapatlah singgah makan2 kat R&R.. tapi sebab kejar masa... terpaksa tahan perut. Menunggu orang sampai aku kebuluran.

Lagipun aku bukan pernah drive ke Shah Alam sendiri. Nasib baik GPS ada.. Thanks ya Cik Teratai a.k.a Cik GPS... hehehehehe...

Sudahnya aku pening kepala. Berdenyut2 sakitnya dan terpaksa telan panadol barulah aku bleh tido. Aku jamah nasi jam 7.00 malam kat hotel tapi cuma masuk sikit je sebab perut dah masuk angin. Tak nak lah citer panjang.. kita layan gambar je ye?? Ini gambar2 pada 15 Julai.. dalam bengkel dan juga malam rehearsal majlis APC.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails