Monday, July 11, 2011

Pulau Dayang Bunting a.k.a Tasik Dayang Bunting - Beras Terbakar..


Setel kat Pulau Beras Basah dan Pulau Singa kami menuju pula ke Pulau Dayang Bunting. Oklah.. .cuma penat nak mendaki. Aku bab tasik2 nie.. seriau sikit... setakat hulur kaki je. Kawan2 ajak naik paddle boat pun aku tak nak. Takut!!!... Lagi 1.. kaki sakit.. tak larat nak mengayuh. Nak panjat tangga pun aku mengah.. nak mengayuh lagi?? eeii tak kosa aku.
Aku tak berani nak kuarkan kamera sepanjang mendaki menghala ke tasik nie. Monyet banyak... takut kena rentap je kamera aku.





Di Beras Terbakar. Acara sebelum pegi shopping. Masa tak banyak. Shopping pun diaorg kasi sejam je. Aku tak beli apa2 sebab dalam kepala dah set.. beli coklat je. Tak de pinggan mangkok atau periuk vision. Padahal dah kira murah dah periuk idaman aku tu. Tapi memandangkan kaki tangan aku dah sakit. Tak kosa aku nak menambahkan beban mengangkut barang2 tu naik ke feri. Feri kami bertolak balik ke jeti Kuala Perlis jam 7.00 malam. Masing2 berlari2 mengejar waktu... seronok walaupun penat.


Yang nie lepas makan malam. Sebelum bertolak balik ke Kedah. Nie semua muka2 orang yang dah abis duit.. tak bleh tanya langsung... salah tanya kena fire.. hehehe.. tak tahan masa nie.. gelak je sampai sakit2 perut. Gelak sebab dah abis duit... bak kata akak zack (yg dok tengah tu) duit celah kelepet je yang tinggal.. hehehehe.. love u guys... rindu sangat2 gan korang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails