Monday, July 11, 2011

Sujud Syukur

30hb Jun... Aku bercuti sebelum ke Kuala Lumpur, Kedah dan Langkawi.

Lepas makan ubat aku baring bagi merehatkan badan. Terdengar bunyi sms masuk di telefon aku.

En K : Tahniah dapat apc

Aku bingkas bangun sambil mengurut dada... terkejut...

Aku : Bio betul awak?

En K : Tahun ni banyak bagi PT.

Aku : Nama saya ada ke?

En K : Ada Sarinah bt.....

Aku : Ye ke? senarai ada kat awak ke? Markah saya tak tinggi pun.

En K: Ada. BTPNJ ada 16 orang dapat.

Aku : Alhamdulillah kalau ya... Muar sapa lagi yang dapat?

En K : Saya tak berapa ingat.

Dalam masa 1/2 jam aku dapat panggilan dari pejabat minta aku datang seketika. Ada urusan rasmi.

Sah aku berjaya mendapat APC tahun nie. Syukur Alhamdulillah...
Aku tau aku tak dicalonkan tapi dah rezeki aku.. aku terima dengan hati yang terbuka cuma aku terfikir mengapa aku yang dapat, mengapa calon pilihan yang dipuji2 tak dapat langsung.

Sepanjang berada di Kedah dan Langkawi aku masih memikirkan tentang perkara ini. Kebetulan Pen Pengarah sendiri menyertai kami dan aku ajukan persoalan tersebut padanya.

Jawapannya mudah. Tahun lepas dia datang memantau ke pejabat aku. Dia puas hati dengan kerja aku. Sistem pengurusan fail aku yang lengkap dan Pejabat aku berjaya mendapat Anugerah Pengurusan PKG Cemerlang. Jadi dia mencalonkan aku dan Alhamdulillah... aku berjaya. Dia juga menegaskan sewaktu mesyuarat SKT yang lepas apabila dia mengutarakan soalan... semua soalan tersebut aku dapat jawab sedangkan kawan2 yang lain semuanya mendiamkan diri. Jadi tak salah dia pilih aku..

Aku terdiam.. bila aku ajukan tentang calon pilihan... jawapannya... "SAYA MINTA ITU TAK DE.. SAYA MINTA NIE.. TAK TAU... MACAM MANA SAYA NAK KASI DIA???"

Eemmm... no komen tuan...

Yang buat aku tak puas hati, calon pilihan.. perli2 aku kat FB... macam2 yang dia perli padahal kami selama nie berkawan baik. Aku kecewa dengan sikap dia.. bukan aku yang minta.. aku menjalankan tugas mengikut SKT dan juga Fail Meja aku... Jadi jangan salahkan aku.

Tengahari tu... aku melakukan Sujud Syukur... dan aku menadah tangan bersyukur kehadrat Ilahi diatas kurniaan Nya nie. Aku bukan saja dapat APC.. aku juga berjaya mendapat Anjakan Gaji kerana telah lulus peperiksaan tahun lepas.

Tahun nie majlis akan diadakan di Hotel Quality Shah Alam, bermula 14 - 17 Julai, 2011. Tak sabar rasanya nak pergi.. Nak kena cari baju baru nie... hehehehe...

Alhamdulillah... rezeki anak2...


1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails