Monday, July 18, 2011

Tolonglahhhhhhh..........

Aku tak tau kenapa aku jadi orang yang terlalu menghormati masa. Bukan saja masa aku... tapi masa orang lain juga. Aku tak suka masa aku terbuang begitu saja. Aku lebih suka buat semua kerja cepat dan habiskan sebelum waktunya agar aku boleh buat kerja lain atau aku boleh duduk goyang kaki dan berehat selepas itu.

Aku memang benci... tak suka.. menyampah... jaki... bosan... meluat... dan semua yang sewaktu dengan maksud-maksud perkataan yang aku dah taipkan diatas tadi dengan orang yang tidak menepati janji dan orang yang cuai dengan masa.. yang tak menghormati masa. Kalau kau tak menghormati masa maknanya kau tak menghormati orang lain dan kau seorang yang amat mementingkan diri sendiri.

Apa yang aku nak ceritakan adalah sedikit saja daripada kisah yang aku lalui sewaktu aku pergi berbengkel di Shah Alam pada minggu lepas.

1. Aku dah tetapkan waktu untuk bertemu ialah selewat-lewatnya jam 12.30 tengahari. Tapi dia naik bas dari rumah jam 11.30 pagi.. perjalanan yang biasanya kalau aku naik kereta nak ketempat dia memakan masa 1 1/4 jam bayangkan kalau naik bas awam? Tentu masa perjalanan akan bertambah lambat.

2. Aku terpaksa menunggu dari jam 12.30 tengahari sehingga jam 1.00 petang. Ada lagi yang sedang menunggu kita di R&R yang memakan masa 5 min perjalanan (kalau aku bawa 110km/j)

3. Yang menunggu di R&R dah naik KERAS menunggu. Dari 12.30 diaorg lepak sampailah aku sampai jam lebih kurang 1.30 petang. Tengok... dekat sejam menunggu.. berapa banyak masa telah dibazirkan???

4. Tolonglah.. kalau menumpang orang buat cara menumpang. Biar kita tunggu orang.. jangan orang tunggu kita. Kalaupun orang terpaksa menunggu kita.. tolong ambil masa seminima yang mungkin. Jangan sampai orang merungut atau bosan menunggu.. Kan kita dah banyak buang masa disini???

5. Waktu makan dan sessi bengkel... yang nie buat aku betul2 angin. Janji nak keluar makan jam 7.45... Jam 7.00 aku dah siap mandi manda.. masuk waktu terus solat lepas solat terus berkemas dan siap untuk makan pada jam 7.40 malam.

6. Aku keluar bilik tepat jam 7.45.. ketuk2 pintu bilik.. masing2 terjongol kepala masih tak bertudung. Alasan.. baru je siap solat.. Eeemmm... perancangan masa??? Camne tu?? Aku tak harap dia ikut stail aku.. tapi hormati masa aku. Tolong jangan buat orang menunggu.

7. Waktu berjalan di Mall.. tengok2 baju. Yang aku geram.. aku dah 10 langkah dihadapan.. dia baru je3-4 langkah. Langkah macam orang catwalk dan macam itik pulang petang.. lambat selambat-lambatnya... sampai aku terpaksa berhenti dan menunggu.

8. Yang nie buat aku betul2 rasa sakit jiwa rasa nak hempas2 kan kepala kat dinding... Majlis jamuan rasmi bermula jam 8.30 malam. Janji nak keluar jam 8.15 malam. OK... aku cakap aku lewat sebab sakit perut... jam 7.30 malam aku dah siap mandi tapi masih tak berkemas..

9. Jam 8.00 malam aku mula berkemas... tapi cara aku berkemas... mula-mula pakai bedak.. siap berbedak.. aku lepak jap tengok TV.. dalam 1-2 minit.. aku bangun pakai gincu.. then duduk semula tengok TV... selang 1-2 minit aku mula pakai baju.. duduk semula sambil sikat rambut.. Aku sebenarnya bosan sebab aku rasa aku terlalu lembab...

10. Jam 8.15 malam aku mula pakai tudung aku fokuskan telinga aku dengan bunyi-bunyian dari luar. Aku nak dengar bunyi pintu bilik dibuka sebab jam dah menunjukkan pukul 8.15 malam.

11. Siap bertudung.. pakai kasut aku tengok jam... 8.20 malam. Aku keluar... cuba ketuk pintu bilik.. dan akhirnya....


AKU MACAM ORANG BODOH MENUNGGU DIA LAGI DI DEPAN PINTU BILIK DIMANA DIA MASIH TAK SIAP LAGI MEMAKAI TUDUNG.

Kalaulah korang semua berada ditempat aku.. agak2 sakit tak hati?? Aku rasa nak menjerit... nak hantuk2 kepala kat dinding sambil memaki hamun diri aku kenapa aku jadi begitu CEPAT dan mengapa aku bersama orang yang terlalu LAMBAT!!!! ooohhhh.. terus teringat lagu lama.. AKU KAH TERLEWAT ATAU WAKTU YANG TERLALU CEPAT????

Ini baru sedikit.. kalau aku nak tambahkan memang banyak. tapi aku tak sangup nak taip lagi sebab aku memang sakit hati.

Buat semua.. tolonglahhhhh hormati masa orang lain.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails