29 Julai aku masuk kerja semula. Walaupun masih demam aku gagahkan diri sebab masih banyak kerja pejabat yang masih belum aku selesaikan. Banyak laporan yang hendak dihantar dan juga pemantauan aset alih kerajaan yang akan diadakan dipejabat aku.
Aku perlu menyemak semula senarai aset dipejabat, memeriksa no siri pendaftaran dan semua yang dokumen yang berkaitan.
Aku nekad.. aku nak pergi juga ikut rombongan tersebut.. sakit pun sakitlah... nak ikut jugakkkkkkkk....
Aku hubungi akak Nilam. Yes!!! tempat aku masih kosong kerana akak Nilam tak puas ati selagi aku tak sahkan betul2. Dia nak aku sendiri yang hubungi dia untuk pembatalan... tapi aku telefon sebab aku nak turut serta.. Yessss!!!!..... aku dapat pergi..
30 Jun aku cuti lagi.. aku nak rehatkan badan sambil mengemas barang2 untuk lawatan.
Malam 30 Jun aku sekali lagi ke Unit Kecemasan Hospital Tangkak. Aku digigit dengan serangga yang aku tak tau apa dileher.... (nasib baik bukan Lipan) Badan aku kebas semacam dan mereka telah berikan aku 1 suntikan.
1 julai.. aku bersiap seadanya... Jam 7.30 pagi bas dari JB singgah mengambil aku dan 2 rakan lain di Tol Tangkak. Kami bergerak ke KL.. berhenti sarapan di R&R Air Keroh sebelum meneruskan perjalanan ke PKG Sentol, Kuala Lumpur..
Dari Kuala Lumpur jam 1.30 tengahari. Kami meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya.. Kuala Kangsar, Perak untuk solat Zohor dan jamak Asar di Masjid Ubudiah.
Kita sambung lepas nie ya...
No comments:
Post a Comment